omniture

ClickSoftware Alu-alukan Yong Sheng Lee sebagai Naib Presiden

ClickSoftware
2019-04-15 21:29 303

YS bakal Sampaikan Ucapan Dasar di Field Service Management 2019 di Sydney

BURLINGTON, Massachusetts, 15 April 2019 /PRNewswire/ -- ClickSoftware, penyedia utama bagi perisian pengurusan perkhidmatan lapangan, hari ini mengumumkan bahawa Naib Presiden baharunya, Yong Sheng Lee, akan berucap di Field Service Management 2019. Acara tersebut akan berlangsung pada 16-17 April 2019 di The Hilton Sydney, Sydney, Australia.

Yong Sheng (YS) Lee menyertai ClickSoftware daripada Oracle melalui pemerolehan RightNow pada tahun 2012, yang mana beliau merupakan ketua bahagian jualan di Asia Pasifik. Di Oracle, YS bertanggungjawab untuk memimpin perniagaan Awan Perkhidmatan di APAC sebelum beliau dilantik menjadi Pengarah Kanan bagi Pembangunan Aplikasi Awan CX, JAPAC pada tahun 2016. Perkhidmatan lapangan menjadi sebahagian besar daripada portfolio produk YS dan beliau membawakan bertahun-tahun pengalaman serta perspektif yang sedikit berbeza terhadap perniagaan.

"Dengan lebih 20 tahun pengalaman dan latar belakang kukuh dalam membina pasukan tumpuan pasaran yang berprestasi tinggi di rantau ini, YS membawakan kemahiran untuk memacu strategi pertumbuhan agresif kami, termasuk menyokong portfolio kami melibatkan pelanggan yang utama dalam industri," kata Mark Cattini, Ketua Pegawai Eksekutif di ClickSoftware. "Rancangan kami terhadap peluasan dinamik di seluruh rantau ini memerlukan pemimpin berpengalaman dan kami teruja kerana YS akan memulakan tempoh perkhidmatan beliau dengan mewakili Click di FSM 2019."

Di acara perkhidmatan lapangan tersebut, YS akan menyampaikan ucapan dasar, "Masa Depan Perkhidmatan Lapangan: Wawasan 2020," bagi menonjolkan anjakan dipacu teknologi yang berlaku dalam perkhidmatan lapangan dan gambaran masa depan. Pembentangan ini dijadualkan pada 16 April pada jam 9:20 pagi. Para hadirin juga boleh mengunjungi Click di reruai bernombor 10 untuk melihat demonstrasi langsung Click Field Service Edge dan untuk berpeluang memenangi Amazon Echo Dot.

PEMBENTANG: Yong Sheng (YS) Lee, Naib Presiden, ClickSoftware

TEMPAT: Field Service Management 2019, The Hilton Sydney, Sydney, NSW

TARIKH DAN MASA: 16 April 2018 pada jam 9:20 pagi.

Latar Belakang ClickSoftware
ClickSoftware ialah peneraju global dalam penyelesaian pengurusan perkhidmatan lapangan, memberi nilai melalui kecekapan, keberkesanan lebih baik dan meningkatkan pengalaman pelanggan. ClickSoftware menggabungkan kepakaran industri yang tiada tandingan dan sains komputer terkini bagi memberi nilai perniagaan yang bermakna dan boleh diukur—mengoptimumkan proses perniagaan kritikal serta menggembirakan pelanggan. Click Field Service Edge melengkapi peneraju-peneraju perkhidmatan lapangan dengan teknologi paling pintar dan amalan terbaik dari seluruh dunia bagi memberikan hasil dunia sebenar, saranan waktu nyata dan kecerdasan operasi sebenar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.clicksoftware.com. Kekal mengikut perkembangan bersama Click dengan mengikuti kami di LinkedIn dan Twitter.

Clik. Kecerdasan Sebenar. Sedia berkhidmat.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/395427/ClickSoftware_1_Logo.jpg

Source: ClickSoftware
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Personnel announcements Trade show news Future Events