omniture

ZTE Lancar Penyelesaian Light Cloud Sasar pada Pelaksanaan NFVI Akses-Rangkaian

ZTE Corporation
2019-02-28 01:53 726

SHENZHEN, China, 28 Februari 2019 /PRNewswire/ - ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan pengguna teknologi untuk Internet mudah alih, hari ini melancarkan penyelesaian Light Cloud bersama dengan Intel pada Sidang Kemuncak 5G Kongres Dunia Mudah Alih 2019. Penyelesaian Light Cloud memperkenalkan laluan yang berdaya maju kepada transformasi rangkaian akses.

Light Cloud ialah penyelesaian NFVI yang menggunakan pelayan bilah ringan yang dilengkapi dengan pemproses Intel® Xeon®. Dengan membenamkan pelayan bilah dalam peranti OLT atau BRAS dan dengan itu menukarkan peranti itu menjadi infrastruktur awan ringan, penyelesaian ini dapat mengurangkan kos peralatan dan kos pembinaan dengan ketara.

Selain itu, ia membolehkan keupayaan pengkomputeran dan penyimpanan dimuatkan ke peralatan akses telekom, dengan itu membolehkan penggunaan dan pengagihan perkhidmatan sensitif pengalaman.

Dengan fungsi awan berpindah ke lapisan akses oleh pelayan bilah terbina dalam, penyelesaian ini boleh membawa pelbagai aplikasi dan perkhidmatan awan, termasuk MEC, akses CDN, vSTB dan vCPE, meningkatkan kepuasan pelanggan dengan perkhidmatan sensitif pengalaman.

Di samping itu, infrastruktur awan ringan mempunyai keupayaan terbuka, membolehkan pengendali menggunakannya sendiri atau menyewakannya. Oleh itu, infrastruktur boleh digunakan untuk menyediakan rangkaian akses dengan keupayaan baharu.

Penyelesaian Light Cloud telah dilaksanakan di platform akses optik unggulan ZTE, TITAN. Pada 25 Februari, hari pertama MWC 2019, ZTE dan Intel menunjukkan video sukan menerusi awan Pengkomputeran Pinggir Berbilang Akses (MEC) yang dikuasakan oleh penyelesaian Light Cloud TITAN.

"ZTE, dengan kerjasama Intel, menyediakan inovasi dalam teknologi utama penyelesaian Light Cloud, termasuk pemprosesan imej, pecutan perkhidmatan, pembelajaran AI, data raya, pengekodan dan penyahkodan, serta kad rangkaian pintar," kata Fang Hui, Naib Presiden ZTE.

"Pemproses Intel Xeon D dioptimumkan untuk persekitaran kuasa dan ruang yang terhad dan ia merupakan pilihan yang sangat baik untuk lokasi pinggir. Menggunakan Intel Xeon D, reka bentuk OLT ZTE memberikan keupayaan dan perkhidmatan pengkomputeran yang mantap di pinggir rangkaian," kata Dan Rodriguez, Naib Presiden, Kumpulan Pusat Data, dan Pengurus Besar, Bahagian Pengkomputeran Rangkaian, Intel. "Intel mempunyai portfolio produk dan teknologi yang semakin berkembang yang membawa prestasi dan kecerdasan termaju dari teras pusat data ke pinggir rangkaian. Dengan bekerjasama dengan rakan-rakan seperti ZTE, bersama-sama kami dapat memberikan penyelesaian yang menarik untuk membantu Penyedia Perkhidmatan Komunikasi mengubah rangkaian mereka."

Dengan kepakaran teknikal dan inovasi dalam bidang akses optikal, ZTE berada di kedudukan pertama di kalangan pembekal 10G PON, dan menduduki tempat kedua di kalangan penyedia CPE dan vendor akses optik dari segi bahagian pasaran global. Platform akses optik unggulan ZTE, TITAN, telah digunakan secara meluas di China, Itali, Brazil dan Mexico.

Selain penyelesaian Light Cloud, ZTE dan Intel juga bersama-sama mengeluarkan kertas putih bilah terbina dalam OLT pada 18 Februari 2019.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Ketahui lebih lanjut tentang SDN/NFV: sdnfv.zte.com.cn/openlab.zte.com.cn

Hubungan Media:

Margaret Ma 
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn  

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Trade show news