omniture

Aden Pamer Inovasi IoT dan Penyelesaian Data Raya di Persidangan World Workplace Asia (WWPA)

ADEN
2019-04-09 10:00 877

SINGAPURA, 9 April 2019 /PRNewswire/ -- Barisan kepimpinan daripada Aden ASEAN dan China menyertai persidangan World Workplace Asia (WWPA) tahunan kali ke-3, yang mana Aden bertindak sebagai rakan kongsi strategik dalam acara unggulan IFMA. Tema Aden untuk persidangan, Platform Pengurusan Aset Global Digital, memberi peluang kepada syarikat untuk menonjolkan visinya terhadap model IFM serta pengurusan aset baharu yang dikuasakan data sepenuhnya. Ia juga merupakan peluang untuk Aden berkongsi misinya yang tekal menerobos skop IFM melangkaui perkhidmatan tradisional untuk memenuhi keperluan baru muncul di Asia: peralihan tenaga bersih, teknologi dan data PINTAR; robotik dan pengautomatan.

Acara ini membabitkan beberapa sorotan penting untuk Aden:

- Aden berbesar hati kerana menerima sijil penghargaan oleh IFMA. Sebagai rakan kongsi strategik persidangan IFMA di Singapura, Aden diberikan anugerah atas sumbangan cemerlangnya terhadap organisasi tersebut, selain pandangan bernilai yang diberikan di perhimpunan ini.

- Meluaskan tema inovasi digital tahun ini, Fulvio Bartolucci, Pengurus Besar subsidiari Aden, Adenergy, diundang untuk menyampaikan ucapan dasar bertajuk "Sejauh manakah Pintarnya PINTAR? Melangkaui Istilah Popular dengan IoT dan Data Raya." Ceramah Fulvio meneroka potensi bangunan PINTAR dan data raya, namun turut memberi amaran tentang tanggapan salah yang biasa dan kesilapan yang boleh menyebabkan syarikat-syarikat tersasar apabila menggunakan platform-platform IoT.

"Bangunan PINTAR kini dapat memberikan tahap pemahaman yang luar biasa," ulas Bartolucci, "namun data merupakan instrumen, bukannya satu keajaiban; syarikat-syarikat yang berjaya merupakan syarikat-syarikat yang memanfaatkan IoT untuk tekal menguji dan beradaptasi; belajar daripada corak tingkah laku orang ramai dan mengetahui jenis data yang akan membantu mereka mengurus kemudahan mereka dan bukannya mewujudkan himpunan data yang tidak terurus."

Aden dan Adenergy memainkan peranan penting dalam pendigitalan IFM, khususnya melalui platform AEMO, pemenang terkini bagi "Platform Pengoptimuman Tenaga Pembelajaran Mesin Terbaik" Microsoft dan Envision. Asas hebat dalam IoT dan bangunan PINTAR ini menitikberatkan seruan Bartolucci terhadap kuasa data untuk dipadankan dengan strategi tahap tinggi dan perancangan terhadap sisi manusia dan organisasi. Bagi Aden, yang slogannya ialah "Teknologi dengan Sentuhan Manusia", keseimbangan kepakaran teknologi ini dengan pengalaman industri yang panjang menjadi DNA syarikat dan akan memperkasa Aden dalam misi berterusannya untuk menyediakan IFM dan pengurusan aset yang inovatif bagi memenuhi keperluan baharu bagi Asia yang baharu.

Untuk maklumat lanjut tentang Aden, layari: https://www.adenservices.com/en

 

Source: ADEN
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Workforce Management/Human Resources