omniture

TCL mulakan pembinaan pangkalan pengilangan bersepadu baharu di Binh Duong, Vietnam

TCL Electronics
2019-02-25 12:15 743

BINH DUONG, Vietnam, 25 Februari 2019 /PRNewswire/ -- TCL, tiga jenama televisyen global terkemuka dan syarikat elektronik pengguna utama, kini meletakkan asas bagi pangkalan pengilangannya yang baharu di Binh Duong (Ping Yang), Vietnam. Ia akan menjadi kemudahan pengilangan digital yang terbesar dengan rantaian bekalan bersepadu sepenuhnya dalam kalangan semua kilang jenama TV Cina di pasaran Asia Tenggara apabila selesai.

TCL’s new integrated manufacturing base in Binh Duong, Vietnam will become the largest digitized facility among all of the Chinese TV brands’ factories in Southeast Asia upon completion
TCL’s new integrated manufacturing base in Binh Duong, Vietnam will become the largest digitized facility among all of the Chinese TV brands’ factories in Southeast Asia upon completion

Langkah itu menandakan kedudukan strategik Vietnam dalam pembangunan global TCL sebagai hab pengilangan serantau. Ia juga menyokong komitmen jangka panjang syarikat terhadap pasaran Vietnam.

Meliputi kawasan seluas kira-kira 73,000 meter persegi, pangkalan pengilangan baharu ini mempunyai pelan pembinaan dua fasa dengan jumlah pelaburan melebihi USD53.56 juta (RMB360 juta). Kapasiti pengeluaran fasa pertama dijangka sehingga 1 juta unit TV setahun dengan pelaburan sebanyak USD37.19 juta (RMB250 juta), yang merupakan sekali ganda kapasiti pengeluaran semasa kilang di Dong Nai. Apabila pembinaan fasa dua selesai, dengan pelaburan tambahan sebanyak USD16.37 juta (RMB110 juta), kapasiti pengeluaran akan mencapai maksimum 3 juta unit setahun.

Pangkalan pengilangan bersepadu ini akan membekalkan produk ke pasaran Vietnam dan pasaran Asia Tenggara, termasuk Filipina dan Thailand, untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk TV berkualiti tinggi.

Pembinaan pangkalan pengilangan bersepadu, sebahagian daripada pengembangan global TCL berikutan pembinaan taman perindustrian pengilangan pintar bersepadu pertama di India baru-baru ini, akan membantu mempromosikan perkembangan pesat perniagaan eksport Vietnam dan mewujudkan sejumlah besar pekerjaan untuk tenaga kerja tempatan, menyumbang kepada pembangunan ekonomi lestari Vietnam dan menyediakan kedua-dua pengguna Vietnam dan luar negara lain dengan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi.

TCL memasuki pasaran Vietnam pada tahun 1999 dan berjaya meniru kejayaan antarabangsanya di dalam negara. Di Vietnam pada 2018, jumlah jualan TCL meningkat sebanyak 50% berbanding tahun sebelumnya dan kini menjadi jenama TV keempat terbesar di Vietnam.

Latar Belakang TCL Electronics

Beribu pejabat di China, TCL Electronics Holdings Limited (HKSE: 01070) merupakan salah satu daripada tiga penggiat teratas dalam industri TV global, yang terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan, pembuatan dan pengedaran produk elektronik pengguna. TCL Electronics berusaha untuk membina ekosistem komprehensif untuk TV pintar yang menyediakan pengguna dengan pengalaman yang unggul dengan produk dan perkhidmatan pintarnya.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190221/2382111-1

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Commercial Real Estate Computer/Electronics Construction/Building Consumer Electronics Machinery Real Estate Corporate Expansion New products/services