BEIJING, 9 April 2019 /PRNewswire/ -- Di sidang akhbar +Intelligence, Bawakan Pengkomputeran ke Tahap Baharu hari ini, Jabatan Perniagaan Pengkomputeran Pintar Huawei mengumumkan siri pelayan pintar FusionServer Pro. Pelayan x86 generasi seterusnya ini mempercepatkan transformasi pintar pusat data hasil daripada enjin pecutan pintar, enjin pengurusan pintar dan penyelesaian pusat data pintar untuk pelbagai senario.
Transformasi hari ini beralih daripada digital kepada pintar. Sebagai daya penggerak teras, industri pengkomputeran berdepan cabaran dalam kuasa serta pengurusan pengkomputeran. Mempunyai kuasa pengkomputeran dan kepintaran luar biasa, x86 FusionServer Pro Huawei akan memanfaatkan industri pengkomputeran dan mendayakan transformasi ke dalam dunia pintar.
Dunia pintar ini memerlukan infrastruktur yang mempunyai tiga bahagian: ketersambungan, pengkomputeran dan awan. Infrastruktur ketersambungan dan pengkomputeran menjadikan awan lebih cekap. Selain itu, pusat data bertanggungjawab untuk kebanyakan tugasan pengkomputeran. Menurut Wawasan Industri Global (GIV) 2025 Huawei, kadar penembusan Kecerdasan Buatan (AI) dalam perusahaan akan mencecah 86 peratus menjelang tahun 2025. Berserta peningkatan transformasi pintar dalam industri, semakin banyak pusat data berskala luas akan dibina. Pusat data dan pelayan tradisional di belakangnya harus menaik taraf bagi menangani cabaran-cabaran sedia ada yang berikut:
· Kos pelayan tradisional yang tinggi: Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, perkhidmatan baharu muncul sepanjang masa. Mod tradisional yang hanya menggunakan CPU bukanlah pilihan paling menjimatkan dalam senario perkhidmatan tertentu.
· OPEX pusat data yang tinggi: Kosnya tinggi untuk menggunakan, mengurus dan mengekalkan sejumlah besar pelayan di pusat data tradisional.
· Kekurangan pautan L1-L2: Dalam pelayan tradisional, penyaman udara di L1 dan pelayan di L2 tidak dihubungkan. Akibatnya, kecekapan tenaga keseluruhan adalah rendah dan bekalan elektrik yang digunakan oleh penyaman udara berkos sehingga 30% daripada jumlah pengggunaan bekalan elektrik pusat data.
Bagi menangani keperluan transformasi pintar bagi pusat data, Huawei menaik taraf siri FusionServer kepada pelayan pintar FusionServer Pro serta menyediakan penyelesaian bertahap yang merangkumi senario penggunaan nod-tunggal, berskala-luas dan berskala ultra luas.
· Penggunaan nod-tunggal: Enjin pecutan pintar melaksanakan peralihan pintar untuk pengkomputeran, storan dan protokol rangkaian bagi meningkatkan kelajuan aplikasi serta pengalaman perkhidmatan, mengurangkan kos operasi dan meningkatkan pulangan pelaburan (ROI).
· Penggunaan berskala luas: Enjin pecutan dan pengurusan pintar melaksanakan aset pintar, versi, penggunaan kuasa, penempatan serta pengurusan kesalahan, lalu meningkatkan pengurusan dan kecekapan O&M serta mengurangkan OPEX sebanyak 15%.
· Penggunaan berskala ultra luas: Selain enjin pecutan dan pengurusan pintar pada peringkat peranti, tiga penyelesaian pusat data pintar yang inovatif disediakan:
Pautan L1-L2 Pintar: Penyelesaian ini menghubungkan penyaman udara di L1 dan pelayan di L2 bagi meningkatkan kecekapan tenaga pusat data keseluruhan.
Penyelesaian kabinet penyejukan-cecair penuh: Penyelesaian menjimatkan tenaga ini dapat mengurangkan Kecekapan Penggunaan Kuasa (PUE) sebanyak 30% untuk pusat data. Penempatan berkepadatan tingginya dapat menjimatkan 76% daripada kabinet dan 69% ruang bilik peralatan. Dibandingkan dengan penyelesaian penyejukan udara, penyelesaian ini dapat mengurangkan kos pemilikan keseluruhan sebanyak 20%.
Penyelesaian kabinet bersepadu: Penyelesaian ini memperkenalkan penggunaan berskala luas dan pesat, penyisipan blind-mate nod dan O&M robot pintar bagi menjadikan pusat data pintar tanpa pengawasan suatu kenyataan.
Presiden FusionServer Zhang Xiaohua berkata: "Dengan memperkenalkan enjin pecutan pintar dan enjin pengurusan pintar, Huawei menaik taraf pelayan tradisionalnya kepada pelayan pintar untuk membantu perusahaan membina infrastruktur pusat data pintar dengan kuasa pengkomputeran yang belum pernah tersedia sebelum ini."
Untuk maklumat lanjut tentang produk serta penyelesaian Pengkomputeran Pintar Huawei, layari https://e.huawei.com/cn/solutions/hic.
Latar Belakang Huawei
Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Dengan penyelesaian bersepadu dalam empat domain utama iaitu rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan, kami komited untuk membawakan infrastruktur digital kepada setiap individu, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.
Portfolio produk, penyelesaian dan perkhidmatan hujung-ke-hujung Huawei bersifat kompetitif dan selamat. Melalui kolaborasi terbuka dengan rakan-rakan kongsi ekosistem, kami dapat mencipta nilai berkekalan untuk pelanggan kami, berusaha untuk memperkasa orang ramai, memperkayakan kehidupan rumah dan menginspirasikan inovasi dalam organisasi-organisasi mencakupi semua bentuk dan saiz.
Di Huawei, inovasi memberi tumpuan kepada keperluan pelanggan. Kami melabur dengan banyaknya dalam penyelidikan asas, menumpu pada kemajuan teknologi yang memacu dunia ke hadapan. Kami mempunyai lebih 180,000 orang kakitangan dan kami beroperasi di lebih 170 negara serta wilayah. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah sebuah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:
http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.google.com/+Huawei
http://www.youtube.com/Huawei
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190404/2424725-1
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190404/2424725-1-a