omniture

Haier bermula Roadshow serantau utama; menyerlahkan kepelbagaian jenis produk 'Smart Home' yang baru

Haier Electrical Appliances (M) Sdn Bhd
2019-04-12 10:30 343

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 April 2019 /PRNewswire/ -- Haier Electrical Appliance (M) Sdn Bhd telah melancarkan siri pertama Roadshow pagi tadi bertujuan untuk mempamerkan rangkaian peralatan rumah yang terbaru di Malaysia dan di jarak yang lebih dekat dengan pelanggan.

Mr Shi Zhiyuan, Managing Director Of Haier Electrical Appliances (Malaysia) Sdn. Bhd
Mr Shi Zhiyuan, Managing Director Of Haier Electrical Appliances (Malaysia) Sdn. Bhd

Roadshow bermula di Kuala Lumpur, dan seterusnya akan berada di Johor Baru dan Pulau Pinang.

Pengarah Urusan Haier Malaysia, Encik Shi ZhiYuan, berkata objektif pameran adalah untuk melibatkan pelanggan dalam peristiwa-peristiwa hidup inovatif dengan menyediakan platform yang sesuai untuk produk dan perkhidmatan syarikat serta memberi penampilan kepada jenama Haier.

Encik Shi ZhiYuan berkata, roadshow tersebut akan membawa Haier lebih dekat kepada pengguna dan memudahkan interaksi bersemuka serta  menyediakan platform yang sempurna untuk mempamerkan produk jenama Haier.

"Melalui Roadshow seperti ini, kita juga dapat menunjukkan demo secara langsung kepada pelanggan dan membantu mereka dengan memberi 'pengalaman produk di jarak pintu mereka," katanya.

"Dengan secara langsung kami dapat melibatkan para pengguna untuk mengendalikan dan melihat sendiri pelbagai produk kami. Kami juga dapat membantu mengenal pasti produk yang lebih sesuai untuk keperluan mereka. Dengan sekaligus kami dapat membantu setiap pelanggan untuk berinteraksi dan memahami dengan lebih mendalam lagi evolusi jenama kami, "kata Encik Shi ZhiYuan.

Encik Shi ZhiYuan berkata, sedangkan industri perkakas rumah sedunia memasuki zaman baru "Smart Home", Haier ikut serta dengan memberi pelanggan barangan yang luar biasa dalam zaman digital ini.

Beliau berkata bahawa produk Haier bukan sahaja menjadi peralatan rumah yang luar biasa tetapi memberi kepuasan kepada pengguna serta meningkatkan gaya hidup mereka.

"Haier Malaysia sudah bertahun-tahun mencapai dua kali ganda jumlah pendapatan. Kami telah berjaya mencapai matlamat ini dengan menjadi sebuah syarikat yang konsisten dan berkemampuan yang juga berpegang teguh kepada identitinya dengan menjadi sebuah syarikat yang menyelesaikan masalah bagi pengguna dengan mencipta diri dengan imaginasi dan semangat, "kata Encik Shi ZhiYuan pada majlis pelancaran di sini, pagi tadi.

Menurut Shi ZhiYuan, Haier akan meneruskan pelancaran produk baru dalam pelbagai kategori, disokong oleh permintaan.

"Kami akan terus memperkenalkan lebih banyak produk baharu kepada pengguna Malaysia di pasaran yang sedang berkembang pada masa kini. Langkah seterusnya untuk Haier adalah untuk memperkenalkan pelbagai peralatan Smart untuk pengguna-pengguna. Kami akan mendedahkan peralatan Smart dengan cara lebih terperinci di masa yang akan datang, "katanya.

Selama 35 tahun, Haier telah berubah daripada jenama utama perkakas rumah, dengan rekod 10 tahun berturut-turut jualan terkemuka di dunia kepada jenama ekosistem rumah pintar yang terkenal dan maju.

Haier kini mempunyai lebih dari 300 buah kedai runcit dan kedai rantaian utama di Malaysia, menawarkan pelbagai peralatan rumah, seperti peti sejuk, mesin basuh, pembeku, penyaman udara domestik dan komersial, televisyen (TV) LED dan perkakasan kecil.

Langkah seterusnya bagi jenama Haier adalah untuk mempertingkatkan Careline perkhidmatan pelanggan 24/7.

Haier juga akan membuka Pusat Khidmat Pelanggan yang terbaru di Puchong pada bulan Jun. Pusat ini akan ditempatkan bersebelahan dengan Haier Experience Centre.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190411/2433694-1

Source: Haier Electrical Appliances (M) Sdn Bhd
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services