omniture

ZTE Perkenal Telefon Pintar Blade V10, Bawakan Teknologi 'Swafoto Pintar' AI 32MP dan Pemproses Okta-Teras

Siri Blade V10 akan disediakan di Eropah, Amerika Latin dan China
ZTE Corporation
2019-02-27 03:41 713

BARCELONA, Sepanyol, 27 Februari 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan telefon pintar ZTE Blade V10 baharu, menampilkan kamera 'swafoto pintar' AI 32MP, skrin titisan air dan pemproses okta-teras. Dalam masa yang sama, ZTE turut mengumumkan Blade V10 Vita, yang akan menarik minat golongan muda menerusi nisbah harga/prestasi tingginya dan pengalaman inovatif. Blade V10 akan memasuki pasaran China dan Eropah pada bulan Mac dan Amerika Latin pada bulan April.

Blade V10
Blade V10

Kamera 'Swafoto Pintar' AI 32MP

Ciri utama Blade V10 baharu ialah kamera depan yang dipertingkat dengan foto-peka 32MP dan teknologi 'swafoto pintar' AI canggih. Teknologi AI digunakan untuk menyesuaikan dan menyempurnakan swafoto yang diambil menggunakan kamera tinggi megapiksel bagi menghasilkan foto-foto berkualiti tinggi tanpa kehilangan perincian dalam persekitaran bercahaya belakang atau malap. Selain itu, sebagai pengganti kamera rendah cahaya Blade V9 sebelumnya, generasi baharu ini menghasilkan imej-imej rendah cahaya yang lebih jelas dan lebih lembut.

ZTE Blade V10 mengaplikasikan teknologi pengecaman pemandangan AI dan dapat mengenal pasti lebih 300 pemandangan dalam mod prebiu untuk menyesuaikan dengan pintar teknologi kamera yang sepadan dan mengambil tangkapan gambar terbaik. Ia turut dilengkapi dengan dwikamera AI 16MP untuk mempertingkatkan lagi detik-detik yang ditangkap dalam suasana rendah cahaya.

Reka Bentuk Melengkung dan Skrin Titisan Air

ZTE Blade V10 mempunyai reka bentuk melengkung yang amat kompak dan unik. Menampilkan skrin takuk titisan air dengan margin ultra sempit dan sensor tersembunyi, peranti ini mudah dikawal dengan sebelah tangan. Melalui proses tindanan berbilang lapisan porselin dan acuan dengan kejituan tinggi, ia dapat menghasilkan sentuhan seakan-akan seramik. Badannya yang kecil juga menawarkan paparan yang lebih luas dan lebih imersif dengan mengaplikasikan skrin ketumpatan penuh 6.3" dengan nisbah skrin 90.3%, 2280*1080 FHD+, 400PPI. 

Pemprosesn Okta-teras dan Enjin Pemecutan Ai

ZTE Blade V10 akan dilengkapi dengan sistem Android P terkini, menyesuaikan MiFavor9.0 UI dan pemproses hebat okta-teras unggul yang akan menyediakan pengguna dengan pengalaman tanpa halangan yang lebih mesra pengguna. Selain itu, enjin pemecutan AI generasi baharu mengoptimumkan pengalaman pengguna, menyediakan pelbagai fungsi AI termasuk pembantu suara AI, pengecaman wajah AI, pengecaman imej AI, pembantu permainan AI, dan penjimatan kuasa pintar AI.

Platform

Okta-teras 2.1GHz

Sistem Operasi

Android P 

Saiz

158*75.8*7.8mm

Paparan

6.3' FHD + takuk titisan air  

Kamera

Kamera utama: 16M AF + 5MFF; Kamera depan: 32MFF

Bateri

3200mAh(Biasa),3100 mAh (Terkadar)

Antara Muka

USB Jenis C, 3.5mm Port Fon Telinga, Slot SD Mikro (4FF+4FF/T)

Memori

3GB +32GB / 4GB+64 GB

Warna

Hitam, Biru, Hijau

Ciri-ciri

 

GPS, WiFi 2.4G/5G  802.11 a/b/g/n/ac, BT 4.2, Akselerometer, Keterhampiran, 
Cahaya Ambien, Giroskop, Kompas, Cap Jari,  VoLTE

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Hubungan Media:
Margaret Ma                                                       
ZTE Corporation                                                 
Tel: +86 755 26775189                                      
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190225/2384574-1  

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services