CHONGQING, China, 22 April 2019 /PRNewswire/ -- Festival Kebudayaan Bunga Peony Dianjiang ke-20 dimulakan pada 29 Mac, di Daerah Dianjiang, Chongqing dan wakil-wakil daripada iChongqing mengunjungi lokasi festival ini, yang juga merupakan tempat asal Bunga Peony Landskap, untuk mengetahui lebih lanjut tentang Bunga Peony Landskap.
Apabila menyebut tentang bunga peony, ramai orang mungkin akan memikirkan tentang zaman Dinasti Tang (618–907) di China. Sebuah sajak yang dinukilkan oleh Liu Yuxi, seorang penyajak terkenal daripada Dinasti Tang berbunyi, "Hanya bunga peony menjadi sebenar-benarnya keindahan pertiwi dengan kuntumannya mengagumkan ibu kota." Bunga peony turut dijadikan sebagai "Raja Bunga" lantaran saiznya yang besar dan harumannya yang menawan.
Terdapat ratusan varieti bunga peony, antaranya ialah Bunga Peony Landskap yang ditanam di Dianjiang, Chongqing, China, adalah yang paling unik. Bunga Peony Hiasan biasanya ditanam secara tidak semula jadi, namun demikian, Bunga Peony Landskap yang tumbuh secara semula jadi di hutan, merupakan tumbuhan hiasan dan turut terkenal dengan ciri-ciri perubatannya.
Video tentang perjalanan di Dianjiang.
Dianjiang mempunyai sejarah penanaman bunga peony selama hampir 2,000 tahun, bermula semasa zaman pemerintahan Liu Che/Maharaja Wu daripada Dinasti Han, justeru itu, sebilangan orang menggelarnya sebagai "Tempat Asal bunga peony Cina". Iklim serta keadaan geologi yang unik di Dianjiang menjadikannya tempat yang paling sesuai di Barat Daya China untuk bunga peony tumbuh. Tempoh antara penghujung Mac hingga awal April setiap tahun merupakan tempoh terbaik untuk menikmati bunga peony di Dianjiang, selain Festival Kebudayaan Bunga Peony Dianjiang yang akan diadakan saban tahun pada tempoh yang sama. Lebih 60 spesies bunga peony, meliputi kawasan seluas lebih 13.3 kilometer persegi, akan berkembang mekar di tiga tempat menarik yang paling penting: Tempat Pelancong Gunung Kaizhi, Taman Bunga Peony Huaxia dan Dunia Bunga Peony dan Bunga Sakura.
Di samping Bunga Peony Landskap yang terkenal, Tempat Pelancong Gunung Kaizhi juga lengkap dengan kemudahan rekreasi menarik seperti "Spring of Shouting", "Shaking Bridge", "Rainbow Slideway" dan lain-lain. Di samping itu, "Stone-Ground Tofu" juga merupakan hidangan masakan istimewa yang terkenal Dianjiang. Satu proses dengan 7 langkah ketat serta rutin menambah rasa yang melibatkan 27 jenis perasa menjadikan sajian masakan ini mempunyai rasa tersendiri dan membolehkannya mempunyai kualiti-kualiti seperti kelembutan dan keberkilatan. Semestinya Daerah Dianjiang wajar dijelajahi untuk landskapnya, tarikan pelancongan serta sajian masakan yang lazat.