omniture

Huawei Siar "Panduan Reka Bentuk untuk Rangkaian Wi-Fi Kampus dalam Wi-Fi 6 Era v1.0", Bawakan Era Baharu Pembangunan Bakat Digital

Huawei
2019-04-12 19:54 677

SHANGHAI, 12 April 2019 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei mengeluarkan kertas putih baharu bertajuk "Panduan Reka Bentuk untuk Rangkaian Wi-Fi Kampus dalam Wi-Fi 6 Era v1.0" di Sidang Kemuncak Transformasi Digital Pendidikan Global di Shanghai, China. Kertas putih yang pertama seumpamanya itu memanfaatkan pemahaman mendalam Huawei tentang teknologi 5G dan kejayaan terbukti melibatkan lebih 1,000 rangkaian kampus dalam sektor pendidikan global. Dalam kertas putih berkenaan, Huawei menakrifkan sembilan senario liputan Wi-Fi biasa dan menyediakan kriteria standard untuk perancangan dan reka bentuk rangkaian Wi-Fi 6 kampus. Semua sorotan utama dalam kertas putih ini merupakan langkah penting ke arah menginovasi paradigma pendidikan dan membawakan pembangunan bakat digital ke era baharu.

Dalam kertas putih tersebut, Huawei menjadi peneraju dalam menawarkan panduan terperinci untuk menyesuaikan Wi-Fi 6 kepada semua senario kampus. Menurut kertas putih tersebut, kaedah-kaedah pendidikan imersif seperti Realiti Maya (VR) dan Realiti Imbuhan (AR) mengubah interaksi serta penglibatan antara guru dan pelajar; dan strim langsung serta pendidikan jarak jauh menjadikan pemupukan bakat lebih bersifat diperibadikan.

Era Wi-Fi 6 bakal muncul. Teknologi baru muncul menghasilkan kaedah-kaedah pengajaran baharu pada tahap kelajuan yang belum pernah berlaku sebelum ini. Lebar jalur dan kependaman tidak lagi sesak dan bukan lagi satu penghalang pembangunan bakat digital, serta pengalaman pengajaran yang pelbagai dan diperibadikan tidak lama lagi akan disediakan di serata tempat.

Agar seiring, Huawei memperkenalkan pendekatan penilaian baharu dalam kertas putih tersebut yang menggabungkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) berserta Petunjuk Kualiti Utama (KQI). Bagi menangani struktur seni bina berbeza dan ciri-ciri akses pengguna dalam kebanyakan kampus pendidikan, kertas putih Huawei menakrifkan sembilan senario kampus biasa termasuk bilik darjah tradisional dan VR, pejabat, bilik persidangan, auditorium, perpustakaan, makmal, kafeteria, taman permainan dan bilik asrama. Bagi setiap satu daripada sembilan senario tersebut, Huawei meringkaskan dan menyeragamkan prosedur pembinaan rangkaian Wi-Fi 6 dan spesifikasi pemilihan peranti. Garis panduan ini mewakili cadangan yang luas bagi memudahkan penggunaan rangkaian Wi-Fi 6 serta O&M dalam seluruh sektor pendidikan.

Wi-Fi 6 Huawei memanfaatkan teknologi 5G termaju seperti antena pintar dan penentukuran radio, berserta pemahaman mendalam tentang rangkaian kampus, untuk mengoptimumkan persekitaran yang memerlukan lebar jalur dan yang peka-kependaman seperti bilik darjah VR, pejabat dan perpustakaan dengan sempurna. Titik Akses (AP) Wi-Fi 6 Huawei menonjol dengan teknologi antena berkepadatan tinggi unik serta kebanyakan radio dan strim ruang dalam industri. Kelebihan ini adalah ideal untuk keserempakan terminal dalam senario berkepadatan tinggi seperti bilik darjah, bilik persidangan dan dewan kuliah. Wi-Fi 6 Huawei bukan sahaja menyediakan guru dan pelajar dengan pengalaman optimum pada bila-bila masa dan di mana-mana jua, tetapi turut menginovasi paradigma pendidikan dengan cara yang lebih fleksibel, mudah dan tangkas.

Naib Presiden Jabatan Pemasaran & Jualan Penyelesaian Huawei Enterprise BG, Lu Qi, menyebutkan bahawa institusi-institusi pendidikan sememangnya merupakan inkubator bagi teknologi inovatif. Pelancaran "Panduan Reka Bentuk untuk Rangkaian Wi-Fi Kampus dalam Wi-Fi 6 Era v1.0" dijangkakan mempercepatkan penggunaan Wi-Fi 6 dalam sektor pendidikan, mendayakan teknologi terkini untuk memberi nafas baharu kepada pendidikan; dan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pembangunan bakat.

Naib Presiden Domain Rangkaian Kampus Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, Li Xing, berkata Huawei menerajui industri dalam produk Wi-Fi 6 komersial yang disahkan oleh Tolly Group, sebuah organisasi ujian berwibawa peringkat antarabangsa. Menurut Tolly, produk Wi-Fi 6 komersial Huawei mencapai tahap prestasi tertinggi dalam kalangan mereka yang diuji. Inovasi Wi-Fi yang berterusan dapat memajukan seluruh industri teknologi keseluruhan dan mencipta era baharu transformasi digital untuk sektor pendidikan.

Untuk memuat turun kertas putih, kunjungi:
https://e.huawei.com/en/material/networking/wlan/b9e4b26048274d5181f9394495c5dee4 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Education Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications Survey, Polls & Research Trade show news