omniture

HABANOS, S.A. Teruskan Pertumbuhan Perniagaan, Cecah Pusing Ganti Mencatat Rekod sebanyak 537 Juta Dolar

HABANOS SA
2019-02-19 23:40 1418

Habanos, S.A. mengekalkan kepimpinan globalnya dalam pasaran cerut Premium

HAVANA, Feb. 19, 2019 /PRNewswire/ -- Habanos, S.A., secara eksklusif memasarkan 27 jenama Habanos, dibuat secara Totalmente a Mano con Tripa Larga - Buatan tangan sepenuhnya dengan Isian Panjang, mengumumkan semasa edisi ke-21 Festival Habanos tentang pembentangan keputusan ekonominya bagi tahun 2018: syarikat mencatatkan pusing ganti sebanyak 537 juta dolar, dengan pertumbuhan sebanyak 7% berbanding tahun 2017.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8499651-habanos-record-turnover-537million-dollars/  

"Tahun 2018 sekali lagi menjadi tahun yang melakar kejayaan untuk Habano," kata Inocente Núñez dan Luis Sánchez-Harguindey Pardo de Vera, Presiden-presiden Bersama Habanos, S.A. mengesahkannya, "memandangkan jualan terus berkembang dalam pasaran-pasaran berbeza, dari segi jumlah dan nilai, dan dalam masa yang sama kami mengekalkan bahagian pasaran kami yang jumlahnya dianggarkan sekitar 70% dalam pasaran-pasaran jualan jenama kami."

Tahun lalu, sekitar 450 juta cerut Premium telahpun dijual di seluruh dunia.

Lima pasaran paling penting untuk Habanos, S.A. dari segi jumlah jualan ialah Sepanyol, China, Perancis, Jerman dan Cuba. Mengikut kawasan pula, Eropah kekal menjadi pasaran utama, dengan jumlah jualan sebanyak 53%, diikuti dengan Amerika (18%), Asia Pasifik (15%) dan Afrika serta Timur Tengah (14%).

Leopoldo Cintra González, Naib Presiden Komersial dan José María López Inchaurbe, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Habanos, S.A., menganggap bahawa "kualiti hebat dan keeksklusifan produk, berserta asal usulnya yang unik, mengubah Habano menjadi produk Premium yang melakar kejayaan di seluruh dunia."

Festival tersebut (18 hingga 22 Februari), memberi penghormatan khas kepada Ulang Tahun Havana yang ke-500. Protagonisme khas akan diberikan kepada jenama Trinidad sempena Ulang Tahun ke-50nya dan San Cristóbal de La Habana untuk ulang tahun ke-20. Hoyo de Monterrey akan menyampaikan Gran Reserva Cosecha 2013 pertamanya menerusi vitola Double Coronas.

Edisi Terhad bagi tahun 2019 ialah: Montecristo Supremos, Allones No.2 de Ramón Allones dan Quai D'Orsay Senadores; berserta produk-produk untuk rangkaian La Casa del Habano dan Habanos Especialists: Cohiba Novedosos dan San Cristóbal de La Habana 20 Aniversario. Humidor istimewa yang dikhususkan kepada Ulang Tahun ke-50 jenama Trinidad dan Humidor San Cristóbal de La Habana 1519, yang dikhususkan kepada Ulang Tahun ke-500 Havana akan turut disampaikan.

*(D.O.P.) Apelasi Asal Terpelihara

Bahan grafik: https://eshare.yr.com/fl/NkwaAaIafG

Untuk maklumat lanjut: www.habanos.com

Caja de Gran Reserva Cosecha 2013 Hoyo de Monterrey/ Box of Hoyo de Monterrey Gran Reserva Cosecha 2013
Caja de Gran Reserva Cosecha 2013 Hoyo de Monterrey/ Box of Hoyo de Monterrey Gran Reserva Cosecha 2013

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/823150/HABANOS_SA_Cigars.jpg

Hubungi: Young & Rubicam: press.habanos@yr.com, Carla Lladó, Tel: +34-669-54-69-09

 

Source: HABANOS SA
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Broadcast Technology Computer/Electronics Tobacco Travel Accounting news, issues Broadcast feed announcements Trade show news Future Events