omniture

Skyworth siar penyata kewangan pertama susulan pelarasan kalendar fiskal

Skyworth
2019-04-09 00:46 839

Keuntungan bersih mencecah 553 juta yuan (kira-kira US$82.3 juta), margin keuntungan kasar meningkat kepada 18.7% manakala pelaburan dalam R&D meningkat 18%

SHENZHEN, China, 9 April 2019 /PRNewswire/ -- Pada 29 Mac, Skyworth mengumumkan laporan prestasinya untuk sembilan bulan berakhir pada 31 Disember 2018 ("tempoh laporan"). Ini merupakan penyata kewangan pertama syarikat susulan pelarasan kalendar fiskal.

Menurut penyata kewangan, kumpulan ini mencapai nilai pusing ganti mencecah 30.192 bilion yuan (kira-kira US$4.49 bilion) untuk tempoh berkenaan. Margin keuntungan kasar keseluruhan meningkat kepada 18.7 peratus, manakala keuntungan bersih berada pada nilai 553 juta yuan (kira-kira US$82.3 juta), meningkat 10.8 peratus berbanding 499 juta yuan (kira-kira US$74.3 juta) bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Penyata kewangan ini turut menyertakan keputusan kewangan belum diaudit bagi tempoh 12 bulan antara 1 Januari dan 31 Disember 2018. Data menunjukkan bahawa Skyworth memberikan nilai pusing ganti keseluruhan berjumlah 39.271 bilion yuan (kira-kira US$5.84 bilion) untuk tahun berkenaan, dengan sedikit peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 0.1 peratus. Margin keuntungan kasar meningkat kepada 18.5 peratus, meningkat daripada 16.9 peratus pada tahun sebelumnya. Kumpulan ini menjana pertumbuhan dua angka bagi jumlah jualan untuk TV di tanah besar China. Ia melabur sebanyak 1.688 bilion yuan (kira-kira US$251 juta) dengan 18% pertumbuhan berbanding tahun lalu dalam R&D melibatkan pelbagai produk pintar berkualiti tinggi untuk meningkatkan daya saing. Umumnya, kumpulan ini telah meningkatkan kecekapan operasinya.

Mengimbas kembali sepanjang tahun lalu, Skyworth melaraskan produk produk TV berwarna, memperkenalkan beberapa produk berbeza - siri MAXTV dan OLED yang menumpu pada pengalaman pengguna. Selain itu, kumpulan ini mengalihkan tumpuan perniagaannya kepada TV 55-inci dan berskrin besar. Sementara itu, kumpulan ini mengukuhkan jalinan kerjasama dengan pelanggan utama dalam pasaran luar negara, di samping tekal meningkatkan daya saing perkhidmatan dan produk, lalu memacu peningkatan berbanding tahun sebelumnya dalam margin keuntungan kasar. Kumpulan ini menjual 15.316 juta TV di seluruh dunia, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 36 juta penonton TV pintar aktif, dengan purata pengguna aktif harian melebihi 13.65 juta.

Perniagaan kotak atas-set digital turut menyumbang kepada peningkatan kumpulan dalam margin keuntungan kasar dengan ketara menerusi peningkatan proposisi penghantaran produk bernilai tambah tinggi. Dalam masa yang sama, kumpulan ini banyak melabur dalam penyelidikan dan pembangunan siri produk baharu untuk ekosistem Android dan menjalin kolaborasi strategik dengan Google, Netflix serta penyedia-penyedia kandungan yang lain.

Sepanjang tempoh berkenaan, pendapatan daripada produk elektrik pintar mencecah 2.788 bilion yuan (kira-kira US$415 juta) di tanah besar China, meningkat 2.2 peratus berbanding tahun lalu, manakala pendapatan luar negara melonjak 60.7 peratus kepada 784 juta yuan (kira-kira US$117 juta).

Kini, kumpulan ini mengekalkan operasi seluruh dunia termasuk di tanah besar China dan wilayah-wilayah lain di seluruh Asia selain di Afrika, Eropah dan Amerika Syarikat. Antaranya, tanah besar China merupakan pasaran perniagaan utama manakala pasaran-pasaran Timur Tengah dan Afrika berkembang pesat.

Meraih manfaat daripada dasar-dasar menguntungkan oleh kerajaan Cina yang menyokong pembangunan industri video berasaskan definisi ultra tinggi dan permulaan tahap pertama pelancaran era 5G, Skyworth Group merancang untuk mempercepatkan penyepaduan mendalam antara perkakasan, perisian, sistem, kandungan dan perkhidmatan selain mengukuhkan penyepaduan sumber-sumber sokongan utama untuk huluan dan hiliran rantaian perindustrian yang membentuk intipati ekosistem industri perkakas isi rumah pintar, sambil memimpin industri perkakas rumah menuju tahap pertumbuhan dan pembangunan yang baharu serta penting.

Source: Skyworth
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Computer Accessories Television Earnings