omniture

Haier Umum Strategi Kediaman Pintar Global Berbilang Jenama Menjelang AWE 2019

Haier Home Appliances
2019-03-14 16:09 848

SHANGHAI, 14 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Jenama perkakas rumah utama global Haier Home Appliance, selanjutnya dirujuk sebagai "Haier", akan mengadakan Forum Jenama Global menjelang Ekspo Dunia Perkakas & Barangan Elektronik 2019 (AWE 2019) di Shanghai, China, yang mana ia akan menghimpunkan tujuh subjenama utamanya (Casarte, Leader, GEA, AQUA, CANDY, Fisher&Paykel dan Haier) bagi tujuan semakan semula pencapaian tahun lalu dan menakrifkan strategi globalnya menuju masa depan.  

Haier Umum Strategi Kediaman Pintar Global Berbilang Jenama Menjelang AWE 2019.
Haier Umum Strategi Kediaman Pintar Global Berbilang Jenama Menjelang AWE 2019.

Tahun ini, Haier secara rasminya akan melancarkan Penyelesaian Kediaman Pintarnya pada skala antarabangsa, apabila tujuh jenamanya melancarkan set penuh perkakas rumah pintar bagi membolehkan pengguna di seluruh dunia menikmati gaya hidup lancar yang dapat dijayakan oleh kediaman pintar.

Penyelesaian Kediaman Pintar Haier Beralih ke Era 4.0 Proaktif.
Penyelesaian Kediaman Pintar Haier Beralih ke Era 4.0 Proaktif.

"Haier secara rasminya melancarkan dorongan Penyelesaian Kediaman Pintar globalnya," kata Wang Ye, Naib Presiden dan Pengurus Besar Kediaman Pintar Haier Home Appliance Industry Group. "Hasil daripada inovasi proprietari kami dan pembinaan jenama, selain kejayaan pemerolehan dan penyetempatan utama, Haier mencipta rangkaian jenama perkakas rumah dilanjutkan yang pertama di dunia. Tujuh jenama tersebut yang membentuk portfolio keseluruhan kami menyasarkan pelbagai segmen pengguna dalam pasaran-pasaran berbeza, lalu memastikan liputan geografi dan demografi penuh. Tatkala kami meneruskan perjalanan peluasan global kami, Haier akan mengukuhkan kedudukan unik setiap jenama, agar jenama-jenama tersebut menjadi jenama-jenama yang popular dan disukai dalam pasaran-pasaran ia beroperasi."

Haier Anjur Persidangan Globalisasi di Shanghai yang Teruskan Perjalanannya Menerajui Dunia dengan Teknologi Kediaman Pintar Terkini.
Haier Anjur Persidangan Globalisasi di Shanghai yang Teruskan Perjalanannya Menerajui Dunia dengan Teknologi Kediaman Pintar Terkini.

Semasa acara tersebut, Haier akan memperkenalkan Penyelesaian Kediaman Pintar yang komprehensif daripada jenama-jenama Haier, Casarte dan Leader selain pencapaian-pencapaian ekosistem jenamanya. Selain itu, ia akan memberi pandangan selanjutnya tentang strategi kediaman pintar berbilang jenamanya, yang diperkukuh melalui tujuh jenama, tiga proposisi nilai pengguna teras dan lima keupayaan penggunaan utama.

Haier telahpun menubuhkan tiga platform utama dalam perniagaan kediaman pintarnya – platform IoT pertama dalam sektor kediaman pintar U+, aplikasi sosial IoT pertama dan platform Internet Perindustrian yang pertama di dunia COSMOPlat. Platform-platform ini telah membina asas yang kukuh untuk portfolio ekosistem dan jenama kediaman pintar yang terkemuka di dunia, lalu memastikan bahawa Haier terus memberikan pengalaman dan peranti kediaman pintar yang inovatif kepada pengguna.

Latar Belakang Haier

Haier Home Appliance ialah jenama perkakas rumah No. 1 di dunia, dengan 10.5% bahagian pasaran global. Jenama-jenamanya termasuk Haier, Casarte dan Leader di China, GE Appliances di AS, Fisher&Paykel di New Zealand dan AQUA di Jepun. Pada masa kini, Haier Home Appliance mengalami transformasi daripada pengeluar tradisional kepada platform keusahawanan terbuka tatkala ia membina ekosistem kediaman pintar yang benar-benar bersifat global. Dengan berbuat demikian, Haier terus meningkatkan nilai pengguna untuk produk dan perkhidmatannya, menyediakan pengalaman kediaman pintar yang saling berkaitan untuk pelanggan di mana-mana jua. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.haier.net/en/  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190313/2401940-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190313/2401940-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190313/2401940-1-c

Source: Haier Home Appliances
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail