omniture

Pengasas GO GABA Lancar Kempen Iwantmybusinessback.com Tingkatkan Kesedaran untuk Para Usahawan

GO GABA / I Want My Business Back
2019-02-12 17:30 1067

BANDAR RAYA MEXICO, 12 Februari 2019 /PRNewswire/ --

Usahawan Mexico dan pengasas GO GABA José Antonio Del Valle melancarkan kempen Iwantmybusinessback.com di laman sesawang dan melalui media sosial menerusi #iwantmybusinessback bagi menerima nasihat daripada usahawan-usahawan serta orang ramai, umumnya dari segi cara untuk bangkit semula daripada siri kejadian yang malang yang menyebabkan beliau kehilangan perniagaan.

generated by system

En. Del Valle mula menghasilkan minuman ringan GO GABA pada tahun 2008. GABA (Asid Gama-Aminobutirik) dikatakan dapat membantu menajamkan minda, memberikan kelancaran fikiran dan tumpuan. Pengkomersialan awal di Mexico dan negara-negara Eropah terpilih membolehkan beliau untuk mengarahkan penyelidikan selanjutnya dan menarik pelaburan syarikat baharu. Pada tahun 2017, setelah mengusahakan selama beberapa tahun terhadap pembaharuan dan penjenamaan produk, En. Del Valle memeterai satu perjanjian dengan salah sebuah syarikat global yang terbesar dalam industri.

Pengasas GO GABA ingin menyuarakan pandangan beliau dan mengajak orang ramai umumnya serta usahawan-usahawan lain untuk berkongsi pengalaman mereka sendiri. En. Del Valle berkata: "Saya yakin bahawa ramai orang yang mengalami isu-isu yang sama semasa mengejar impian mereka. Orang ramai yang tidak pernah berjaya mencapai impian mereka atau kehilangannya semasa menempuh perjalanan mempunyai alasan-alasan yang berbeza. Dengan inisiatif ini, saya ingin menyampaikan kisah perniagaan saya dan mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh orang lain," kata En. Del Valle.

Semua orang diundang untuk berkongsi idea, nasihat, pengalaman dan pandangan mereka melalui media sosial dan di http://www.iwantmybusinessback.com.

Latar Belakang GO GABA 

GO GABA ialah minuman ringan fungsian, diperkayakan dengan bahan-bahan semula jadi yang dikatakan dapat membantu menajamkan minda, memperoleh fokus yang lebih hebat dan kelancaran mental. GO GABA ialah sebuah perusahaan kecil-kecilan dengan pasukan yang terdiri daripada 5 individu yang telah diiktiraf oleh Institut Keusahawanan Mexico sebagai Perusahaan Inovatif Impak Tinggi dan oleh Google untuk menjadi sebahagian daripada program HiPo (Potensi Tinggi) mereka. GO GABA merupakan pemenang dalam pertandingan Dwinegara Mexico-Perancis yang dianjurkan oleh Majlis Mexico Perancis untuk Keusahawanan dan Inovasi. Minuman ringan fungsian ini dijual di Mexico dan dieksport ke Belanda. Ia berjaya dijadikan sampel di Perancis, Jerman, Sweden, Norway dan UK.

Latar Belakang "I Want My Business Back" 

"I Want My Business Back" ialah satu inisiatif yang dilancarkan oleh usahawan Mexico dan pengasas GO GABA José Antonio Del Valle bagi merangsang perdebatan untuk para usahawan dari segi cara untuk mengembangkan perniagaan baharu dan bangkit kembali daripada sebarang usaha niaga yang berpotensi gagal.

Hubungi: Felipe Lopez Moyao, Telefon: +521-5554530440, press@iwantmybusinessback.com

Source: GO GABA / I Want My Business Back
Keywords: Banking/Financial Service