omniture

Kafnu Pertama Australia Bakal Dibuka di Sydney

Next Story Group
2019-02-15 23:06 1947

Kafnu Alexandria gamit generasi pencipta baharu ke dalam komunitinya

SYDNEY, 15 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Kumpulan hospitaliti antarabangsa Next Story Group menandakan penembusan pasaran oleh jenama Kafnu penentu-genrenya ke Australia menerusi pembukaan Kafnu Alexandria di Sydney. Kafnu Alexandria, bakal dibuka pada hari Jumaat, 1 Mac, merupakan hartanah Kafnu keempat oleh Kumpulan tersebut dan ia menyertai rangkaian Kafnu antarabangsa yang semakin berkembang yang mempunyai hartanah di Hong Kong, Taipei dan Bengaluru.

 

Semua ahli Kafnu mendapat akses kepada seluruh hartanah Kafnu di serata dunia. Ini membolehkan ahli-ahli untuk kekal terhubung dengan komuniti Kafnu dan terus menikmati faedah-faedah melibatkan ruang saling berinteraksi, fasiliti tempatan yang relevan dan kemudahan yang disusun teliti ketika mereka melakukan perjalanan untuk bekerja dan berlibur.

Kafnu mengambil namanya daripada sebuah perkampungan desa di Himachal Pradesh iaitu di bahagian utara India, yang mana para pengembara mendapat nafas baharu, mendapat kesegaran semula dan merenung sebelum mereka mendaki ke arah puncak Himalaya. Menggabungkan unsur-unsur terbaik melibatkan ruang kerja yang dikongsi, hotel butik dan komuniti sosial, hartanah Kafnu terletak secara strategik dan direka untuk menggalakkan penciptaan bersama, penerokaan bersama dan inovasi bersama. Kafnu bermatlamat untuk meningkatkan potensi individu dan kolektif ahli-ahlinya, termasuk pencipta dan pemilik perniagaan serta untuk menyokong mereka dalam perjalanan mereka menuju kejayaan dengan menyediakan persekitaran yang ideal untuk mereka bekerja, berehat dan bersosial.

Kafnu Alexandria berkeluasan 3,000 meter persegi itu terletak bersebelahan dengan The Grounds of Alexandria yang ikonik, di dalam salah satu hab kreatif dan perindustrian Sydney yang berkembang maju. Kafnu Alexandria juga hanya terletak sejauh 5 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Sydney. Ahli-ahli dapat menikmati akses 24/7 kepada fasiliti yang unik dan mudah yang mencakupi dua tahap. Berbilang konfigurasi ruang kerja dan bilik mesyuarat menyokong produktiviti, manakala studio penerbitan media dan fail media digital dibina khas menawarkan utiliti tambahan kepada ahli-ahli yang celik teknologi. Terdapat juga 16 bilik tamu berperabot mewah untuk tidur malam yang nyenyak dan bar gin tempahan khas, yang membolehkan ahli-ahli bersantai dan bersosial. Studio kecergasan maya pula memastikan ahli-ahli dapat kekal mengikuti rejimen kecergasan mereka dan sebagai kemudahan tambahan, keahlian Kafnu juga didatangkan dengan keahlian kereta GoGet.

"Kami berasa teruja untuk memperkenalkan jenama Kafnu kepada Australia," kata Simon Hall, Pengurus Besar Kafnu Alexandria. "Apa yang membezakan Kafnu Alexandria merupakan budaya komuniti kami yang positif, yang menggalakkan ahli-ahli untuk berkongsi pengalaman, belajar antara satu sama lain, berganding bahu dan memberi inspirasi kepada satu sama lain bagi mencapai lebih banyak kejayaan. Kami membina komuniti bersemangat yang terdiri daripada individu berbilang kerjaya, usahawan serta penginovasi dan kami akan menyokong kejayaan mereka menerusi aktiviti-aktiviti tempahan khas, termasuk ceramah, bengkel, seminar dan acara khusus industri yang memudahkan perangkaian dan juga kolaborasi."

Latar Belakang Next Story Group

Next Story Group mencipta dan mengubah kawasan bandar menjadi masyarakat berkembang maju dengan memanfaatkan kuasa imaginasi manusia dan inovasi. Kini, kumpulan ini memiliki, mengurus dan memfrancaiskan 37 hotel dan pusat peranginan di Australia dan Thailand, membawa jenama-jenamanya termasuk Next Hotels, Sage Hotels dan LinQ Hotels. Ia turut mengurus empat hartanah Kafnu Hong Kong, Taipei, Bengaluru dan Sydney. Untuk maklumat lanjut: www.nextstory.com

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190214/2375429-1LOGO-a
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190214/2375429-1LOGO-b

 

Source: Next Story Group
Keywords: Hotels and Resorts Travel Corporate Expansion New products/services