Penyelesaian produktiviti jualan utamakan mudah alih dorong penglibatan rakan kongsi merentas saluran
BANGKOK, 10 April 2019 /PRNewswire/ -- AXA Insurance Thailand, menggunakan Vymo (www.getvymo.com), Pembantu Peribadi didayakan AI untuk Jualan, bagi meningkatkan produktiviti jualan serta keberkesanan saluran rakan kongsi mereka di Thailand dan bagi meningkatkan penglibatan serta menambah baik perniagaan bersama broker mereka. Perkongsian ini merupakan sebahagian daripada program transformasi jualan lebih luas AXA.
Pasukan dalam AXA Thailand terdiri daripada Pengurus Agensi yang bertanggungjawab terhadap penglibatan berterusan dengan rakan-rakan kongsi saluran sekutu mereka untuk terus memberi impak kepada pertumbuhan pendapatan. Dengan keupayaan kecerdasan dan pengautomatan Vymo, pasukan jualan AXA dapat –
Mengulas tentang perkongsian berkenaan, Claude Seigne, Ketua Pegawai Eksekutif AXA General Insurance Thailand, berkata: "Di AXA, matlamat kami adalah untuk memperkasa orang ramai untuk menjalani kehidupan lebih baik. Kami percaya bahawa keupayaan mudah alih dan kecerdasan Vymo akan memacu nilai yang tinggi dalam saluran-saluran jualan kami dan membantu kami menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami dalam era digital ini."
Anurag Srivastava, Naib Presiden-APAC, Vymo, berkata, "Perkongsian kami akan memberi proposisi nilai Vymo bagi mengubah jualan bidang Perkhidmatan Kewangan dengan menggunakan penyelesaian produktiviti jualan yang mengutamakan mudah alih. Kami telah menyaksikan penerimaan secara meluas merentas pasukan jualan di Asia Tenggara dan kami akan terus memberi nilai kepada pelangggan kami serta membantu pasukan jualan mereka melakukan lebih lagi."
Kemajuan Vymo di Asia Tenggara
Sejak mengumumkan peluasannya ke APAC tahun lalu, Vymo berkembang pesat di rantau ini.
Latar Belakang AXA Thailand
AXA Insurance PCL ditubuhkan di Thailand pada Julai 1998 dan AXA Group pula ialah pemegang saham terbesar syarikat. AXA Insurance berkembang mantap sepanjang tahun dengan kehadiran seluruh negara di Thailand serta mempunyai 19 pejabat cawangan. Maklumat lanjut tentang AXA boleh ditemui di www.axa.co.th.
Latar Belakang Vymo
Vymo mengubah pengalaman Jualan institusi-institusi insurans dan kewangan utama di seluruh dunia melalui mobiliti dan kecerdasan. Dibiayai oleh Sequoia Capital dan diiktiraf oleh Gartner dan CB Insights untuk Jualan Preskriptif, Vymo digunakan oleh lebih 75,000 wakil jualan dalam Perusahaan Global seperti FE Credit, Allianz, Generali, HDFC Bank, VP Bank dan Zurich.
Pautan berkaitan
Jadualkan demo - https://www.getvymo.com/demo
Laman sesawang - https://www.getvymo.com
Pengurusan Hubungan Rakan Kongsi dengan Vymo - https://goo.gl/ZG5ta1
Demo Vymo di Finovate Asia - https://goo.gl/p1qxmw
Muat turun logo - https://goo.gl/i6sEpi
Hubungi:
hello@getvymo.com
+65-800-492-2421
Photo: https://mma.prnewswire.com/media/848145/AXA_Team.jpg