omniture

Kelas Baharu Tiba di Black Desert SEA

Pearl Abyss
2019-04-11 16:22 423

SEOUL, Korea Selatan, April 11, 2019 /PRNewswire/ -- Penantian telahpun berakhir untuk Pengembara yang mengimpikan untuk terapung di udara dan memberi serangan maut dari udara. Pearl Abyss hari ini mengumumkan bahawa Lahn, salah satu kelas yang paling unik dan ikonik dalam Black Desert, kini tersedia dalam Black Desert SEA.

Stride Through the Skies with Lahn, the Newest Class in Black Desert SEA
Stride Through the Skies with Lahn, the Newest Class in Black Desert SEA

Lahn berasal dari sebuah kerajaan timur dan merupakan pengamal gaya tempur yang belum pernah dilihat dalam dunia Black Desert. Menggunakan Pendulum Sabit yang disambungkan kepada Pedang Mulia, ia menggabungkan keindahan dan lenggok tarian pedang istiadat dengan ketangkasan hayunan pedang yang membawa maut untuk menumpaskan musuh-musuh mereka. Pakar bagi serangan huru hara dan jarak jauh, Lahn berusaha untuk melindungi yang lemah dan menghapuskan kejahatan dari muka bumi ini.

Pelbagai acara kini berlangsung untuk membuat keraian besar-besaran buat Lahn. Mereka yang berlatih untuk menjadi pengamal tarian maut boleh meningkatkan satu lagi watak baharu dalam Acara Perkongsian EXP 1+1 istimewa secara serentak. Untuk tempoh masa yang terhad, Pengembara yang beraspirasi boleh mendapatkan permainan asas secara percuma dengan mencapai tahap 56 dalam akaun percubaan dalam masa 7 hari. Buat mereka yang ingin serta merta terlibat dalam suasana yang lebih rumit, pakej-pakej akses permainan kini dijual dengan potongan 40% sehingga 1 Mei.

Olvia Server baharu eksklusif kepada Pengembara baharu dan Pengembara yang kembali semula turut ditambah bagi membantu mereka berkenalan dengan Lahn dan seluruh pelosok dunia Black Desert. Ia membawakan persekitaran pengenalan yang lebih baik dan membekalkan pertempuran yang besar serta elemen hebat pengalaman teknikal. Apabila Pengembara mencapai tahap 58, mereka akan dipersiapkan dengan lebih baik untuk berdepan dengan cubaan demi cubaan pada pelayan lain berserta pemain-pemain veteran. Menerusi acara ini dan kemunculan Lahn, inilah detik yang lebih baik bagi meneroka kawasan dalam Black Desert SEA.

Ketahui lebih lanjut di sea.playblackdesert.com.

Latar Belakang Black Desert 

Black Desert ialah MMORPG aksi dunia terbuka dengan visual canggih dan pertarungan berasaskan kemahiran yang menakrifkan semula genre ini. Dengan sistem penyesuaian watak yang paling maju berbanding mana-mana permainan dalam pasaran, pengguna boleh keluar dari kebiasaan dan menghasilkan watak-watak unik yang benar-benar menonjolkan diri mereka. Kawalan intuitifnya, dunia yang dicipta begitu indah dan peribudaya luas akan mengujakan pemain baharu dan lama bagi permainan MMO serta RPG aksi. Black Desert dilancarkan dengan jayanya melalui PC di lebih 150 negara dan mempunyai lebih 10 juta pemain berdaftar. Versi-versi mudah alih dan konsol dijadual untuk dilancarkan di seluruh dunia pada tahun 2018 dan seterusnya.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190408/2426871-1

Source: Pearl Abyss
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment New products/services