omniture

WeBank dan Kerajaan Macau Ganding Bahu untuk Bandar Pintar Dirangsang oleh Penyelesaian Rantaian Blok di bawah Inisiatif Kawasan Teluk Lebih Besar

Macao Science and Technology Development Fund
2019-03-01 21:48 1302

MACAU, 1 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Pada 27 Februari lalu, WeBank Co., Ltd. ("WeBank") menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan Macao Science and Technology Development Fund ("FDCT"), yang ditubuhkan oleh kerajaan Macau. Kedua-dua pihak akan berkolaborasi dalam pembangunan infrastruktur Bandar Pintar, perkhidmatan awam, pentadbiran kerajaan dan latihan bakat. Ma Chi Ngai, Presiden Jawatankuasa Pentadbiran FDCT dan Henry Ma, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Maklumat WeBank menghadiri upacara penandatanganan berkenaan.

Ma Chi Ngai, President of Adm. Committee of FDCT & Henry Ma, Executive Vice President and Chief Information Officer of WeBank
Ma Chi Ngai, President of Adm. Committee of FDCT & Henry Ma, Executive Vice President and Chief Information Officer of WeBank

Menurut perjanjian ini, kedua-dua pihak akan menjalin kerjasama jangka panjang dalam Teknologi Kewangan untuk bersama-sama mempromosi pembangunan bandar futuristik SAR Macau. Rantaian Blok, Kecerdasan Buatan, Data Raya, Pengkomputeran Awan, antara teknologi-teknologi inovatif yang lain, akan digunakan untuk meningkatkan keupayaan sains dan teknologi 'Kawasan Teluk Lebih Besar' Guangdong-Hong Kong-Macau.

Ma Chi Ngai, Presiden Jawatankuasa Pentadbiran FDCT, berkata: "Membina Bandar Pintar merupakan langkah strategik untuk kerajaan SAR bagi membangunkan ekonominya dan meningkatkan taraf hidup penduduk. Sebagai sebuah agensi kerajaan, FDCT akan bekerjasama secara aktif dengan pihak kerajaan Macau bagi menggalakkan pelaksanaan Bandar Pintar. Menerusi kolaborasi ini, kami akan menggunakan teknologi inovatif seperti Rantaian Blok sebagai fulkrum untuk mengukuhkan keupayaan inovasi berteknologi kerajaan SAR, bagi mempromosi pembangunan Bandar Pintar dan untuk memberi manfaat kepada taraf hidup orang ramai melalui sains dan teknologi. Di samping itu, melalui kolaborasi yang mantap dan sokongan bersama, kami akan memanfaatkan sepenuhnya kekuatan Kawasan Teluk Lebih Besar dalam inovasi berteknologi bagi menyuntik tenaga baharu kepada rantau ini."

Henry Ma, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Maklumat WeBank, berkata dalam ucapan beliau: "WeBank ialah bank pertama dengan infrastruktur digital semata-mata di China. Berpangkalan di Shenzhen, ibu kota inovasi di Kawasan Teluk Lebih Besar, kami komited untuk menggabungkan amalan terbaik Teknologi Kewangan dengan strategi teknologi terbuka kami untuk menyediakan penyelesaian yang selamat, andal dan bersumber terbuka kepada rakan-rakan kongsi di seluruh dunia. Pada masa depan, WeBank dan kerajaan Macau akan meluaskan kolaborasi mereka dan bersama-sama meneroka model-model kerjasama baharu antara sektor-sektor awam dan swasta. Saya berharap kolaborasi kami akan memberi rujukan bermakna kepada semua perusahaan dan individu yang komited terhadap pembangunan Kawasan Teluk Lebih Besar."

Menurut kedua-dua pihak, projek kolaborasi pertama adalah berasaskan WeIdentity", penyelesaian Pengesahan Identiti Entiti dan Pertukaran Data Dipercayai. Dalam model tradisional, pertukaran data peribadi merentas agensi dan jabatan menimbulkan banyak masalah. WeIdentity menawarkan penyelesaian yang selamat dan cekap untuk pengesahan identiti antara institusi dan kerjasama data melalui Rantaian Blok, memberi sokongan teknikal kepada perkhidmatan e-kerajaan di Macau dan meningkatkan pengalaman perkhidmatan untuk penduduk-penduduk Macau.

Dengan teknologi yang dibenamkan secara mendalam kepada komponen penting bank sejak ditubuhkan, WeBank terus memacu penambahbaikan melalui pembangunan teknologi utama. Pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi menyumbang sebanyak lebih 30% daripada jumlah perbelanjaan di bank dengan lebih separuh daripada kesemua kakitangan berkhidmat menerusi peranan teknikal. Sejak tahun 2015, WeBank menjadi peneraju dalam pembangunan Rantaian Blok dan teknologi lejar teragih. Dengan bergantung kepada kepakaran teknologi teras dalam Rantaian Blok, WeBank telah membuat kemajuan besar dalam R&D, penerokaan senarai tindakan, pertukaran pengetahuan industri dan kerjasama kerajaan untuk topik Rantaian Blok.

"Rangka Pelan Pembangunan untuk Kawasan Teluk Lebih Besar Guangdong-Hong Kong-Macau" yang baru dikeluarkan menunjukkan tujuan pelaksanaan strategi pembangunan dipacu inovasi, meningkatkan penyelarasan antara Guangdong, Hong Kong dan Macau dalam membina komuniti dinamik melibatkan kolaborasi dan inovasi. Penandatanganan perjanjian antara WeBank dan FDCT ini menjadi contoh hebat strategi ini dengan kedua-dua agensi kerajaan dan perusahaan menyumbang untuk membangunkan Kawasan Teluk Lebih Besar.

Sila kunjungi http://fintech.webank.com/weid untuk maklumat lanjut.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190228/2389018-1-a

Source: WeBank
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Contracts Blockchain Financial Technology