omniture

Halodoc, Syarikat Baharu Penjagaan Kesihatan Paling Inovatif Asia Pasifik, Kumpul US$65 Juta Tatkala Ia terus Tingkatkan Akses Penjagaan Kesihatan seluruh Indonesia

Halodoc
2019-03-06 18:40 1500

JAKARTA, Indonesia, 6 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Halodoc, platform penjagaan kesihatan yang utama di Indonesia, mengumpul US$65 juta dalam pusingan pembiayaan Siri B, yang dipimpin oleh pelabur baharu Venture Management. Pelabur-pelabur baharu yang lain dalam pusingan pembiayaan ini termasuk Singtel Innov8, Korea Investment Partners dan WuXi AppTec. Pelabur-pelabur sedia ada turut mengambil bahagian.

Halodoc Pharmacy Delivery
Halodoc Pharmacy Delivery

Halodoc ialah platform penjagaan kesihatan digital yang melibatkan aplikasi mudah alih dan laman sesawang yang membolehkan pelanggan di seluruh Indonesia mengadakan rundingan langsung dengan lebih 20,000 doktor berlesen di dalam negara, pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Penggunaan platformnya meningkat sebanyak 2500% pada tahun 2018, seraya menunjukkan permintaan kukuh terhadap kemudahan penjagaan kesihatan. Pelanggan-pelanggan kami boleh memesan ujian makmal untuk dijalankan di dalam rumah mereka dan menggunakan aplikasi ini untuk memesan ubat-ubatan daripada 1,300 farmasi yang mengambil bahagian, yang boleh dihantar dalam masa sejam.

Halodoc bekerjasama dengan lebih 1,400 hospital dan penyedia penjagaan kesihatan menerusi perkongsian seluruh negara bagi meningkatkan pengalaman lawatan ke hospital. Perkongsian tersebut menyediakan pelanggan dengan tempoh menunggu yang dipendekkan di farmasi selepas temujanji dan lawatan ke hospital tanpa tunai dengan menghubungkan manfaat-manfaat hospital. Halodoc akan menggunakan dana baharu ini untuk menyempurnakan pengalaman penjagaan kesihatan dalam talian kepada luar talian bersama hospital-hospital dan rakan-rakan kongsi insurans tatkala pelancarannya diteruskan pada tahun 2019.

Halodoc dinamakan sebagai "Syarikat Baharu Paling Inovatif di Asia pada November 2018" oleh Galen Growth Asia, sebuah organisasi yang memantau ekosistem syarikat baharu penjagaan kesihatan di Asia Pasifik.

Jonathan Sudharta, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Halodoc, berkata, "Hari ini, kami menyediakan dua juta pelanggan dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mudah dan andal setiap bulan, yang mana separuh daripada pelanggan menetap di luar Jawa. Terdapat potensi yang besar untuk teknologi memperluaskan jangkauan penjagaan kesihatan konvensional, menyediakan akses yang lebih baik kepada populasi luas kepulauan ini. Pelaburan dan perkongsian strategik akan membolehkan kami mempercepatkan usaha-usaha kami dalam membina platform yang dapat meningkatkan akses dan kemudahan kepada berjuta-juta pelanggan Indonesia."

Kian-Wee Seah, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Venture Management, berkata, "Wawasan Halodoc adalah untuk menggunakan teknologi bagi mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti lebih mudah diakses buat semua orang dan bagi mengoptimumkan sumber penjagaan kesihatan yang tidak terhingga banyaknya dalam negara yang luas seperti Indonesia. Pelaburan dalam Halodoc ini memperlihatkan pendekatan pelaburan kami yang bertanggungjawab untuk menyokong pembangunan ekonomi dan sosial."

Halodoc bekerjasama erat dengan pelabur-pelabur sedia adanya, Openspace Ventures, Clermont Group, Blibli.com dan InvestIdea yang berkongsi wawasan yang sama untuk masa depan penjagaan kesihatan. Tatkala rakan kongsi strategik Halodoc, GOJEK Group, meneruskan komitmennya terhadap kejayaan Halodoc, Andre Soelistyo, Presiden GOJEK berkata, "Di GOJEK, kami gigih memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah dan menjadikan kehidupan lebih baik untuk orang ramai di seluruh Indonesia dan Asia Tenggara. Halodoc benar-benar berkongsi etos ini, dan atas sebab inilah syarikat merupakan salah satu rakan kongsi ekosistem terawal kami. Kami bekerjasama untuk mencipta GO-MED, yang melaluinya perkhidmatan Halodoc dapat disediakan kepada berjuta-juta pengguna kami melalui aplikasi GOJEK. Kami berbangga untuk menyokong syarikat serta pasukan pengurusannya dan berharap dapat mengukuhkan integrasi antara kedua-dua platform kami."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190305/2393476-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190305/2393476-1LOGO

Source: Halodoc
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Mobile Entertainment Telecommunications Financing agreements Venture Capital