omniture

Archipelago International Saksikan Pertumbuhan Signifikan Tempahan Dalam Talian Langsung

Archipelago International
2019-04-05 23:07 1421

BALI, Indonesia, 5 April 2019 /PRNewswire/ -- Archipelago International, kumpulan hotel yang terkemuka di Indonesia, mengakhiri tahun 2018 dengan pertumbuhan signifikan dalam pendapatan tempahan langsung dalam taliannya. Berbanding tahun-tahun sebelumnya, pertumbuhan pada tahun 2018 melangkaui tahun sebelumnya sebanyak 50% dengan pertumbuhan pendapatan sebanyak 172% yang mengagumkan sejak tahun 2016.

"Dalam era digital yang pantas berkembang ini, khususnya dengan penggunaan telefon pintar yang semakin meningkat, tetamu-tetamu memerlukan maklumat yang boleh diakses dan tempahan bilik yang mudah. Atas sebab inilah, menerusi semua proses tempahan dalam talian kami, tetamu-tetamu bukan sahaja menerima kadar terbaik yang disediakan dengan menempah terus, mereka juga mendapat akses kepada platform tempahan yang pantas dan andal yang mengekalkan pilihan keutamaan peribadi mereka dan memperkenalkan faedah-faedah tetamu yang istimewa," tambah Jules Brookfield, VP - Technology & Integration, Archipelago International.

Peralihan kepada tempahan bilik langsung telahpun dijangkakan oleh Archipelago International dengan pendapatan dalam talian hotel terurusnya meningkat dengan purata 22.9% pada tahun 2018. Di samping itu, data daripada kerajaan Indonesia menunjukkan bahawa kadar penginapan hotel negara turut meningkat sebanyak 1.43%, selari dengan pembangunan ekonomi.

Data ini memberikan ramalan yang amat optimistik untuk Archipelago International, yang telahpun mempunyai lebih 140 hotel beroperasi dan rancangan pembangunan yang direka untuk memenuhi peningkatan kadar penginapan dan pertumbuhan pendapatan tahunan.

"Dengan pengalaman selama lebih 20 tahun Archipelago International dalam industri hospitaliti, kami percaya bahawa perniagaan hotel di Indonesia bakal berkembang lebih maju pada tahun-tahun mendatang. Kami juga yakin bahawa trend ini bukan sahaja berlaku di kawasan serantau, bahkan juga di seluruh Asia dan lebih meluas lagi. Kami meramalkan destinasi-desinasi antarabangsa seperti Cuba dan UAE akan turut menyusul, dan atas sebab inilah Archipelago International telahpun mewujudkan rancangan pembangunan di wilayah-wilayah yang berpotensi ini," President & CEO, Archipelago International, John Flood. 

Latar Belakang Archipelago International

Archipelago International mengendalikan portfolio terbesar Indonesia melibatkan lebih 140 hotel dengan tambahan 100 hartanah baharu yang sedang dibangunkan di seluruh Indonesia, Malaysia, Filipina, Caribbean dan Arab Saudi. Dengan lebih 18,000 bilik dan 10 jenama bermula dengan perkhidmatan ultra mewah hinggalah berservis pilihan di lebih 55 bandar, jenama-jenamanya melibatkan ASTON, Alana, Aston Heritage Collection, Huxley, Kamuela, HARPER, Quest, NEO, favehotel dan NOMAD.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi www.ArchipelagoInternational.com

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180425/2114636-1LOGO 

Source: Archipelago International
Keywords: Hotels and Resorts Multimedia/Online/Internet Travel