omniture

Pemimpin-pemimpin industri utama dan jenama-jenama terkenal bakal kongsi inovasi terkini di Prolight + Sound Guangzhou, pameran industri pertama China pada 2019

Prolight + Sound Guangzhou
2019-02-01 17:27 2701

GUANGZHOU, China, 31 Januari 2019 /PRNewswire/ -- Dengan 1,353 pempamer dan jangkaan lebih 76,000 pembeli profesional dan pengusaha industri menghadiri pameran tersebut, Prolight + Sound Guangzhou 2019 (PLSG) bakal menjadi satu lagi acara industri yang luar biasa untuk memulakan tahun ini di Asia mulai 24-27 Februari 2019 di Kawasan A dalam Kompleks Pameran Import dan Eksport China.

Membawakan 13 dewan bertema dan kawasan demonstrasi Y-Channel, platform penyumberan mega ini menyediakan liputan komprehensif berhubung seluruh rantaian bekalan hiburan. Dewan-dewan dan zon-zon produk dikategorikan kepada segmen-segmen industri yang berbeza termasuk lampu, audio pro, peralatan pentas, peralatan komunikasi dan persidangan, sistem media, KTV, mikrofon dan alat ganti serta aksesori.

Merentas ruang pameran seluas 130,000 meter persegi, fokus akan diberikan kepada rangkaian produk tiada tandingan yang bukan sahaja untuk pengguna profesional dalam bidang teknologi hiburan, tetapi juga untuk mereka yang berada dalam sektor-sektor komersial dan kediaman termasuk pemasang, kontraktor, perunding dan penjual. 

Dengan tujuan untuk merebut peluang-peluang yang semakin berkembang dalam teknologi media dan penyepaduan sistem, dewan-dewan Jenama Audio terkenal pameran tersebut akan mencakupi seluruh Dewan 2.2, 3.2, 4.2 (Komunikasi dan Persidangan) serta 5.2 (Sistem Media dan Penyelesaian).

Spektrum luas sistem karaoke berkualiti tinggi, set pawagam rumah mini dan AV digital pintar dengan penyelesaian lengkap akan ditampilkan di kawasan Y-Channel dan Theatre K. Pub Zone, yang memberi tambahan kepada dewan KTV (Dewan 1.2), agar dapat membawakan pameran yang lebih dinamik.

Jenama-jenama terkenal di PLSG termasuk AKG, Antari, Audinate, Bosch, Bose, Celestion, d&b audiotechnik, Fidek, Harman International, Klotz, Kvant, Laserworld, Meyer Sound, Mipro, Nightsun, Pangolin, QSC, SAE, SE Audiotechnik, Shure, Sennheiser, Soundking, TW Audio, Viashow, Yamaha, Yes-tech dan banyak lagi.

Untuk bahagian pendidikan, satu acara yang amat dinanti-nantikan ialah Kursus Latihan Tahunan PLSG yang akan meliputi Latihan Pensijilan Dante, pembentangan tentang AES67, AVB & CobraNet selain perbincangan panel AVIT dan banyak lagi.

Di samping itu, Sistem Pembesar Suara Luar akan diperluas kepada 4 arena yang mana bunyi hebat dan reka bentuk sistem luar yang berkuasa bersedia untuk disebarkan daripada 41 jenama berkualiti.

Pendaftaran pengunjung kini dibuka: http://portal.messefrankfurt.com.hk/services/vor/registration_form.aspx?exhibition_id=2639

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.prolightsound-guangzhou.com atau emelkan kepada plsgz@hongkong.messefrankfurt.com.

Prolight + Sound Guangzhou 2019

24-27 Februari 2019
Kawasan A, Kompleks Pameran Import dan Eksport China, Guangzhou, China

Media sosial:

Facebook dan LinkedIn: Prolight and Sound China 
Wechat: @prolight-sound

Source: Prolight + Sound Guangzhou
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Entertainment Music Trade show news Future Events