omniture

Kenyataan LONGi tentang laporan media berhubung pelanggaran paten Hanwha Q-CELLS

LONGi Solar
2019-03-08 00:35 2398

XI'AN, China, 8 Mac 2019 /PRNewswire/ -- LONGi telah mengetahui - melalui artikel berita  - bahawa Hanwha Q-Cells memfailkan siasatan paten Seksyen 337 dengan Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa A.S. ("ITC") dan memfailkan aduan pelanggaran paten di Mahkamah Daerah A.S. Delaware secara serentak, terhadap Jinko Solar, REC dan LONGi.

Setakat ini, LONGi masih belum menerima apa-apa dokumen kes undang-undang tentang aduan tersebut mahupun apa-apa surat menyurat rundingan perniagaan rasmi daripada Hanwha Q-CELLS berhubung hal ini sebelum peristiwa ini.

LONGi sentiasa mementingkan inovasi teknologi dan menghormati harta intelek. Pada masa kini, syarikat memiliki lebih 1,000 paten dan permohonan paten, serta mengekalkan kepimpinan global dalam pelbagai teknologi fotovolta utama. Sel-sel PERC LONGi berulang kali memperoleh rekod dunia dalam kecekapan sel.

Dalam analisis awal tentang maklumat media, kumpulan paten yang digunakan oleh Hanwha Q- CELLS dalam aduan berkenaan diperoleh melalui berbilang pemindahan dan transaksi daripada institusi-institusi penyelidikan lain; dan bertindak sebagai pemilik bersama paten tersebut. Pada masa kini, beberapa prosedur bantahan terhadap paten tersebut telahpun difailkan sekurang-kurangnya di Eropah dan terdapatnya ketidakpastian yang tinggi berhubung kesahan hak-hak paten berkenaan. Selain itu, dari perspektif teknikal, teknologi semasa yang digunakan dalam produk-produk LONGi tidak sama seperti teknologi yang terkandung dalam paten-paten yang dipertikaikan: paten-paten yang dipertikaikan adalah tentang teknologi ALD sementara LONGi menggunakan teknologi PECVD.

Menerusi analisis lanjut maklumat media, LONGi percaya bahawa aduan berkenaan tidak akan memberi impak penting terhadap pengeluaran dan operasi Syarikat. Walau bagaimanapun, LONGi bersiap sedia untuk memberi respons secara aktif terhadap aduan berkenaan. Pada masa yang sama, Syarikat akan memastikan pihak-pihak berkepentingan kami yang dihargai seperti pelabur, rakan kongsi strategik dan pelanggan sentiasa mendapat perkembangan terkini dan dimaklumkan tentang kemajuan hal ini.

Latar Belakang LONGi Solar

LONGi Solar ialah pengeluar yang terkemuka di dunia bagi sel dan modul solar monohabluran berkecekapan tinggi. Beribu pejabat di Xi'an, China, Syarikat mempunyai cawangan-cawangan di Jepun, Eropah, Amerika Utara, India dan Malaysia. LONGi Solar ialah subsidiari milik penuh LONGi Group (SH601012) - pembekal terbesar wafer solar silikon monohabluran di dunia dengan kapasiti wafer 28 GW menjelang akhir tahun. Dengan tumpuan kukuh pada penyelidikan dan pembangunan (R&D), LONGi aktif dalam seluruh rantaian nilai silikon monohabluran termasuk loji kuasa solar.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181108/2292512-1-LOGO

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities