omniture

Huawei Umum Platform Pengkomputeran AI Atlas Bersedia untuk Peluasan Komersial

Membina Penyelesaian AI Semua-Senario untuk Peranti-Pinggir-Awan
Huawei
2019-04-18 23:33 667

SHENZHEN, China, 18 April 2019 /PRNewswire/ -- Semasa berlangsungnya Jelajah Pengkomputeran Pintar untuk China yang dipentaskan di Shenzhen, Huawei mengumumkan pelancaran rasmi platform pengkomputeran AI Atlas ke pasaran, menyerlahkan babak baharu dalam hala tuju komersial Atlas.

Huawei Atlas kini di pasaran
Huawei Atlas kini di pasaran

Platform pengkomputeran AI Atlas Huawei dikuasakan oleh pemproses AI siri Ascend Huawei. Atlas menawarkan pelbagai faktor bentuk produk seperti modul pemecut, kad, stesen pinggir AI dan perkakas, lalu menyediakan penyelesaian infrastruktur AI semua-senario untuk peranti-pinggir-awan. Ia turut terpakai untuk bidang-bidang aplikasi seperti bandar pintar, syarikat telekomunikasi, kewangan, Internet dan kuasa elektrik.

Penting untuk penyelesaian AI susunan-penuh, semua-senario Huawei, platform pengkomputeran AI Atlas menyerlahkan kuasa pengkomputeran terhebat bagi membantu pengguna mendepani masa depan didorong AI.

Pemproses AI Ascend Huawei memanfaatkan kelebihan seni bina Da Vinci 3D Cube terkini, memberikan kepadatan pengkomputeran dan kecekapan tenaga ultra tinggi bagi mendayakan Atlas dengan kuasa pengkomputeran AI yang tiada tandingan. Produk-produk siri Atlas membawakan sorotan utama yang berikut:

Modul Pemecut AI Atlas 200: Dipakejkan dalam faktor bentuk separuh saiz kad kredit, ia menyokong analitik video HD waktu-nyata 16-saluran dan boleh digunakan pada peranti terminal seperti kamera, robot dan dron.

Kit Pembangun AI DK Atlas 200: Ia membantu pembangun menyediakan persekitaran pembangunan dalam masa 30 minit dan menyepadukan persekitaran pengaturcaraan grafik bagi membawakan tahap kecekapan pembangunan baharu. Hasil daripada keupayaan senario-penuh pemproses Ascend, program-program boleh dibangunkan pada Kit Pembangun AI DK Atlas 200 secara sekaligus dan digunakan dalam senario peranti-pinggir-awan tanpa modifikasi kod.  

Kad Pemecut AI Atlas 300: Ia mengguna pakai faktor bentuk separa-tinggi separa-panjang dan menyediakan antara muka PCIe standard. Ia menyediakan 64 TOPS prestasi pengkomputeran INT8 dan menyokong analitik video HD waktu nyata 64-saluran dengan penggunaan kuasa 67 W. Atlas 300 juga memiliki memori 32 GB, yang meningkatkan dengan ketara prestasi analitik video dan inferens berkepadatan tinggi.

Stesen Pinggir AI Atlas 500: Menyediakan prestasi yang berkuasa, ia dapat melakukan pemprosesan data waktu nyata di pinggir. Satu peranti boleh menyediakan 16 TOPS keupayaan pemprosesan INT8 dengan penggunaan kuasa ultra rendah iaitu kurang daripada 1 kWj sehari. Dibina untuk persekitaran semula jadi yang rumit di pinggir, Atlas 500 beroperasi dengan stabil dalam keadaan penggunaan yang sukar dengan suhu 40 hingga +70 darjah Celsius.

Semasa pelancaran berkenaan, Hou Jinlong, Presiden Produk & Perkhidmatan Awan & AI Huawei berkata bahawa Huawei akan menerima pakai strategi industri pengkomputeran pintar tiga campur satu berdasarkan lima jenis cip teras proprietari untuk pengkomputeran, rangkaian, storan, pengurusan dan AI. Huawei bermatlamat unutk menangani keperluan pengkomputeran dalam senario peranti-pinggir-awan dengan memanfaatkan tiga platform: platform pengkomputeran x86, AI dan ARM. Ketiga-tiga platform ini merupakan asas untuk penyelesaian AI susunan-penuh, semua-senario Huawei. Sementara itu, Huawei akan membina ekosistem pengkomputeran pintar berkisarkan ketiga-tiga platform ini, bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk menyediakan asas kepada transformasi digital dan pintar pelanggan.

"AI sebagai teknologi kegunaan umum baharu akan menjadi keupayaan asas yang baharu bagi mengubah setiap industri dan organisasi," kata Ma Haixu, Pengarah Jabatan Perniagaan Pengkomputeran Pintar Huawei. "Huawei sentiasa menyokong penyediaan AI inklusif yang berpatutan, berkesan dan juga andal. Sebagai bahagian penting dalam rangka tindakan AI Huawei, platform pengkomputeran AI Atlas diaplikasikan dalam industri bandar pintar, syarikat telekomunikasi, kewangan, Internet dan kuasa elektrik. Huawei bersama-sama menginovasi dengan rakan-rakan kongsi bagi melancarkan amalan terbaik bagi menghadapi AI, memperkasa pelanggan dengan penyelesaian industri semua-senario yang berprestasi tinggi bagi menerima kecerdasan pervasif."

Berusaha untuk membawakan pengkomputeran pintar yang pervasif dengan inovasi cip, Pengkomputeran Pintar Huawei membina spektrum penuh produk termasuk pelayan FusionServer Pro berdasarkan enjin pengurusan dan pecutan pintar, platform pengkomputeran AI Atlas dan platform pengkomputeran pemacu pintar Pusat Data Mudah Alih (MDC) berdasarkan pemproses AI Ascend dan pelayan TaiShan berdasarkan kepada pemproses Kunpeng ARM.

Bersungguh-sungguh menyempurnakan cip teras dan kekuatan produknya, Huawei berkedudukan unik untuk menyediakan pelanggan dengan kuasa perkomputeran yang unggul bagi memenuhi kepelbagaian keperluan aplikasi dalam pelbagai industri. Huawei juga tekal memajukan kolaborasi awan-pinggir dan keupayaan penggunaan semua-senario bagi membina penyelesaian bersepadu dengan tahap kesederhanaan dan kemudahan penggunaan terbaik, lalu memangkinkan transformasi pintar industri-industri.

Jelajah Pengkomputeran Pintar untuk China disertai oleh para penganalisis, pelanggan industri dan rakan kongsi. Huawei memperkenalkan trend pembangunan industri pengkomputeran, strategi dan inisiatif pengkomputeran pintar serta platform pengkomputeran AI semua-senario.

Acara ini turut menawarkan peluang untuk industri berkongsi kemajuan dan amalan teknologi AI. Tetamu-tetamu istimewa terdiri daripada David T. Nguyen, berkelulusan Ph.D. dan Pengarah Accenture Labs; serta wakil-wakil daripada kalangan pelanggan dan juga rakan kongsi. Mereka berkongsi pandangan tentang trend teknologi AI, pengecaman wajah dan trend pembangunan bandar selamat, sebagai maklumat tentang penggunaan AI dalam industri logistik. Pembentangan tersebut menunjukkan dengan jelas faedah-faedah nyata yang dibawakan oleh teknologi AI.

--Tamat--  

Latar Belakang Huawei

Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Dengan penyelesaian bersepadu merentas empat domain utama, iaitu rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan, kami komited untuk membawa kemudahan digital kepada setiap individu, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.

Portfolio hujung-ke-hujung produk, penyelesaian dan perkhidmatan Huawei adalah kompetitif dan terjamin. Melalui kolaborasi terbuka dengan rakan-rakan kongsi ekosistem, kami mencipta nilai berkekalan untuk pelanggan kami, berusaha untuk memperkasa orang ramai, memperkayakan kehidupan rumah dan menginspirasikan inovasi dalam semua jenis organisasi.

Di Huawei, inovasi menumpu pada keperluan pelanggan. Kami banyak melabur dalam penyelidikan asas, memberi tumpuan pada penemuan teknologi yang memacu dunia ke hadapan. Kami mempunyai lebih 180,000 kakitangan dan kami beroperasi di lebih 170 negara dan wilayah. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah sebuah syarikat persendirian yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:
http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei  
http://www.facebook.com/Huawei 
http://www.google.com/+Huawei  
http://www.youtube.com/Huawei  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190417/2438907-1-a

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Internet Technology Semiconductors Telecommunications New products/services Blockchain