omniture

Bola Sepak untuk Persahabatan Lancar Musim Ketujuh

Gazprom Football for Friendship
2019-03-20 10:00 1129

MOSCOW, 19 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Musim ketujuh Program Sosial Kanak-kanak Antarabangsa Bola Sepak untuk Persahabatan bermula hari ini oleh Gazprom Company, rakan kongsi rasmi Liga Juara UEFA. Acara akhir akan berlangsung di Madrid, ibukota Sepanyol, dari 28 Mei hingga 2 Jun. Matlamat utama Program ini adalah untuk menyokong sukan kanak-kanak dan golongan muda, untuk mempromosikan nilai-nilai gaya hidup yang sihat dan aktif serta memupuk belia untuk menghormati bangsa dan kebudayaan yang berbeza.

Gazprom Football for Friendship
Gazprom Football for Friendship

Setiap tahun, kanak-kanak lelaki dan perempuan termasuk mereka yang berkelainan upaya dan keperluan khas menyertai Bola Sepak untuk Persahabatan yang menggalakkan Sembilan Nilai Program: persahabatan, kesaksamaan, keadilan, kesihatan, keamanan, kesetiaan, kemenangan, tradisi, dan kehormatan.

Semasa musim ketujuh Bola Sepak untuk Persahabatan, acara-acara akan dianjurkan di negara-negara yang berlainan di dunia. Komposisi gabungan Antarabangsa Pasukan Persahabatan akan ditentukan semasa Undian Terbuka. Dikaitkan dengan misi alam sekitar Program ini, Pasukan-pasukan ini akan diberi nama sempena spesies haiwan yang jarang ditemui dan terancam. Dunia juga akan meraikan Hari Bola Sepak untuk Persahabatan Antarabangsa, kanak-kanak dan orang dewasa dari negara-negara yang berbeza akan menyokong Program ini, mengambil bahagian dalam Perlawanan Persahabatan dan pembelajaran terbuka, dan mengikat Gelang Persahabatan - simbol rasmi yang dibuat daripada benang biru dan hijau yang melambangkan langit yang damai dan warna padang bola sepak.

Para Wartawan Muda dari seluruh dunia akan mencuba sendiri untuk membuat liputan acara musim baharu Bola Sepak untuk Persahabatan di Pusat Media Kanak-kanak Antarabangsa. Golongan muda ini akan memperoleh kemahiran yang diperlukan oleh seorang wartawan dan mempunyai peluang untuk menggunakannya semasa acara akhir serta bekerjasama dengan media utama dunia dalam kapasiti wartawan bebas.

Bukan sahaja Wartawan, Pemain dan Jurulatih tetapi juga Pengadil Muda - murid sekolah pengadil dari negara yang berbeza - akan mewakili Peserta Muda Program tahun ini. Kesemua mereka akan menjadi sebahagian daripada Kem Persahabatan Antarabangsa selama beberapa hari dan akan mengambil bahagian dalam acara sukan dan pendidikan yang berbeza: bengkel dari pemain bola sepak terkenal, latihan di bawah bimbingan Jurulatih Muda serta kelas dan permainan tuan dalam rangka kerja Sekolah Sembilan Nilai.

Semasa acara akhir, Forum Antarabangsa Bola Sepak untuk Persahabatan akan berlangsung, dan Kejuaraan Dunia Bola Sepak untuk Persahabatan akan menjadi acara utama dengan pertandingan terakhirnya di tengah-tengah Madrid - di dataran Plaza Mayor. Musim ketujuh akan berakhir dengan peserta acara penutup yang melawat perlawanan terakhir Liga Juara UEFA 2019 di stadium Wanda Metropolitano di Madrid.

"Program Bola Sepak untuk Persahabatan yang Dilaksanakan oleh Gazprom Company memupuk nilai-nilai manusia sejagat dalam generasi muda melalui sukan, meruntuhkan halangan dan memberi peluang kepada golongan muda untuk mencari misi dan memastikan suara mereka didengari. Program ini memberikan peluang untuk bekerja dalam suasana berbilang budaya dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan masyarakat sukan global," kata Miquel Puig, Pemilik & Ketua Pegawai Eksekutif Soccer Barcelona Youth Academy.

Menurut Ananya Kamboj, seorang Wartawan Muda dari India (15 tahun): "Program Bola Sepak untuk Persahabatan, hasil daripada jangkauan global, populariti yang terunggul dan nilai-nilai positif yang tertanam di dalamnya, pastinya merupakan instrument yang berkuasa, yang tidak hanya membantu meruntuhkan halangan sosial dan ekonomi tetapi juga membantu kita memahami diri kita sendiri dan orang lain di sekeliling kita."

RUJUKAN:

Program Sosial Kanak-kanak Antarabangsa Bola Sepak untuk Persahabatan telah dilaksanakan oleh Gazprom sejak tahun 2013. Nilai-nilai utama yang dipromosikan oleh peserta Program ialah persahabatan, kesaksamaan, keadilan, kesihatan, keamanan, kesetiaan, kemenangan, tradisi, dan kehormatan. Bola Sepak untuk Persahabatan disokong oleh UEFA, FIFA, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, persekutuan bola sepak di negara-negara yang berlainan, badan amal antarabangsa kanak-kanak, atlet terkenal dan kelab bola sepak terkemuka di dunia. Untuk enam musim terdahulu, Program ini telah menghimpunkan lebih daripada 5.5 ribu peserta bersama-sama dan memperoleh lebih daripada 4.5 juta pengikut termasuk atlet, artis dan ahli politik yang terkenal.

Sumber Rasmi Internet Program: 

Bahan foto dan video untuk media: http://media.footballforfriendship.com

Saluran rasmi Facebook: https://www.facebook.com/FootballForFriendship/

Saluran rasmi YouTube: https://www.youtube.com/user/FOOTBALL4FRIENDSHIP    

Halaman Wikipedia rasmi: https://en.wikipedia.org/wiki/Football_for_Friendship

Saluran Twitter rasmi: https://twitter.com/football4f

Laman sesawang rasmi: https://www.gazprom-football.com/en/home.htm

 Anda boleh imbas Tag Nama kami untuk mencari kami di Instagram @footballforfriendship

(Foto: https://mma.prnewswire.com/media/837138/Gazprom_Football_for_Friendship.jpg )

(Foto: https://mma.prnewswire.com/media/837139/Football_for_Friendship_programme.jpg )

Gazprom Football for Friendship Programe
Gazprom Football for Friendship Programe

 

 

 

Source: Gazprom Football for Friendship
Keywords: Education Entertainment Sporting Events Sports Children-related news Handicapped/Disabled New products/services