omniture

FSS Lancar Secure3D; Penyelesaian Pengesahan Berasaskan Risiko Tingkatkan Sekuriti Untuk Transaksi Digital

Financial Software and Systems(FSS)
2019-03-19 22:23 1080

MUMBAI, India, 19 Mac 2019 /PRNewswire/ -- FSS (Financial Software and Systems), sebuah syarikat teknologi pembayaran global, melancarkan FSS Secure3D, penyelesaian pengesahan adaptif generasi baharunya yang berasaskan protokol EMVCo 3DS 2.0. Secara global, merentas wilayah, bank-bank perlu melaksanakan 3DS2.0 antara tahun 2019 dan 2020. Produk yang memenangi anugerah FSS merupakan antara 20 yang utama di seluruh dunia yang diperakui oleh EMVCO 3DS 2.0.

Dengan pertumbuhan perdagangan digital, serangan penipuan tanpa kad menjadi lebih sofistikated. Menurut The Nilson Report, secara global, kerugian akibat penipuan jarak jauh mampu mencecah US $44B menjelang tahun 2025.  

FSS Secure3D melanjutkan pendekatan tanpa fabrikasi untuk mengesahkan pemegang kad dan bagi melindungi pelanggan daripada penipuan. Penyelesaian ini menggunakan algoritma pembelajaran mesin termaju bagi mempelajari tingkah laku transaksi pelanggan untuk mengesan transaksi anomali dan menyelaraskan kawalan risiko sejajar dengan pola penipuan yang semakin berkembang secara berterusan. Pengeluar-pengeluar boleh menggunakan kombinasi pembolehubah termasuk parameter-parameter berkaitan peniaga, pemegang kad, peranti, lokasi dan transaksi untuk memberi skor risiko kepada setiap transaksi dan menentukan sekiranya ia dimulakan oleh pemegang kad yang sah. Pengeluar-pengeluar dan peniaga-peniaga mendapat manfaat dari segi pengalaman pelanggan yang dipertingkat, positif palsu yang berkurangan dan penurunan kejadian penipuan.

Untuk transaksi yang disyaki, FSS Secure3D menyokong pelbagai langkah pengesahan yang dipertingkat termasuk pengesahan dari-luar-jalur seperti kod laluan sekali, selain biometrik termasuk pengecaman wajah dan cap jari. Ini menawarkan kefleksibelan kepada pengeluar-pengeluar untuk melanjutkan proses pengesahan kepada titik sentuh transaksi baru muncul termasuk peranti boleh pakai dan peranti IOT.

Berucap semasa majlis pelancaran, Suresh Rajagopalan, Presiden Pembayaran Runcit, FSS, berkata; "Perjalanan transaksi yang terjamin dan lancar merupakan pembeza strategik untuk perdagangan era baharu. FSS Secure3D meningkatkan keupayaan membuat keputusan berdasarkan risiko dan membolehkan pengeluar-pengeluar mencari titik optimum antara pengukuhan langkah-langkah antipenipuan dan penyediaan pengalaman transaksi yang lancar. Hakikat bahawa FSS merupakan antara beberapa penyedia perkhidmatan pertama seluruh dunia yang mencapai pensijilan EMVCo memperlihatkan kedudukan kepimpinan produk kami."

FSS Secure3D memeriksa lebih 150 unsur data yang ditukar antara peniaga dan pengeluar bagi mengesahkan pemegang kad di latarnya. Ini termasuk nilai, jumlah dan kelajuan perbelanjaan, corak membeli belah seperti kedai yang kerap dikunjungi, masa transaksi dan lokasi serta IP peranti kepada profil tingkah laku asas dan mengesan perubahan yang mencurigakan yang dapat menjadi penunjuk penting aktiviti haram.

FSS menawarkan Pengesahan Sebagai-satu-Perkhidmatan melalui FSSNeT, awan persendirian FSS, mendedahkan API kepada pemeroleh untuk berhubung kepada platform. Penyelesaian berbilang sewa menyediakan perlindungan tambahan, memandangkan pandangan terhadap corak penipuan dapat dikongsi antara pelanggan peserta. Di samping itu, model Pengesahan Sebagai-satu-Perkhidmatan menyatukan infrastruktur, teknologi, perniagaan dan proses kawal selia bagi menyediakan pengeluar-pengeluar dengan perkhidmatan berasaskan penggunaan yang boleh diskala yang dapat meningkatkan masa untuk dipasarkan serta menghapuskan pelaburan pendahuluan.

FSS turut menyokong protokol-protokol EMVCO 3DS 1.0 dan 2.0. Pelanggan-pelanggan yang mempunyai penyelesaian sedia ada boleh berpindah dengan mudah kepada 3DS 2.0, dengan overhed pelaksanaan minimum. Ditanda aras bagi memproses 8,000 transaksi sesaat, FSS Secure3D menjamin masa pemprosesan yang lebih pantas dan kadar penukaran jualan yang lebih tinggi. FSS ialah ahli EMVCO dan bekerjasama dengan Visa, MasterCard, AMEX serta skim-skim kad utama bagi menawarkan perkhidmatan 3DS 2.0.

Hubungi FSS: 

Jaideep Pawar
Platform Ketua Perniagaan Global, FSS
jaideepp@fss.co.in 
products@fsstech.com

 

 

Source: Financial Software and Systems(FSS)
Keywords: Banking/Financial Service Biometrics Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications New products/services Financial Technology