omniture

Penyedia Infrastruktur Digital Indonesia Alterra Gunakan CRM Jualan Vymo Kembangkan Perniagaan Rakan Kongsi Saluran

Vymo
2019-02-26 10:00 874

BENGALURU, India, 26 Februari 2019 /PRNewswire/ --

CRM Jualan utamakan-mudah-alih pintar bantu jurujual libatkan rakan kongsi dan dorong kejayaan. 

Vymo dipilih sebagai penyelesaian CRM Jualan pilihan untuk Alterra (dahulunya, Sepulsa), pengagregat bayaran bil, rangkaian pengedaran dan platform promosi yang utama di Indonesia

Dengan CRM Jualan didayakan AI daripada Vymo, pasukan jualan Alterra dapat:

  • Libatkan pelanggan dan rakan niaga pada platform mudah alih
  • Mengesan dan mengoptimumkan keadaan penglibatan berdasarkan segmen perniagaan, dan
  • Melaporkan aktiviti-aktiviti jualan secara automatik (panggilan, mesyuarat, emel/mesej)

Ditubuhkan pada tahun 2015, Alterra bermula sebagai platform dalam talian untuk menjual pulsa (kredit telefon bimbit) melalui laman sesawangnya dan aplikasi mudah alih. Sejak itu, syarikat mengembangkan vertikalnya untuk mengendalikan produk perniagaan lain seperti pengagregat bayaran bil B2B dan platform pengedaran produk digital. Ia memproses lebih 8 juta transaksi sebulan.

Mengulas tentang penglibatan ini, En. Ananto Wibisono, Ketua Pegawai Eksekutif Alterra berkata: "Kami ingin menjadi amat responsif kepada rakan kongsi dan pelanggan kami, maka kami memerlukan penyelesaian jualan yang dapat menjayakannya. Kami kagum dengan mobiliti dan kecerdasan Vymo dan berasa teruja dengan nilai yang dapat ditambah kepada produktiviti jualan kami."

Pertumbuhan Vymo di Asia Tenggara 

Sejak mengumumkan pengembangannya ke APAC tahun lalu, Vymo berkembang dengan pesat di rantau ini. Antara sorotan utamanya:

Latar Belakang Alterra 

Alterra (dahulunya Sepulsa) ialah platform isian semula masa siaran dan utiliti yang mengganjari pengguna melalui program kesetiaan. Ia menyediakan perkhidmatan isian semula nadi (pulsa) selama 24 jam yang disokong oleh kesemua jenis kaedah bayaran. Sepulsa memproses lebih 8 juta transaksi sebulan dan menyokong banyak syarikat teknologi yang terkemuka di Indonesia seperti Tokopedia, Traveloka dan Lazada.

Latar Belakang Vymo 

Vymo mengubah pengalaman CRM Jualan melalui mobiliti dan kecerdasan. Ia dibiayai oleh Sequoia Capital dan diiktiraf oleh Gartner dan CB Insights untuk Jualan Preskriptif. Vymo digunakan oleh lebih 75,000 wakil jualan di Institusi-institusi Global seperti Abu Dhabi Finance, Allianz, AXA, Generali, HDFC Bank, VP Bank dan Zurich.

Pautan berkaitan

Laman sesawang - https://www.getvymo.com

Lihat Vymo beraksi - video

Tetapkan Jadual Demo - pautan

Demo Vymo di Finovate Asia - video

Muat turun logo - pautan.

Hubungi
En. Anurag Srivastava
Naib Presiden-APAC
anurag@getvymo.com
+65-9147-2172

Sumber: Vymo

Source: Vymo
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Telecommunications New products/services