omniture

Sempadan Baharu: Hublot Lancar Jam Tangan Piala Dunia Kriket ICC Rasmi 2019 dan Umum Lagenda Kriket Kevin Pietersen Sebagai Rakan Baharu Jenama

HUBLOT
2019-03-26 16:22 1234

Basel, Mac 2019 -

Kronograf Classic Fusion Piala Dunia Kriket ICC 2019

Kronograf Classic Fusion Piala Dunia Kriket ICC 2019 edisi terhad melambangkan peranan Hublot sebagai Penjaga Waktu Rasmi dan Jam Tangan Rasmi Piala Dunia Kriket ICC 2019 pada musim panas ini di England dan Wales.

Untuk maklumat terkini, ikuti:#ClassicFusionCricket #HublotLovesCricket

Masa amat penting dalam sukan kriket. Kriket ialah permainan bersemangat dan berkemahiran yang menyatukan orang ramai dari seluruh dunia. Hublot turut berkongsi minat global ini dan berbangga serta teruja untuk memperkenalkan jam tangan Piala Dunia Kriket ICC 2019 rasmi dan bekerjasama dengan lagenda kriket Kevin Pietersen. -Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif HUBLOT

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

Hublot, pembuat jam tangan Switzerland, amat meminati sukan dan merupakan jenama jam tangan pertama yang berganding bahu dengan ICC (Majlis Kriket Antarabangsa) dan bekerjasama dengan acara-acara kriket antarabangsa bertaraf elit, termasuk Piala Dunia Kriket ICC musim panas ini, yang akan diadakan di England dan Wales.

Kronograf Classic Fusion Hublot Piala Dunia Kriket ICC 2019 merupakan jam tangan kriket kedua yang dicipta oleh Hublot. Jam tangan pertama dikeluarkan sebagai siri terhad untuk Piala Dunia Kriket ICC 2015, yang dimenangi oleh Australia.

Jam tangan baharu ini merupakan perayaan kepada sukan kriket dan ditambah baik daripada jam tangan Piala Dunia Kriket Hublot asal yang dikeluarkan empat tahun lalu.

Ia menampilkan beberapa sentuhan reka bentuk yang menarik bagi menandakan hubungan berkenaan. Perincian berwarna kelabu dan merah yang terdapat pada muka jam, bezel seramik yang digilap dengan kemasan satin serta tali jam kulit dan getah diinspirasikan oleh pelet warna daripada logo acara tahun ini; jarum jam pada pembilang berkembar untuk kronograf minit dan saat kecil dibentuk seperti kayu pemukul kriket; penanda jam tiga tampal hias pada jam 12 mencerminkan tiga tunggul kayu yang dijaga oleh pemukul bola; dan penutup belakang jam nilam dihiasi dengan logo Piala Dunia Kriket ICC 2019.

Bekas jam titanium yang digilap dengan kemasan satin 45mm menempatkan HUB1155, kaliber kronograf automatik berkerangka dengan tarikh pada pukul 6. Hanya 100 utas jam tangan akan dihasilkan.

Di Baselworld 2019, Hublot turut mengumumkan Rakan Baharu Jenama, bekas kapten England Kevin Pietersen.  Kevin merupakan pemukul yang menggegarkan dan salah satu daripada pemain kriket yang cemerlang dalam generasi beliau.  Perlawanan terakhir beliau bagi 104 Ujian ialah pada tahun 2014, dan memperoleh lebih 8,000 larian pada kadar purata 47 semasa kerjaya Ujian antarabangsa beliau.

Hublot telah mengusahakan sukan kriket sejak ia bekerjasama dengan Piala Dunia Kriket ICC 2015. Hari ini, Pembuat Jam Tangan Switzerland ini juga mengharapkan legenda sukan kriket Australia, Michael Clarke sebagai Duta Rasmi dan naib kapten kriket over terhad India, Rohit Sharma sebagai Rakan Jenama. Pada bulan Februari, Hublot mengumumkan bekas kapten yang memenangi siri England Ashes dan pengulas kriket antarabangsa Michael Vaughn sebagai Rakan Jenama.

Hublot ialah Penjaga Waktu Rasmi dan Jam Tangan Rasmi bagi festival kriket pada musim panas ini, yang bermula pada 30 Mei apabila tuan rumah kejohanan dan negara dengan kedudukan tertinggi England berdepan dengan Afrika Selatan. Semasa pusingan selama enam minggu kejohanan berkenaan pada musim panas ini, 10 pasukan yang layak kesemuanya akan bermain menentang satu sama lain dalam format tanding padan gilir. Secara keseluruhan, terdapat 48 perlawanan. Pusingan akhir akan dimainkan pada 14 Julai di Lord's, London, pusat kriket ikonik. Hublot akan menjadi penjaga waktu untuk setiap pertandingan 50 over.

Kriket ialah salah satu sukan yang paling popular di dunia. Piala Dunia Kriket ICC 2015 menarik audiens global yang dianggarkan seramai lebih satu bilion orang. Tahun lalu, ICC menjalankan projek penyelidikan yang mendedahkan bahawa lebih 300 juta orang menyertai sukan ini di seluruh dunia.

HUBLOT

Ditubuhkan di Switzerland pada tahun 1980, HUBLOT ditakrifkan oleh inovasinya, yang bermula dengan kombinasi yang sangat asli antara emas dan getah.  "Seni Penggabungan" ini berputik daripada imaginasi Pengerusi yang berwawasan, Jean-Claude Biver, dan telah dimajukan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ricardo Guadalupe sejak 2012.

Pelancaran Big Bang yang ikonik dan memenangi pelbagai anugerah pada tahun 2005 membuka jalan untuk koleksi istimewa yang baharu (Classic Fusion, Spirit of Big Bang), dengan komplikasi bermula dengan yang mudah hinggalah kepada yang sangat sofistikated, mengukuhkan DNA luar biasa syarikat pembuat jam tangan Swiss dan memastikan pertumbuhannya yang mengagumkan.

Bersungguh-sungguh untuk mengekalkan kepakaran tradisional dan canggihnya, dan didorong oleh falsafah "Jadi yang Pertama, Berbeza dan Unik", pembuat jam tangan Swiss ini kini sentiasa berada di hadapan kemajuan, menerusi inovasinya dalam bahan-bahan (Magic Gold kalis calar, seramik dalam warna-warna yang terang, nilam), dan penciptaan jam tangan Manufacture (Unico, Meca-10, Tourbillon).

HUBLOT komited sepenuhnya untuk menciptakan jenama Haute Horlogerie dengan masa depan yang berwawasan: masa depan yang digabungkan dengan acara-acara penting dalam zaman kita (FIFA World CupTM, UEFA Champions LeagueTM dan Ferrari serta duta-duta terbaik yang ada di era ini (Kylian Mbappe, Usain Bolt, Pele).

Terokai dunia HUBLOT di rangkaian butik kami yang terletak di bandar-bandar utama seluruh dunia: Geneva, Paris, London, New York, Hong Kong, Dubai, Tokyo, Singapura dan di HUBLOT.com   

 

 

 

SPESIFIKASI TEKNIKAL

 

 

 


RUJUKAN

 

BEKAS

 

BELAKANG BEKAS

PERMUKAAN & JARUM JAM


525.NF.0137.VR.WCC19 – Terhad kepada 100 unit

 

Kemasan satin dan Titanium yang Digilap

 

Diameter: 45mm

Ketebalan: 13.40mm

Titanium kemasan satin dan Kristal Nilam

Kristal Nilam Sapphire Crystal

Indeks Wiket pada 12.00

Jarum Kiraan berbentuk Pemukul Kriket







PERGERAKAN

KALIS AIR

BEZEL

TALI

 

HUB1155: Pergerakan Kronograf Kerangka Automatik

Frekuensi: 4 Hz (28'800 A/h)

Ketahanan kuasa: 42 Jam

 

 

5 ATM (50m)

 

Kemasan satin dan Seramik Kelabu Digilap 

6 skru Titanium bentuk H

 

Tali Getah Hitam dan Kulit Muda Kelabu dengan Jahitan Merah Cangkuk Gancu Deployant Keluli







 

Klik di sini untuk muat turun gambar

Maklumat terkini di #HublotBaselworld @Hublot

Sumber: HUBLOT

www.hublot.com   Emel: f.migniot@hublot.ch & r.gourdain@hublot.ch platform Presslounge: presslounge.hublot.com/connection/

Source: HUBLOT
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements