omniture

Haier lancar acara perkongsian foto pengguna tonjol kehidupan pintar

Haier
2019-04-18 22:01 635

BEIJING, 18 April 2019  /PRNewswire/ -- "Temui Haier Global, Nikmati Kehidupan Pintar: Syot Kilat Haier", ("Meet Global Haier, Enjoy Smart Life: Snapshot Haier"), acara bertema berskala luas untuk pengguna global Haier, dimulakan oleh Haier di Pameran Import dan Eksport China ke-125 (Pameran Canton) pada 15 April lalu.

Acara ini bertujuan untuk membolehkan pengguna melihat perubahan mengagumkan yang dibawakan oleh Haier kepada kehidupan orang ramai, kata pihak penganjur.

Pengguna-pengguna Haier boleh mengambil bahagian dalam acara ini dengan memuat naik foto atau video yang menampilkan produk-produk Haier, kata seorang eksekutif Haier di upacara pelancaran.

Acara ini dijalankan serentak di 160 negara dan wilayah, yang melaluinya Haier memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan di dalam dan luar negara atas nama pengguna.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1984, Haier komited untuk mencipta kehidupan yang lebih baik untuk pengguna melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk-produk pintar, baharu dan inovatif.

Di Ekspo Dunia Perkakas & Barangan Elektronik 2019 (AWE 2019), Haier memaparkan susun atur terkini bagi tujuan globalisasi jenama-jenama perkakas rumahnya dan menonjolkan pencapaian terkini melalui tujuh jenama utama iaitu Haier, GE Appliances (AS), Fisher & Paykel (New Zealand), AQUA (Jepun), Casarte, Leader dan Candy (Itali).

Globalisasi syarikat bukanlah mengenai pencarian OEM, tetapi tentang penciptaan jenama-jenama bebas dan pembentukan reka bentuk yang menyepadukan susun atur, pembuatan dan jualan ke luar negara, ujar eksekutif bersama Haier itu.

Haier menumpu pada penyetempatan negara-negara dan wilayah-wilayah berbeza dalam susun atur globalnya. Melalui acara ini, pengguna seluruh dunia boleh berkongsi foto pelbagai produk Haier, seperti peti sejuk dengan kabinet baharu di bahagian atas yang direka untuk golongan pemakan sayur India atau pendingin untuk pengguna Saudi yang dapat mencegah makanan daripada mengalami penyahfrosan meskipun semasa putus bekalan elektrik sehingga 100 jam lamanya.

Pasaran peralatan kediaman pintar China diunjurkan mencecah 357.6 bilion yuan menjelang tahun 2020, menurut laporan industri. Dalam konteks ini, pelancaran oleh Haier terhadap produk-produk "Kediaman Pintar" di seluruh dunia bukan sahaja dapat meningkatkan kehidupan pengguna, tetapi turut merangsang pembangunan industri kediaman pintar global.

Haier akan berganding bahu dengan Xinhua Silk Road, platform perkhidmatan maklumat Jalur dan Jalan kebangsaan di bawah Xinhua News Agency, bagi mendedahkan tentang peraturan sumbangan foto dan memaparkan seluruh proses acara tersebut.

Pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan daripada pengguna-pengguna yang berminat dan berharap agar acara ini akan menjadikan Haier dan penggunanya lebih erat antara satu sama lain.

Untuk mengambil bahagian dalam acara tersebut, sila kunjungi https://www.imsilkroad.com/active/ssp/.

Source: Haier
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news