omniture

HUAWEI CLOUD Perkenal Perkhidmatan AI dan Rantaian Blok Baharu di Hong Kong

Umum peningkatan komitmen terhadap bandar di Sidang Kemuncak Hong Kong Huawei Cloud 2019
Huawei Cloud
2019-03-21 05:14 653

HONG KONG, 21 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Menganjurkan Sidang Kemuncak Awan 2019 di Hong Kong hari ini, Huawei mengumumkan ia melabur secara strategik dalam bandar dan wilayah ini untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi Kawasan Teluk Lebih Besar dengan membantu perusahaan-perusahaan mendepani masa depan pintar melibatkan pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan (AI). Sidang Kemuncak ini menghimpunkan lebih 1,000 pelanggan, rakan kongsi, wakil industri dan ilmuwan dari Hong Kong, Guangdong dan Macau.

Memacu era AI dengan peningkatan komitmen terhadap Hong Kong

Menjadi tumpuan di Sidang Kemuncak Awan, Edward Deng, Presiden Pasaran Global Awan Huawei, mendedahkan yang berikut:

  • Penyelesaian AI susunan penuh kecerdasan perusahaan (EI) HUAWEI CLOUD akan disediakan di Hong Kong mulai penghujung Mac, menawarkan perusahaan dengan 48 perkhidmatan EI termasuk platform pembangun AI sehenti ModelArts, pengecaman huruf optik (OCR), pemprosesan bahasa tabii dan analisis video.
  • HUAWEI CLOUD kini menawarkan perkhidmatan rantaian blok untuk membantu Hong Kong memanfaatkan ciri-ciri rantaian blok iaitu pemencaran, ketakterbalikan dan kebolehkesanan bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab kewangan dan logistik antarabangsa.
  • HUAWEI CLOUD meluaskan jejaknya, menjadi penyedia awan antarabangsa pertama yang menawarkan tiga zon ketersediaan di Hong Kong untuk menyediakan pengguna dengan perkhidmatan awan yang selamat dan boleh diskala yang mudah digunakan.
  • Perkhidmatan IoT kini tersedia untuk semua senario, menyediakan akses global tiga-langkah yang selamat dan dipercayai kepada lebih 1,000 model objek.
  • Kedai Aplikasi Luar Negara Perusahaan Huawei akan dibuka pada April, dengan lebih 40 Vendor Perisian Bebas menawarkan 250 penyelesaian dalam lebih 16 kategori untuk membantu pengguna membeli dan memperoleh sumber serta perkhidmatan awan dengan cepat.

"HUAWEI CLOUD mempunyai enam kelebihan utama: paling pintar, paling berkesan kos, neutral dan andal, paling sesuai untuk organisasi-organisasi dalam sektor awam dan perusahaan-perusahaan besar, ekosistem paling luas dan perkhidmatan serta sokongan yang terbaik dalam kelasnya. Enam kelebihan utama ini dibina atas usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) teragregat Huawei dan nilai terasnya dalam merealisasikan penumpuan pelanggan," kata En. Deng.

Edward Deng memperkenalkan beberapa inisiatif bagi memacu era AI di Hong Kong.
Edward Deng memperkenalkan beberapa inisiatif bagi memacu era AI di Hong Kong.

Mengukuhkan status Hong Kong sebagai hab global

Dalam era transformasi digital, teknologi awan dan AI merupakan cara paling pantas untuk perusahaan-perusahaan dan pihak-pihak berkuasa wilayah mempercepatkan inovasi dan merangsang pertumbuhan. Dengan inisiatif-inisiatif yang menumpu pada Hong Kong, HUAWEI CLOUD memperlihatkan komitmennya terhadap pasaran penting ini.

Berucap di Sidang Kemuncak Awan, Zhang Yuxin, Ketua Pegawai Teknologi HUAWEI CLOUD, menjelaskan mengapa HUAWEI CLOUD menawarkan pelanggan dengan perkhidmatan susunan penuh yang dibina menerusi awan dan AI. "Wawasan kami adalah untuk berganding bahu dengan pelanggan, rakan kongsi industri dan persatuan akademik Hong Kong untuk membina masa depan pintar untuk bandar yang bertenaga ini, selain untuk memacu inovasi teknologi dan pembangunan perniagaan di seluruh Kawasan Teluk Lebih Besar," kata beliau.

Perkhidmatan Huawei sangat berfaedah khususnya untuk memberi kedudukan Hong Kong sebagai hab untuk berhubung dengan seluruh pelosok dunia. Sebagai contoh, HUAWEI CLOUD Connect menyediakan perkhidmatan pematuhan global sehenti dengan lebih 400 nod POP di seluruh dunia untuk membantu perusahaan mencipta rangkaian awan global yang menghubungkan lebih 170 negara dan wilayah dalam satu minit. HUAWEI CLOUD Stack (HCS) ialah penyelesaian awan hibrid yang menyediakan keupayaan awan hibrid seragam, susunan penuh dan andal untuk perusahaan besar, membawakan inovasi teknologi susunan penuh kepada pusat-pusat data pelanggan dengan memberikan kependaman sifar dengan lima kelebihan seragam yang utama dalam industri. Ia menawarkan pelanggan dengan pengalaman yang lancar semasa penaiktarafan sistem.

Pelanggan-pelanggan HUAWEI CLOUD di Hong Kong termasuk ICBC Asia, Phoenix TV, Freeman Securities, Skyworth Digital, TravelSky Technology dan Four Directions, serta banyak lagi merentas industri kewangan, teknologi, media dan komunikasi, kampus dan industri-industri lain. HUAWEI CLOUD berharap dapat bertapak kukuh di Hong Kong dan berkhidmat kepada Hong Kong dengan menjadi rakan kongsi berkepakaran bagi membantu perusahaan tempatan mencapai transformasi ke arah awan dan kecerdasan.

Pemenang-pemenang Pertandingan Pembangun AI HUAWEI CLOUD

Semasa sidang kemuncak ini, Huawei mengumumkan pemenang-pemenang Pertandingan Pembangun AI HUAWEI CLOUD sulung yang dianjurkan bersama HUAWEI CLOUD, Hong Kong Society of Artificial Intelligence and Robotics (HKSAIR) dan Hong Kong Science and Technology Park (HKSTP).

  • Pemenang: Pasukan BDT daripada Hong Kong University of Science and Technology
  • Tempat Kedua: Pasukan A.I. Phoenix daripada Hong Kong Baptist University
  • Tempat Ketiga: Pasukan no man sky 5 daripada Chinese University of Hong Kong

Dr. David Chung, Penolong Setiausaha untuk Inovasi dan Teknologi, Hong Kong SAR, berkata: "Pusingan transformasi perindustrian yang seterusnya akan dipacu oleh AI, dan AI ialah salah satu bidang I&T utama yang menjadi tumpuan Hong Kong, dengan AIR@InnoHK ditubuhkan di Taman Sains bagi menghimpunkan institusi-institusi saintifik terbaik dunia dan perusahaan-perusahan teknologi berserta universiti-universiti tempatan dan institusi-institusi penyelidikan bagi membangukan teknologi AI dan robotik."

Beliau memuji peserta-peserta muda Pertandingan dan berkata, "Saya teruja dengan daya kreativiti dan inovasi yang ditunjukkan dalam projek-projek anda bagi menyelesaikan masalah citarasa kita. AI + Bakat merupakan masa depan kita."

Dr. David Chung, Penolong Setiausaha untuk Inovasi dan Teknologi, Hong Kong SAR, menyampaikan sijil kepada pasukan yang berjaya bagi Pertandingan Pembangun AI HUAWEI CLOUD.
Dr. David Chung, Penolong Setiausaha untuk Inovasi dan Teknologi, Hong Kong SAR, menyampaikan sijil kepada pasukan yang berjaya bagi Pertandingan Pembangun AI HUAWEI CLOUD.

Enam puluh pasukan pembangun memasuki Pertandingan Pembangun AI HUAWEI CLOUD. Di bawah tema "Love AI Cuisine" ("Gemar Hidangan AI"), pasukan-pasukan menggunakan platform pembangun AI ModelArts susunan penuh HUAWEI CLOUD untuk membangunkan sistem berkod-AI yang berupaya untuk mengenal pasti makanan dengan belajar daripada hanya beberapa imej sampel. Pasukan-pasukan ini turut berdepan dengan soalan-soalan hakim daripada HKSAIR dan HKSTP dalam pusingan pembentangan.

Semua pasukan yang berjaya akan diundang untuk melawat ibu pejabat Huawei di Shenzhen untuk mempelajari tentang pembangunan AI. Pasukan yang berjaya juga layak memasuki pusingan separuh akhir pertandingan AI Huawei China dan menerima peluang latihan dengan AI Lab HUAWEI CLOUD serta telefon pintar Huawei Mate20 dan baucar HUAWEI CLOUD. Pemenang-pemenang tempat kedua dan tempat ketiga turut menerima peluang latihan dengan AI Lab HUAWEI CLOUD, telefon pintar Huawei Mate20 dan baucar HUAWEI CLOUD.

HUAWEI CLOUD AI Partners Club dilancarkan dengan 10 rakan kongsi AI

HUAWEI CLOUD turut memanfaatkan Sidang Kemuncak Hong Kong untuk mengumumkan pelancaran AI Partners Club. Sepuluh syarikat baharu AI telahpun menyertai program ini setakat ini. AI Partner Cloud ialah satu program global yang membantu rakan-rakan kongsi membina penyelesaian berasaskan EI dengan menyediakan sokongan perniagaan, teknikal dan pemasaran bermakna, termasuk latihan lanjutan dan perundingan serta perkhidmatan inkubasi. Bagi memenuhi kepelbagaian permintaan oleh syarikat-syarikat baharu, awan rakan kongsi AI HUAWEI CLOUD terdiri daripada inkubator AI, perikatan pintar AI, perikatan sokongan teknikal AI dan perikatan khidmat runding AI.

10 rakan kongsi pertama dalam program ini merupakan syarikat-syarikat yang pakar dalam pembelajaran mendalam, pengecaman suara, analitik data dan pelabelan data visual dan suara merentas industri penjagaan kesihatan, peruncitan, kampus, pendidikan dan teknologi kewangan.

# # #

Latar Belakang HUAWEI CLOUD

HUAWEI CLOUD, perniagaan perkhidmatan awan milik Huawei, menghimpunkan kepakaran selama lebih 30 tahun dalam produk dan penyelesaian infrastruktur ICT agar pelanggan dapat membangunkan apa yang mereka perlukan dalam profil mereka dengan kemudahan seakan blok binaan. Jenama ini komited untuk menyediakan perkhidmatan awan yang stabil, selamat, andal dan mampan bagi membantu organisasi-organisasi semua saiz berkembang dalam dunia pintar ini. Melengkapi tawaran yang sedia hebat, strategi AI Inklusif daripada HUAWE CLOUD membolehkan semua orang mendapat apa yang mereka perlukan pada takat harga yang berpatutan, cekap memanfaatkan teknologi canggih dengan mudah dan tetap yakin bahawa profil mereka kekal selamat sepenuhnya dalam seluruh kitar hayat. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huaweicloud.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190319/2407434-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190319/2407434-1-b

Source: Huawei Cloud
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Blockchain