omniture

Quectel Teraju Laluan Menuju 5G dengan Modul Komersial 5G Tampilkan Modem 5G Snapdragon Qualcomm Baharu dalam 2019

Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.
2019-02-23 03:19 1247

Modul 5G Quectel RG500Q / RG510Q dan RM500Q / RM510Q 5G direka untuk aplikasi jalur lebar perusahaan dan mudah alih seperti akses wayarles tetap, peranti mudah alih kawasan khas, PC Sentiasa Terhubung, dan aplikasi keselamatan dan pengawasan awam

SHANGHAI, 23 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Quectel Wireless Solutions Co., Ltd. (Quectel), pembekal terkemuka dunia modul IoT, hari ini mengumumkan modul 5G IoT komersial yang menampilkan modem Qualcomm® Snapdragon™ X55 5G dan modul antena mereka dengan penghantar-terima RF bersepadu, Bahagian Hadapan RF (RFFE) dan elemen antena daripada Qualcomm Technologies, Inc., anak syarikat Qualcomm Incorporated. Mematuhi spesifikasi 3GPP Release 15 dan mampu menggunakan mod operasi 5G mandiri (SA) dan bukan mandiri (NSA), modul 5G yang baru dilancarkan RG500Q/RG510Q dan RM500Q/RM510Q direka untuk aplikasi perusahaan dan jalur lebar mudah alih seperti akses tanpa wayar tetap, peranti mudah alih kawasan khas, dan aplikasi keselamatan dan pengawasan awam.

Direka dalam faktor bentuk LGA, RG500Q menyokong 5G NR sub-6GHz manakala RG510Q menyokong kedua-dua sub-6 GHz dan jalur spektrum mmWave. Kedua-dua modul ini juga menyokong Kategori 12 LTE atau ke atas dan keupayaan GNSS terbina dalam, dan menyasarkan kawasan Asia-Pasifik, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara. Direka dalam bentuk faktor M.2, RM500Q menyokong 5G NR sub-6GHz manakala RM510Q menyokong kedua-dua jalur spektrum sub-6GHz dan mmWave. Kedua-dua modul ini juga menyokong sambungan LTE Kategori 22 dengan GNSS bersepadu dan eSIM. RM500Q dan RM510Q adalah sesuai untuk peranti mudah alih yang digunakan di seluruh dunia termasuk PC Sentiasa Terhubung (ACPC), PDA perindustrian dan get laluan mudah alih.

Modul-modul5G sub-6GHz RG500Q dan RM500Q Quectel akan didemonstrasikan di MWC19 Barcelona reruai Quectel 5C11 dan reruai Qualcomm 3E10.

Siaran penuh tersedia di laman sesawang Quectel: https://www.quectel.com/infocenter/news/459.htm 

Latar Belakang Quectel Wireless Solutions 

Quectel Wireless Solutions ialah pembekal global yang utama bagi modul-modul 5G, LTE, LTE-A, LPWA, GSM/GPRS, UMTS/HSPA(+) dan GNSS. Sebagai pembangun teknologi IoT dan pembekal modul selular profesional, Quectel berupaya menyediakan perkhidmatan sehenti untuk modul-modul selular IoT. Produk-produk Quectel telahpun diaplikasikan secara meluas dalam bidang-bidang IoT/M2M termasuk pembayaran pintar, telematik dan pengangkutan, tenaga pintar, bandar pintar, keselamatan, get laluan tanpa wayar, industri, penjagaan kesihatan, pertanian dan pemantauan persekitaran. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Quectel, halaman LinkedInFacebook dan Twitter.

Qualcomm Snapdragon ialah produk Qualcomm Technologies, Inc. dan/atau subsidiary-subsidiarinya. 

Qualcomm dan Snapdragon ialah tanda dagang Qualcomm Incorporated, didaftarkan dalam Amerika Syarikat dan negara-negara lain. 

media@quectel.com 

Source: Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Electronic Components Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services Trade show news