omniture

Platform penyelesaian dron sejagat pertama dunia jadi tumpuan di Sidang Kemuncak Global Terra Drone

Acara tiga-hari saksikan penyertaan oleh pemimpin-pemimpin dari lebih 20 negara
Terra Drone Corporation
2019-03-14 08:30 719

TOKYO, 14 Mac 2019 /PRNewswire/ --Terra Drone Corporation (Shibuya-ku, Tokyo, Ketua Pegawai Eksekutif Toru Tokushige), penyedia utama dunia bagi penyelesaian dron perindustrian, melabuhkan tirai sidang kemuncak global pertamanya pada awal Mac dengan tumpuan membangunkan pelan tindakan untuk platform penyelesaian dron sejagat.

Sidang kemuncak selama tiga hari itu dihadiri oleh eksekutif-eksekutif tertinggi daripada syarikat-syarikat kumpulan Terra Drone dari lebih 20 negara di Asia, Amerika Selatan, Afrika dan juga Eropah.

Platform penyelesaian dron sejagat yang dibangunkan oleh Terra Drone akan meletakkan syarikat-syarikat kumpulan ini dalam kumpulan elit penyedia-penyedia penyelesaian teknologi dron yang terkemuka di dunia, membuka laluan baharu untuk kolaborasi dan pemerolehan pelanggan. Dengan tujuan untuk memudahkan pertumbuhan industri dron secara keseluruhan, platform ini akan memanfaatkan lagi penyelesaian bertumpu pelanggan yang rintis bagi menyelesaikan masalah-masalah perindustrian yang paling rumit untuk kedua-dua sektor awam dan swasta.

Delegasi-delegasi Terra group dari lebih 20 negara
Delegasi-delegasi Terra group dari lebih 20 negara

Teknologi-teknologi unik daripada syarikat-syarikat kumpulan ini yang dipersembahkan semasa Sidang Kemuncak Global Terra Drone melibatkan perkakasan dan perisian, dengan setiap set penyelesaian yang luar biasa dan berbeza yang dapat memenuhi keperluan sebenar pelbagai industri seperti minyak dan gas, kuasa elektrik, perlombongan, pembinaan, utiliti dan sebagainya. Terra Drone Japan turut membawakan keupayaan uniknya untuk dimanfaatkan bersama Terra Lidar bagi tujuan pengukuran berketepatan tinggi, teknologi navigasi automatik untuk pemeriksaan aset dan pelaksanaan sistem UTM (pengurusan trafik tanpa manusia) di lapangan.

Nejc Trost daripada C-Astral Slovenia berkata, "Sejak 11 tahun lalu, C-Astral berjaya menumpu pada perkembangan teknologi untuk sistem UAV kecil elektrik tahan lama yang termaju. Kini, kami berharap dapat berkolaborasi dalam Terra Group untuk mengukuhkan jaringan jualan dan sokongan global kami. Kami juga teruja tentang kesan-kesan sinergi bagi penggunaan sistem daripada dalam kumpulan untuk meneruskan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) kami dan menyesuaikan kepada peluang-peluang pasaran yang paling mendesak."

Tahun lalu menyaksikan Terra Drone membangunkan hubungan perniagaan global pada kadar yang belum pernah berlaku sebelum ini. Dengan lebih 20 syarikat kumpulan yang telahpun berada dalam jaringannya, Terra Drone kini berusaha untuk bekerjasama dengan lebih ramai rakan kongsi dengan teknologi-teknologi dron canggih dan penyedia-penyedia perkhidmatan dron utama di setiap negara. Untuk maklumat lanjut atau bagi menyertai kumpulan idaman ini, sila hubungi info.jp@terra-drone.co.jp.

Hubungan Media
Emel:
 info.jp@terra-drone.co.jp
Laman Sesawang:
 https://www.terra-drone.net/global/
Telefon: +81-3-6419-7193

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190313/2400653-1

Source: Terra Drone Corporation
Keywords: Airlines/Aviation Computer Software Computer/Electronics Travel