omniture

Martell Home Live, rancangan bual bicara secara langsung terunggul di dunia

Martell
2019-04-15 18:04 299
  • Martell® Cognac membuat pernyataan, meraikan para peramal di persimpangan hiburan dan kebudayaan sewaktu siaran secara langsung Martell Home Live. Cognac Houses yang hebat juga paling lama dalam permainan tersebut, telah sekali lagi melangkaui had yang ada dengan jenis rancangan bual bicara baharu dan platform digital untuk para pencetus kreativiti dan inovasi berkongsi kisah mereka.

NEW YORK, 15 April 2019 /PRNewswire/ -- Malam semalam, Maison Martell buat julung kali menayangkan episod pertama Martell Home Live, yang dihoskan oleh legenda Killer Mike di The Greystone Court, NY. Platform digital tersebut menyerlahkan kreativiti dalam muzik, seni dan hiburan dan telah disiarkan secara langsung di Facebook dan halaman YouTube Maison Martell.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8527151-martell-home-live-world-premiere-talk-show/   

Martell Home Live Episod 01 merupakan yang pertama dalam kumpulan siri rancangan bual bicara kebudayaan, yang akan berlangsung di lokasi luar biasa, di bandar-bandar berbeza di serata dunia. Setiap episod Martell Home Live akan menampilkan peramal dan kreatif merentasi pelbagai bidang dan kategori yang memberikan inspirasi kepada orang lain untuk melonjakkan budaya ke hadapan.

Episod 01: Muzik, Tarian & Hiburan, menampilkan persembahan istimewa oleh Princess Nokia, Big Freedia bersama penari Javier Ninja, Archie Burnett, Dejiavu Ferguson dan Charli XCX – semua artis yang hebat dalam bidang kreatif masing-masing, di samping secara tidak langsung telah melonjakkan budaya ke hadapan. Sebagai tambahan kepada persembahan tarian legenda dunia tarian popular dan persembahan eksklusif budaya pop dan artis dunia "underground rap" baharu, hos pada malam tersebut, Killer Mike, berbual dengan setiap artis sambil mereka berkongsi kisah tentang permulaan kerjaya mereka dan bagaimana mereka berpegang teguh pada diri sendiri dan kepercayaan mereka sewaktu berada di laluan yang meninggalkan legasi berpanjangan.

Antara tetamu istimewa dari kalangan hadirin adalah perintis Bandar Raya New York dan artis hip hop Nigeria, Mister Incredible yang berkongsi visi beliau mengenai kehebatan dunia hip hop antarabangsa.

Sebagai yang paling lama bagi Cognac Houses yang hebat dalam permainan tersebut, Maison Martell sentiasa meraikan idea-idea berani dan mencabar had untuk mencipta beberapa perasa paling menyerlah dan enak dalam cognac. Dalam meneruskan tema meraikan peramal-peramal kreatif, mereka yang berhasrat untuk meninggalkan legasi berpanjangan, Martell Home Live telah dicipta.

Tarikh tambahan untuk episod Martell Home Live bagi menyerlahkan yang terbaik dalam gastronomi & miksologi akan didedahkan dalam minggu-minggu yang akan datang. Jangan ke mana-mana!

Untuk menonton sekali lagi Rancangan Bual Bicara Martell Home Live:
https://www.youtube.com/watch?v=A6MiCD9FYCM

Untuk menonton video penutup:
https://www.youtube.com/watch?v=-IUBScXl0TE

Photo - https://mma.prnewswire.com/media/870308/Martell_Home_Live_Group_photo_Killer_Mike_Charli_XCX_Javier_Ninja_Princess_Nokia_Big_Freedia.jpg

 

Source: Martell
Keywords: Art Beer, Wine & Spirits Beverages Broadcast Technology Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Music Social Media Television New products/services