omniture

Seraphim Bina Kilang Modul Solar Sel-Separuh Termaju di Shanxi China Utara

Seraphim
2019-03-13 02:48 1201

CHANGZHOU, China, 13 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Jiangsu Seraphim Solar System Co., Ltd. (Seraphim) mengumumkan bahawa baru-baru ini ia menubuhkan loji baharu di wilayah Shanxi, utara China untuk mengeluarkan modul-modul sel-separuh berkecekapan tinggi khususnya.

Seraphim Jiangsu
Seraphim Jiangsu

Loji baharu tersebut, dibangunkan bersama-sama Shanxi Lu'An Photovoltaics Technology Co. Ltd., akan menggunakan jentera kilang termaju bagi mengeluarkan satu gigawatt modul-modul ultra cekap setiap tahun, termasuk modul-modul sel-separuh standard, sel-separuh dwikaca dan sel-separuh dwimuka, menurut Seraphim, pengeluar produk solar utama dunia di China.

Loji tersebut akan memulakan operasinya pada awal Mei 2019.

Seraphim berkata bahawa produk-produk dwimukanya menggunakan dua lapisan kaca yang digabungkan dengan sel-sel PV dua belah termaju, yang dapat menjana sehingga 25 peratus tenaga elektrik lebih bersih berbanding modul-modul standard. Teknologi dwimuka dijangka mendominasi pasaran solar disebabkan oleh kos tenaga teraras (LCOE) yang lebih rendah dan Seraphim mengambil langkah penting untuk membekalkan permintaan yang pantas berkembang ini.

"Kemudahan-kemudahan amat berautomatik Seraphim dan Lu'An mempunyai sistem kawalan kualiti terkini yang dibangunkan secara dalaman, yang kini dapat mengurangkan kos pengeluaran dan overhed pengurusan kira-kira sebanyak 50 peratus. Matlamat utama kami adalah untuk menjadikan jenama Seraphim sinonim dengan produk-produk yang berkesan kos dan andal kepada semua pengguna akhir kami," kata Polaris Li, presiden Seraphim.

"Perkongsian dengan Seraphim melambangkan jalinan kerjasama antara perusahaan-perusahaan milik negara dan persendirian untuk menghubungkan rantaian bekalan huluan dan hiliran," kata Deng Ming, pengerusi Lu'An Photovoltaics Technology Co. Ltd., dengan menambah bahawa beliau dapat meramalkan bagaimana jalinan kerjasama ini dapat membantu meningkatkan prestasi produk, memacu jualan dan mempertingkat daya saing.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2011, Seraphim mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan, pengeluaran, inovasi dan jualan produk-produk fotovolta (PV). Setakat ini, lebih 6GW produk Seraphim telahpun dipasang di lebih 40 negara seluruh dunia.

Lu'An Photovoltaics Technology Co. Ltd., subsidiari Lu'an Group milik negara, mempunyai kapasiti pengeluaran integrasi PV 4.3GW.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190311/2399306-1

 

Source: Seraphim
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Corporate Expansion Joint ventures