omniture

Kumpulan Rock Jepun CHAI Jalin Kerjasama dengan PicsArt, Aplikasi Suntingan Foto & Video #1, Berhubung Secara Kreatif dengan Peminat

PicsArt
2019-02-11 09:15 1374

CHAI sertai Gwen Stefani, Thirty Seconds to Mars, Maroon 5 dan artis-artis muzik lain dekati komuniti kreatif, natif-mudah alih PicsArt untuk lancar cabaran seni peminat

SAN FRANCISCO, 11 Februari 2019 /PRNewswire/ -- PicsArt, platform kreatif dan aplikasi penyuntingan sosial yang terbesar di dunia, hari ini mengumumkan ia menjalin kerjasama dengan kumpulan rock Jepun CHAI bagi melancarkan cabaran seni peminat yang meminta para peminat untuk menakrifkan semula konsep tradisional "Kawaii" ("comel" dalam bahasa Jepun). CHAI ialah kumpulan terkini yang menyertai artis-artis muzik terkenal lain, termasuk Gwen Stefani, Thirty Seconds to Mars, Maroon 5, DJ Snake dan banyak lagi yang mengiktiraf PicsArt sebagai platform mudah alih besar-besaran untuk mendekati berjuta-juta golongan milenia dan pencipta-pencipta Gen-Z.

CHAI, kumpulan rock yang berasal dari Tokyo, melancarkan cabaran suntingan PicsArt bagi menggalakkan peminat-peminat untuk "mengadunkan semula" imej-imej album beliau bagi menakrifkan semula konsep "Kawaii." CHAI menakrifkan kumpulan dan muzik mereka sebagai "Neo-Kawaii" (bermakna "comel gaya baharu" dalam bahasa Jepun) dan bertujuan untuk membebaskan diri daripada standard kecantikan konvensional Jepun iaitu 'berkaki panjang, berkulit putih, bermata besar'. Untuk menggalakkan gerakan ini, CHAI akan mengadakan cabaran imej pada PicsArt menggunakan suntingan "Neo-Kawaii" asal yang kreatif, termasuk penggunaan pelekat PicsArt, aset imej, berus yang mempertingkatkan foto, alatan suntingan dan banyak lagi.

"Landskap media sosial hari ini menawarkan artis-artis dengan cara-cara yang belum pernah tersedia sebelum ini untuk berkomunikasi secara langsung dengan peminat; artis-artis kini ingin melangkah lebih jauh dengan membolehkan para peminat untuk menyertai proses ekspresi diri yang kreatif," kata Tammy H. Nam, Ketua Pegawai Operasi PicsArt. "CHAI mengiktiraf PicsArt sebagai 'aplikasi peminat khusus' yang sebenar, membantu audiens globalnya yang terdiri daripada pengguna-pengguna muda yang celik sosial untuk mencipta, berkongsi dan menyebarkan kandungan yang mengekspresikan minat mereka terhadap artis-artis atau kumpulan-kumpulan tertentu. Peminat-peminat boleh menjadi kreatif sepenuhnya, berkolaborasi dengan komuniti sealiran dan berhubung terus dengan artis, kesemuanya di satu lokasi."

Cabaran seni peminat CHAI bermula hari ini dan berlangsung selama seminggu, berakhir pada 18 Februari. Sejak akhir tahun 2017, PicsArt telahpun menganjurkan puluhan cabaran seni peminat untuk para pemuzik dan jenama, termasuk MTV, Swarovski, Capital Cities, Lindsey Stirling dan banyak lagi, yang menghasilkan ratusan ribu penghantaran seni peminat daripada komuniti PicsArt dan beratus-ratus juta impresi sosial di dalam mahupun di luar PicsArt.

Latar Belakang PicsArt
PicsArt ialah platform kreatif yang terbesar di dunia, dikuasakan oleh lebih 130 juta pengguna aktif bulanan dan individu-individu berpengaruh. Setiap bulan, komuniti PicsArt mencipta, mengadunkan semula dan berkongsi hampir satu bilion imej dan video, menjadikannya sebagai koleksi kandungan sumber terbuka yang terbesar seumpamanya, dengan foto suntingan percuma, imej, pelekat dan banyak lagi. PicsArt disediakan dalam 30 bahasa secara percuma dan sebagai langganan melalui peranti iOS, Android dan Windows. Beribu pejabat di San Francisco dan mempunyai pejabat-pejabat di Armenia, Los Angeles, Beijing dan Moscow, PicsArt disokong oleh Sequoia Capital, DCM Ventures, Insight Venture Partners dan Siguler Guff and Company. Muat turun aplikasi sekarang atau kunjungi  PicsArt.com atau Picsart.com/brands/ untuk maklumat lanjut.

Maklumat Perhubungan:
Kristin Tinsley – Pengarah Komunikasi, PicsArt
press@picsart.com
PicsArt Press Kit  

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/800051/PicsArt_Logo.jpg  

Source: PicsArt
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Music Telecommunications Licensing/marketing agreements Future Events