omniture

Piawaian Global Pastikan Lebih 74,000 Pekerja Angin Selamat pada 2018

Global Wind Organisation
2019-02-20 14:00 1158

COPENHAGEN, Denmark, 20 Februari 2019 /PRNewswire/ --

  • Pertubuhan Angin Global terbitkan laporan tahunan kedua tentang latihan pekerja berkaitan tenaga angin
  • 74,432 juruteknik dalam 156 negara mempunyai sijil latihan GWO yang sah sehingga 31.12.18
  • Pertumbuhan pesat menyaksikan peningkatan 65% terhadap mereka yang dilatih

Sekumpulan pengeluar dan pemilik turbin angin yang terbesar di dunia hari ini menegaskan semula komitmen mereka untuk menggunakan piawaian latihan keselamatan minimum yang diiktiraf di peringkat global untuk pekerja-pekerja di serata dunia.

generated by system

generated by system

Pertubuhan Angin Global (GWO), sebuah badan bukan berasaskan keuntungan yang dimiliki oleh 16 syarikat tenaga angin yang terkemuka melaporkan peningkatan pesat dari segi bilangan individu yang dilatih menurut piawaian tersebut. Piawaian GWO menyelaraskan latihan keselamatan dan teknikal asas dengan set spesifikasi seragam yang diiktiraf di seluruh dunia, mewujudkan tenaga kerja yang lebih selamat dan lebih produktif.

Dengan 74,432 (+65%) individu yang memegang sijil yang sah sehingga akhir tahun 2018, anggaran 5-10% tenaga kerja global dalam sektor tenaga angin[1] kini terlatih menurut piawaian GWO.

Eloy Jauregui, Pengarah Bahagian Keselamatan di Acciona Energia dan Pengerusi Pertubuhan Angin Global berkata:

"Adanya 5-10% tenaga kerja yang dilatih menurut piawaian GWO merupakan satu pencapaian. Namun demikian, cabaran kami hanyalah di peringkat permulaan.

"Orang ramai yang bekerja dalam industri turbin angin di seluruh dunia umumnya tidak dilatih menurut piawaian GWO dan kami percaya bahawa sekiranya dapat dilakukan, mereka haruslah dilatih. Kami akan meningkatkan usaha-usaha kami untuk terlibat secara global dan kolaboratif; menggalakkan penerimaan piawaian keselamatan yang diiktiraf bersama dan menyediakan tadbir urus yang mencukupi melibatkan penyediaan latihan, agar kami dapat berusaha ke arah mencapai misi kami untuk mewujudkan persekitaran kerja tanpa kecederaan dalam segmen tenaga angin."

Laporan Tahunan GWO 2018 boleh dimuat turn di sini.

Sorotan utama termasuk data berikut:

Bilangan individu dengan rekod GWO yang sah

Tarikh

Jumlah 

% Perubahan  

31.12.2017

45,314


31.12.2018

74,432

+65%




Tempat Latihan Diperakui GWO  

Tarikh

Jumlah 

% Perubahan  

31.12.2017

220


31.12.2018

288

+31%

Catatan Editor   

GWO ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan melibatkan pemilik turbin angin dan pengeluar turbin angin, yang komited terhadap penciptaan dan penerimaan prosedur-prosedur latihan keselamatan dan kecemasan yang seragam.

Penyedia-penyedia latihan bebas memberikan latihan yang diperakui GWO kepada delegasi-delegasi seluruh dunia. Rekod latihan dimuat naik dan disimpan dalam pangkalan data GWO WINDA. Setiap rekod pekerja yang dilatih GWO dikenal pasti melalui WINDA ID peribadi unik untuk mereka, justeru membolehkan majikan mengesahkan rekod latihan dengan cepat dan mudah, menyediakan mobiliti pekerja dan membantu majikan mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu bagi tujuan latihan semula.

Rujukan:

  1. Penggajian Global dalam Tenaga Angin = 1.14m (2018). Sumber: International Renewable Energy Association http://resourceirena.irena.org/gateway/dashboard/

Syarikat-syarikat Ahli GWO

Acciona Energia, Goldwind, Shanghai Electric, GE Renewable Energy, Envision, Senvion, E.ON Climate & Renewables, Innogy, SSE, MHI Vestas, Vestas, Siemens Gamesa Renewable Energy, Vattenfall, Equinor, Enercon, Ørsted.

Semua foto adalah hak cipta Pertubuhan Angin Global

Sumber: Global Wind Organisation

Source: Global Wind Organisation
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research