omniture

Cambium Networks Umum Jaminan Kilang Standard Baharu untuk Jalur Lebar Tanpa Wayar, Wi-Fi dan Peralatan Pensuisan Utama Industri

Cambium Networks
2019-02-02 08:30 2420

Jalur Lebar Tanpa Wayar Luar dan Wi-Fi Kini Dilindungi selama Tiga Tahun, Titik Akses dan Suis Wi-Fi Perusahaan Dalaman Kini Dilindungi selama Lima Tahun

ROLLING MEADOWS, Illinois, 2 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Cambium Networks, penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian perangkaian tanpa wayar, hari ini mengumumkan bahawa jaminan kilang standard untuk peralatan terpilih akan dilanjutkan tanpa bayaran tambahan kepada pelanggan. Lanjutan jaminan ini terpakai untuk kebanyakan penyelesaian ketersambungan tanpa wayar dalam Fabrik Tanpa Wayar Penyelesaian Ketersambungan Cambium Networks.


"Pengendali rangkaian mengharapkan penyelesaian ketersambungan yang berkesan kos dan andal – kami memberikan mereka kedua-duanya," kata Scott Imhoff, Naib Presiden Kanan Pengurusan Produk dan Pemasaran, Cambium Networks. "Dengan jaminan standard selama tiga tahun untuk peralatan luar dan jaminan lima tahun untuk penyelesaian Wi-Fi dalaman perusahaan, Cambium Networks menyokong prestasi dan keandalan teknologi kami."

"Kami sedia maklum bahawa Cambium Networks membangunkan produk yang amat andal. Ini merupakan salah satu sebab kami melabur dalam Cambium Networks sebagai pembekal utama untuk keperluan perangkaian tanpa wayar kami, namun demikian ia merupakan berita baik apabila melihat Cambium Networks melindungi pelaburan kami dengan jaminan standard yang lebih panjang," kata Barry Wilson, Pengurus Negara, Eurona Ireland.

Selain jaminan yang dilanjutkan, Cambium Networks meningkatkan proposisi nilai Fabrik Tanpa Wayarnya dengan perkhidmatan pengurusan rangkaian berasaskan awan percuma; dan untuk Wi-Fi, fungsian Pengawal percuma; melalui cnMaestro™. Tiada sebarang bayaran pembaharuan semula atau langganan lesen tahunan untuk perkhidmatan luas yang disediakan melalui cnMaestro; yang membolehkan anda mengurus fabrik tanpa wayar Cambium Network daripada nod kepada NOC. "cnMaestro didapati sangat bermanfaat oleh penyedia Perkhidmatan Terurus lantaran kebolehannya untuk menyokong berbilang sewaan daripada akaun tunggal – membolehkan MSP mengurus dengan cekap dan berkesan rangkaian berbeza mereka melalui satu paparan tunggal," kata Rad Sethuraman, Naib Presiden Pengurusan Produk Perusahaan.

"Jaminan berbilang tahun ini dapat mengurangkan risiko perniagaan saya. Saya turut menghargai pusat panggilan sepanjang masa oleh Cambium Networks – lega rasanya apabila seseorang menjawab panggilan. Teknologi saya bergantung kepada Komuniti Cambium Networks untuk idea dan penyelesaian baharu terhadap masalah-masalah lama. Ia sememangnya penyelesaian sokongan yang lengkap daripada Cambium Networks," kata Chris Bay, Ketua Pegawai Eksekutif, Bays-ET.

Jaminan Tiga Tahun untuk Peralatan Luar:

Jaminan Lima Tahun untuk peralatan Wi-Fi Dalaman Perusahaan:

Penyelesaian ketersambungan tanpa wayar Cambium Networks kini disediakan daripada penjual semula global Cambium Networks yang disenaraikan di sini.

Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian ketersambungan tanpa wayar yang mengukuhkan hubungan bersama orang ramai, tempat dan benda. Mengkhusus untuk menyediakan fabrik tanpa wayar hujung-ke-hujung melibatkan platform yang diurus oleh awan yang andal, boleh diskala dan selamat yang beroperasi dalam keadaan mencabar, Cambium Networks memperkasa penyedia perkhidmatan, pengendali rangkaian perusahaan, perindustrian dan kerajaan untuk membangunkan ketersambungan pinggir pintar. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan India, Cambium Networks menjual produknya melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. www.cambiumnetworks.com

Hubungan Media:
Sara Black
213.618.1501
sara@bospar.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/816543/Cambium_Networks_Banner.jpg 
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/117974/cambium_networks_logo.jpg

Source: Cambium Networks
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Telecommunications Wireless Communications New products/services