omniture

WeDo Technologies Dipilih Vendor Tumpuan dalam Laporan Gartner

WeDo Technologies
2019-01-31 20:15 2496

WASHINGTON, 31 Januari 2019/PRNewswire/ --

WeDo Technologies diiktiraf untuk penyelesaian pengurusan penipuannya  

WeDo Technologies, peneraju seluruh dunia bagi jaminan pendapatan dan pengurusan penipuan, dinamakan sebagai Vendor Tumpuan dalam laporan "Trend Pasaran: Memaksimumkan Nilai Analitik, Kecerdasan Buatan dan Pengautomatan dalam Pengurusan Penipuan CSP" Gartner*. Ini merupakan kali ketiga dalam enam bulan WeDo Technologies dipetik oleh Gartner dalam laporan-laporannya yang menumpu pada pengurusan penipuan, jaminan pendapatan dalam operasi-oprasi CSP.

generated by system

Menurut Persatuan Kawalan Penipuan Komunikasi (CFCA), kerugian penipuan telekomunikasi global adalah berjumlah $29.2 bilion setahun, dengan angka ini dijangka meningkat menerusi pertumbuhan perkhidmatan digital dan Internet Komunikasi Benda. Laporan Gartner menilai aspek-aspek dalam pengurusan penipuan yang mana penyedia-penyedia perkhidmatan komunikasi (CSP) dapat mencapai impak terbesar apabila melabur dalam pembelajaran mesin. CSP semakin menumpu pada pembelajaran mesin dan AI untuk membantu mereka menambah baik pengurusan penipuan, khususnya dengan perkhidmatan digital baharu memberi peluang-peluang tambahan kepada penipu untuk mengeksploitasi.

"Keupayaan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin adalah kritikal untuk mengurangkan ancaman penipuan baharu yang timbul tatkala pengendali-pengendali telekomunikasi mengubah model-model perniagaan mereka. WeDo Technologies berasa gembira kerana diiktiraf oleh Gartner. Sejak lima tahun lalu, kami banyak melabur dalam mengaplikasikan AI dan Pembelajaran Mesin terhadap pengurusan penipuan serta jaminan pendapatan, mempelopori kejayaan penting dalam takrif ambang automatik dan pengesanan unsur luaran pembelajaran mendalam - keupayaan yang akan menjadi amat penting untuk mengurangkan penipuan dalam era digital," ulas Rui Paiva, Ketua Pegawai Eksekutif WeDo Technologies.

Perisian pengurusan risiko WeDo, mencakupi pengurusan penipuan, jaminan pendapatan dan jaminan perniagaan, menyediakan set instrumen yang komprehensif untuk menyokong strategi-strategi transformasi digital CSP tatkala mereka bersiap sedia untuk 5G dan IoT. Selain menyediakan keupayaan pembelajaran mesin dan AI, platform RAID.Risk Management ialah platform pada premis/berasaskan awan yang menyediakan CSP dengan kebolehskalaan dan kefleksibelan yang tiada tandingan.

*Gartner, Trend Pasaran: Memaksimumkan Nilai Analitik, Kecerdasan Buatan dan Pengautomatan dalam Pengurusan Penipuan CSP, Charlotte Patrick, Norbert Scholz, Johanna Stjerna, Jonathan Care, 21 Disember 2018.

Latar Belakang WeDo Technologies   

Ditubuhkan pada tahun 2001, WeDo Technologies ialah peneraju pasaran global bagi penyelesaian perisian Jaminan Pendapatan dan Pengurusan Penipuan.

WeDo Technologies menyediakan perisian dan perundingan pakar kepada Pengendali Telekomunikasi dan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi seluruh dunia. Kini, kami mempunyai lebih 200 pelanggan merentas 108 negara, dengan jaringan melibatkan lebih 600 pakar profesional berkemahiran tinggi. Pejabat-pejabat kami tersebar secara geografi di AS, Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah, Afrika, Amerika Tengah dan Amerika Selatan.  

Perisian WeDo Technologies menganalisis kuantiti data besar yang membolehkannya memantau, mengawal, mengurus dan mengoptimumkan proses, menjamin perlindungan pendapatan serta pengurangan risiko.

Dengan lebih 200 pelanggan, termasuk beberapa pelanggan daripada organisasi-organisasi cip biru yang terkemuka di dunia, WeDo Technologies telah lama diiktiraf sebagai penginovasi tetap dalam menjamin kejayaan pelanggannya sepanjang perjalanan transformasi yang berterusan.

WeDo TechnologiesKetahui Yang Tidak Diketahui.

http://www.wedotechnologies.com

Berita terkini @WeDoNews

Hubungi

QUEXOR GROUP INC.  

Barbara Henris
bhenris@quexor.com 
Tel. Bimbit: +1(703)470-9446

Pemasaran Produk dan Perhubungan Penganalisis - WeDo Technologies
Carlos Marques
carlos.marques@wedotechnologies.com    
Tel. Bimbit: +351-939650124

Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat - WeDo Technologies
Inez Corrêa de Sá
inez.sa@wedotechnologies.com    
Tel. Bimbit: +351-939650788

Source: WeDo Technologies
Keywords: Internet Technology Telecommunications Survey, Polls & Research