omniture

Uniview Sediakan Penyelesaian Pengawasan Video untuk Festival Air Raikan Upacara Dipentaskan di Ibu Kota Yangon dan Mandalay di Myanmar

Uniview
2019-04-16 00:19 434

YANGON, Myanmar, 16 April 2019 /PRNewswire/ -- Festival Air merupakan perayaan Tahun Baharu yang diadakan di negara-negara Asia Tenggara seperti Myanmar, Thailand dan Laos. Uniview menyediakan penyelesaian pengawasan video untuk festival air bagi meraikan upacara yang dipentaskan di ibu kota Yangon dan Mandalay, bandar kedua terbesar di Myanmar. Perayaan peringkat kebangsaan itu dilindungi oleh kamera kubah UNV PTZ dan kamera starlight super.

Myanmar New Year Thingyan, yang biasanya diadakan pada 13 April, ialah perayaan terbesar tahunan. Orang ramai akan memercik atau menyimbah air kepada satu sama lain sebagai sebahagian daripada ritual pembersihan bagi mengalu-alukan Tahun Baharu. Tindakan menyimbah air juga sebagai tanda berkat dan restu. Dipercayai bahawa di Festival Air ini, apa sahaja yang lama mestilah dibuang.

Keselamatan awam merupakan salah satu kebimbangan utama di setiap negara. Namun biasanya, sebagai sebuah acara kebangsaan yang besar seperti festival air, orang ramai dan persekitaran yang rumit menjadikannya sukar untuk menjamin keselamatan.

Penyelesaian keselamatan profesional Uniview meliputi pentas upacara, laluan pejalan kaki percikan dan pentas kerajaan dengan pengawasan video IP 24/7 bagi meningkatkan keselamatan serta keterlihatan dan mengurangkan kejadian semasa acara berlangsung.

Sebanyak 50 unit kamera kubah PTZ dan kamera starlight super dipasang di titik-titik utama pada pentas persembahan, pentas kerajaan dan kawasan tanah untuk bermain dan menyimbah air. Sistem kawalan pusat UNV 32-ch NVR dan suis rangkaian UNV menyediakan penyelesaian semua-dalam satu serta memudahkan operasi keselamatan. Kamera starlight super UNV memberikan gambar berwarna penuh biarpun dalam suasana rendah cahaya yang kompleks pada waktu malam.

Kakitangan pengurusan keselamatan boleh melog masuk ke EZView App pada peranti mudah alih mereka dan mengawasi kedua-dua tempat meskipun dari tepi jalan. Sekiranya salah satu laluan mempunyai aliran orang ramai yang lebih padat berbanding laluan yang lain, mereka boleh membimbing orang ramai bagi mengoptimumkan beban lalu lintas. Ini merupakan satu kelebihan yang amat besar berbanding sistem analog asal. Selain itu, kualiti kamera dan NVR telah mengagumkan pengguna.

Sebagai penyedia penyelesaian pengawasan video yang terkemuka di dunia, Uniview meliputi lebih banyak industri termasuk hotel bertaraf dunia, pusat membeli belah, pengawasan bandar, bank, hospital, institut pendidikan dan juga kilang. Uniview akan terus menyediakan produk berkualiti tinggi, teknologi terkini dan perkhidmatan profesional kepada pelanggan global.

 

Source: Uniview
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security