omniture

ZTE Perkenal Sistem Operasi Hirisan 5G Berasaskan AI Sedia Dikomersial Pertama dalam Industri

ZTE Corporation
2019-02-28 18:03 760

SHENZHEN, China, 28 Februari 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet mudah alih, hari ini memperkenalkan sistem operasi hirisan 5G berasaskan AI yang sedia dikomersialkan dan pertama di dunia, CloudStudio, di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2019 di Barcelona.

Sistem ini memperkenalkan secara inovatif konsep 3A: Kesedaran (Awareness), Pengautomatan (Automation) dan AI, menyokong penggunaan hirisan tangkas, analisis pintar dan pemulihan sendiri yang pantas. Ia memudahkan dengan ketara operasi rangkaian 5G, meningkatkan kecekapan O&M sebanyak lebih 30% dan mengurangkan kos pembinaan rangkaian sebanyak 20%.

Memanfaatkan pembelajaran mesin dan teknologi algoritma termaju, sistem hirisan rangkaian CloudStudio gred-pembawa ZTE menghasilkan lebih 8,000 repositori peraturan RCA (analisis punca masalah) berdasarkan kekayaan pengalaman O&M ZTE melibatkan lebih 400 projek peralihan kepada awan (cloudification) di seluruh dunia, di samping menyokong penskalaan dan penaiktarafan dalam talian.

Sistem CloudStudio ZTE melaksanakan penapisan penggera pintar yang automatik mengikut masa, korelasi dan dasar lain. Ia sepadan dengan repositori peraturan RCA sistem dan mengesan dengan pantas punca masalah yang sebenar dalam beberapa minit, seraya mengurangkan dengan banyaknya kerumitan O&M.

Selain itu, CloudStudio ZTE melaksanakan pengurusan lancar dan pelarasan sumber yang dinamik untuk awan persendirian dan awan awam. Apabila beban kerja perkhidmatan mencapai puncaknya, CloudStudio dapat mencetuskan awan awam untuk menetapkan sumber yang diminta. Apabila perkhidmatan kembali semula ke tahap normal, sistem ini mengeluarkan sumber daripada awan awam. Oleh yang demikian, CloudStudio membolehkan pengendali mengelakkan keperluan untuk membina rangkaian menurut kapasiti perkhidmatan terbesar, menjimatkan kos pembinaan rangkaian dengan berkesan sebanyak 20%.

Tambahan pula, melalui penghirisan rangkaian, pengendali dapat mencipta berbilang rangkaian maya hujung-ke-hujung pada infrastruktur fizikal yang sama bagi menyediakan pelbagai industri vertikal dengan perkhidmatan rangkaian berbeza yang dijamin kualitinya.

Sebagai penyedia utama dunia bagi penyelesaian komunikasi bersepadu, ZTE aktif berkolaborasi dengan pengendali dan rakan kongsi daripada industri-industri vertikal, termasuk grid pintar, kawalan perindustrian dan UAV (kenderaan udara tanpa pemandu) bagi mempromosi penggunaan komersial penghirisan 5G. Sementara itu, ZTE membolehkan pengendali membangunkan model-model perniagaan baharu, seperti B2B dan B2B2C berdasarkan model B2C tradisional, mencipta peluang-peluang luas berkaitan ekosistem 5G.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Ketahui lebih lanjut tentang SDN/NFV: sdnfv.zte.com.cn/openlab.zte.com.cn

Hubungan Media:

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment