omniture

FDI: Kertas Putih Endodontik Seru Rawatan untuk Pertimbang Kesan terhadap Kesihatan dan Kesejahteraan Pesakit

FDI World Dental Federation
2019-03-11 08:00 1326

GENEVA, 11 Mac 2019 /PRNewswire/ --

FDI Persekutuan Pergigian Sedunia (FDI) menyiarkan kertas putih pertamanya tentang penjagaan endodontik hari ini, menyediakan sumber penting untuk doktor-doktor gigi, persatuan-persatuan pergigian kebangsaan (NDA) dan pendukung-pendukung kesihatan oral yang lain.

generated by system

Penjagaan endodontik merawat kerosakan yang berlaku pada saluran darah, saraf dan tisu di dalam dan di sekitar gigi. Kerosakan ini biasanya disebabkan oleh karies gigi yang tidak dirawat, yang memberi kesan kepada 2.4 bilion orang di seluruh dunia.

Kertas Putih tentang Penjagaan Endodontik menakrifkan skala beban global penyakit endodontik dan mencadangkan penyelesaian yang mengutamakan pesakit bagi meningkatkan kesihatan endodontik. Kertas putih ini diterbitkan sebagai sebahagian daripada inisiatif Endodontik dalam Latihan Umum FDI, disokong oleh Dentsply Sirona.

Daripada menumpu semata-mata pada akar gigi, kertas putih ini menyeru agar penjagaan endodontik dapat menangani himpunan hasil kesihatan lebih luas yang memberi kesan langsung kepada pesakit, termasuk pengekalan gigi dan impak terhadap kesihatan keseluruhan. Pesakit-pesakit mengambil berat tentang penghapusan kesakitan dan memastikan gigi yang terjejas sihat dan kuat dalam jangka masa panjang. Dengan mengambil kira perspektif pesakit dalam penyediaan penjagaan endodontik memberi implikasi yang penting terhadap garis panduan rawatan sedia ada.

"Pendekatan komprehensif terhadap penjagaan endodontik meletakkan pesakit sebagai keutamaan," kata Presiden FDI Dr Kathryn Kell. "Kita perlu beralih daripada hasil rawatan yang menumpu semata-mata pada matlamat-matlamat teknikal serta simptom-simptom klinikal selepas rawatan dan memberi perhatian lebih teliti bagaimana kita dapat menyediakan perkhidmatan penjagaan yang lebih baik kepada pesakit."

Kertas putih ini merumuskan keputusan daripada tinjauan yang diselesaikan oleh ahli-ahli FDI, NDA bagi mengenal pasti halangan dalam menyediakan penjagaan endodontik. Ahli-ahli melaporkan bahawa akses terhad kepada penjagaan merupakan satu cabaran berterusan dalam banyak negara dan salah faham tentang endodontik sebagai satu prosedur yang rumit atau menyakitkan seringkali menghalang pesakit daripada mendapatkan rawatan.

"Keadaan endodontik yang tidak dirawat boleh memberi kesan drastik kepada kualiti hidup seseorang, menyebabkan kesakitan kraniofasial, kesukaran mengunyah dan kesukaran untuk tidur," kata Dr Terri Dolan, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Klinikal di Dentsply Sirona. "Kami berbangga untuk menyokong kerja-kerja FDI untuk aktif menangani cabaran-cabaran ini dan mencadangkan penyelesaian yang ketara bagi meningkatkan kesihatan endodontik di seluruh dunia."

Endodontik (dalam bahasa Greek, 'endo' bermakna 'dalam' dan 'odont' bermakna 'gigi') ialah cabang bidang pergigian berkaitan pemuliharaan dan rawatan pulpa dan tisu gigi di sekeliling akar gigi. Projek Endodontik dalam Latihan Umum FDI membimbing doktor-doktor gigi umum tentang penyediaan perkhidmatan penjagaan endodontik.

Latar Belakang Persekutuan Pergigian Sedunia FDI

FDI ialah badan perwakilan utama untuk lebih 1 juta doktor gigi seluruh dunia, dengan wawasan untuk memimpin dunia ke arah kesihatan oral yang optimum. Keahliannya terdiri daripada kira-kira 200 persatuan ahli kebangsaan dan kumpulan-kumpulan pakar di lebih 130 negara.

Latar Belakang Dentsply Sirona 

Dentsply Sirona ialah pengeluar yang terbesar di dunia bagi produk dan teknologi pergigian profesional, dengan lebih seabad membawakan inovasi dan perkhidmatan kepada industri pergigian serta pesakit di seluruh dunia. Dentsply Sirona membangunkan, mengeluarkan dan memasarkan produk kesihatan pergigian dan oral selain peralatan perubatan guna habis di bawah portfolio jenama bertaraf dunia.

Hubungan media 
Charanjit Jagait
Tel: +41-79-796-76-13
cjagait@fdiworlddental.org

Sumber: FDI World Dental Federation

Source: FDI World Dental Federation
Keywords: Dentistry Health Care/Hospital New products/services