omniture

Suning.com Umum Penubuhan Kumpulan Kedai Serbaneka Percepat Pembangunan Senario Penuh dalam Jualan Pintar Omnisaluran

Suning Holdings Group
2019-02-14 20:10 984

Suning akan peroleh kesemua 37 outlet Wanda Department Store, luaskan portfolio jualan luar taliannya untuk menyediakan rangkaian penuh barangan pengguna termasuk lebih banyak fesyen dan barangan FMCG

NANJING, China, 14 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Suning.com ("Syarikat"), peniaga Fortune Global 500 yang dimiliki oleh Suning Holdings Group, salah sebuah perusahaan komersial yang terbesar di China, baru-baru ini mengumumkan penubuhan Kumpulan Kedai Serbaneka, yang akan menumpu pada operasi profesional melibatkan perniagaan kedai serbaneka fesyen bagi mengukuhkan pembangunan senario penuhnya dalam jualan pintar dalam-talian-dan-luar-talian serta meningkatkan pengalaman pembeli. Syarikat akan turut memperoleh semua Wanda Department Store seluruh negara, yang dimiliki oleh Wanda Group, pemaju hartanah komersial Cina yang besar, untuk meluaskan portfolio jualan fizikalnya serta memudahkan rantaian bekalan barangan untuk semua kategori demi memenuhi kehendak lebih ramai pengguna tempatan dan meningkatkan keuntungan pasaran jualan Cina.

Suning.com Umum Penubuhan Kumpulan Kedai Serbaneka Percepat Pembangunan Senario Penuh dalam Jualan Pintar Omnisaluran
Suning.com Umum Penubuhan Kumpulan Kedai Serbaneka Percepat Pembangunan Senario Penuh dalam Jualan Pintar Omnisaluran

 

Sebagai peniaga pintar omnisaluran yang terkemuka di China, Suning.com sentiasa komited untuk membangunkan ekosistem jualan senario penuh secara dalam talian dan luar talian bagi mencipta pengalaman membeli belah pelbagai yang dapat dilihat dan bersedia untuk berkhidmat kepada pengguna pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Penubuhan kumpulan baharu tersebut menerusi pemerolehan Wanda Department Store dijangka untuk terus mengukuhkan lagi kelebihan luar talian Suning.com, meningkatkan sumber jaringan jualan keseluruhan dan meningkatkan potensi perniagaan Syarikat bagi membangunkan peluang-peluang perniagaan baharu dalam operasi barangan untuk semua kategori, khususnya fesyen, produk gaya hidup dan barangan pengguna yang pantas terjual.

37 Wanda Department Store terletak di bandar-bandar tahap pertama dan kedua di China, dengan lebih 4 juta pelanggan berdaftar. Melalui perjanjian tersebut, Suning.com akan turut membawakan keupayaan teknologi berkuasanya seperti pembelajaran data, kecerdasan buatan, IoT demi mempercepatkan pendigitan pengurusan operasi untuk kedai-kedai serbaneka tradisional bagi meningkatkan seluruh pengalaman perkhidmatan dan keuntungan industri.

Zhang Jindong, Pengerusi Suning Holdings Group berkata: "Kemajuan industri jualan fizikal tidak seharusnya hanya bergantung kepada model dan pengalaman tradisional. Ia perlu menerima konsep-konsep teknologi dan pasaran yang inovatif untuk terus mencipta perkhidmatan yang berkualiti dan tersuai buat pengguna."

Suning dan Wanda telah menjalin kerjasama strategik sejak tahun 2015 dan mengukuhkan perkongsian pada tahun 2018 menerusi pemerolehan kepentingan kecil oleh Suning dalam subsidiari pengurusan komersial Wanda.

Latar Belakang Suning

Diasaskan pada tahun 1990, Suning Holdings Group ialah salah sebuah syarikat perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam masing-masing di China dan Jepun. Pada tahun 2018, syarikat menduduki tempat kedua dalam kalangan 500 perusahaan milik bukan kerajaan di China yang terkemuka buat kali ketiga berturut-turut dengan pendapatan tahunan mencecah RMB 557.875 bilion (kira-kira EUR 69 bilion). Dengan misi "Menerajui Ekosistem Merentas Industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit buat Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya melalui industri-industri vertikal yang pelbagai: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Sukan, Media & Hiburan dan Pelaburan. Suning.com turut tersenarai dalam Fortune Global 500 bagi tahun 2017 dan 2018.

www.suningholdings.com 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190213/2374215-1

Source: Suning Holdings Group
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Fashion Household/Consumer/Cosmetics Multimedia/Online/Internet Retail Acquisitions, mergers, takeovers