omniture

Bangunan Empire State dan EarthCam Tawar Rakaman Langsung tentang dan dari Bangunan Paling Terkenal di Dunia di Laman Web Rasmi Bangunan

Empire State Realty Trust, Inc.
2019-03-22 00:48 1794

NEW YORK, 22 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Bangunan Empire State (ESB) hari ini mengumumkan bahawa ia akan menggunakan dua kamera video EarthCam untuk memberi peminat di seluruh dunia akses 24/7 kepada rakaman ESB dan pemandangan dari ESB melalui pemstriman langsung di www.empirestatebuilding.com.  

Satu kamera dipasang di atas bumbung One Grand Central Place, sebuah hartanah dalam portfolio Empire State Realty Trust, syarikat yang memiliki dan menguruskan Bangunan Empire State. Rakaman EarthCam membolehkan peminat di seluruh dunia untuk melihat cahaya menara ESB kesukaan mereka, matahari terbenam di Bandaraya New York, dan kesan kilauan setiap jam yang istimewa yang berlaku setiap hari selama lima minit pada setiap jam antara matahari terbenam dan 2:00 pagi Masa Timur dalam masa nyata.

Kamera kedua dipasang di penjuru selatan tingkat 103 ESB dan akan merakam pemandangan Bandaraya New York dan kawasan sekitarnya yang menakjubkan. Pengguna akan berpeluang untuk melihat keadaan cuaca yang melampau dan menyaksikan matahari terbit dari tengah-tengah Bandaraya New York.

Dua sudut pandangan yang berbeza membolehkan para pelawat menyaksikan Bangunan Paling Terkenal di Dunia 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun, dan menikmati pratonton pemandangan panorama 360-darjah Balai-balai Cerap ESB.

Para peminat digalakkan untuk memanfaatkan fungsi tangkapan skrin yang disediakan oleh EarthCam dan berkongsi imej di media sosial dengan mengetag Empire State Building pada hantaran mereka.

Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke puncak antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., merupakan "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri dari seluruh dunia. Bangunan Empire State dinamakan sebagai destinasi perjalanan yang paling popular di dunia dalam satu kajian yang dijalankan oleh Uber dan dipilih sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh American Institute of Architects. Untuk maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila layari www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, http://weibo.com/empirestatebuilding, www.youtube.com/esbnyc atau www.pinterest.com/empirestatebldg/.

Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan hartanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendali, mengambil alih, dan menetapkan semula kedudukan hartanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat meliputi 10.1 juta kaki persegi kawasan boleh sewa, setakat 31 Disember 2018, mencakupi 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa bagi 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi kawasan boleh sewa bagi portfolio perniagaan.

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Real Estate Travel New products/services