omniture

CIFF ke-43 tampilkan kepelbagaian lebih luas bahan pameran dan perkhidmatan dinaik taraf

CIFF
2019-04-22 09:32 585

GUANGZHOU, China, 22 April 2019 /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China (Guangzhou) (CIFF) kali ke-43, yang diadakan dalam dua segmen, berlangsung di Pazhou, sebuah daerah kecil Haizhu di bahagian tenggara Guangzhou, dari 18 hingga 21 Mac dan dari 28 hingga 31 Mac. Di kawasan acara berkeluasan 760,000 meter persegi itu, lebih 90% pempamer julung kali memperkenalkan produk-produk baharu mereka, manakala lebih 50 syarikat mengadakan persidangan keluaran produk baharu.

Ditubuhkan pada musim bunga tahun 1998, Pameran Perabot Antarabangsa China, biasanya lebih dikenali dengan huruf awalnya, CIFF, diadakan setiap setengah tahun, di Guangzhou pada musim bunga manakala di Shanghai pada musim luruh. Ia dianggap sebagai acara utama seumpamanya dari segi keluasan, kepelbagaian bahan pameran, bilangan pengunjung selain pusing ganti.

Acara tahun ini mencetuskan lebih keterujaan dalam seluruh industri selain tahap kepelbagaian yang lebih tinggi dari segi produk dan perkhidmatan, hasil daripada beberapa sorotan baharu.

Dengan tumpuan pada inovasi, acara berkenaan, yang memegang peranan sebagai platform tumpuan untuk pelancaran produk baharu, menonjolkan 25 daripada produk asli yang dipamerkan di zon ciri acara tersebut yang bertajuk Bahan Pameran Produk serta Perabot Isi Rumah Baharu dan Terkini.

Beberapa pereka Cina ternama, antaranya Wen Hao, Zhu Xiaojie, Hou Zhengguang, Chen Xiangjing dan Chai Xiaodong, mengadakan pembentangan tentang trend-trend baharu dalam sektor perabot asli Cina.

CIFF ke-43 tampilkan kepelbagaian lebih luas bahan pameran dan perkhidmatan dinaik taraf
CIFF ke-43 tampilkan kepelbagaian lebih luas bahan pameran dan perkhidmatan dinaik taraf

Beberapa acara menarik turut diadakan semasa ekspo berkenaan termasuk sebilangan pameran bertumpu senario yang memberi tumpuan pada cara-cara berbeza dalam mewujudkan persekitaran yang baharu dan holistik di dalam rumah, menetapkan hala tuju baharu dari segi memenuhi jangkaan individu-individu daripada generasi baharu yang berusaha untuk mengawal dalam menentukan gaya hidup mereka.

Lebih 60 pereka berbilang disiplin yang terkemuka menginspirasikan para pengunjung untuk berfikir tentang wajah gaya hidup yang berkualiti tinggi dengan menyampaikan pesanan merentas banyak segmen dalam sektor reka bentuk di ekspo melalui perkongsian kes, forum, pembentangan tentang trend-trend terkini selain pelbagai seminar dan juga bengkel.

Dengan kehadiran sebilangan besar pempamer dari seluruh dunia, penganjur-penganjur acara tersebut meningkatkan lagi perkhidmatan pemadanan perdagangan khas mereka, mengundang sejumlah besar pembeli dan pereka dari China dan luar negara untuk menghadiri, memahami keperluan pembelian mereka dan menetapkan temujanji dengan pempamer yang sesuai dengan profil mereka.

Bagi memberi jaminan bahawa para hadirin yang diundang dapat merasakan mereka telah memperoleh sesuatu yang bermakna setelah pulang, acara tersebut memperibadikan undangan menurut minat mereka yang dijemput dari segi tema, sektor dan saluran, berdasarkan analisis daripada pangkalan data pengunjung. Pembeli-pembeli yang diundang boleh menyertai ekspo tersebut melalui imbasan kod QR tanpa perlu menunggu dalam barisan serta mendapat akses kepada maklumat pameran dengan bertanyakan panduan di meja bantuan.

Pemasaran dan jualan yang disasarkan serta jejak luas acara dalam industri berkenaan menjadikan CIFF unik dan tiada tandingan. Pameran Perabot Antarabangsa China (Shanghai) ke-44 akan diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (Shanghai) di Hongqiao mulai 8 hingga 11 September, bagi meneruskan usaha CIFF untuk mencipta rumah contoh yang menepati gaya hidup setiap ahli dalam sesebuah keluarga.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190412/2434710-1

Source: CIFF
Keywords: Furniture & Furnishings Household/Consumer/Cosmetics Trade show news