omniture

Tongwei Group Sumbang Stesen Kuasa PV untuk Zon Kurang Penduduk Dataran Tinggi Tibet

Tongwei Group
2019-04-23 02:01 314

CHENGDU, China, 23 April 2019 /PRNewswire/ -- Pada 17 April, sebuah majlis penyampaian sumbangan yang bertajuk "Untuk menerangi zon kurang penduduk dan melindungi Sungai Yantze--Tongwei Group berjanji", diadakan dengan jayanya di Stesen Perlindungan Ekologi Sumber Yangtze. Sepuluh set unit penjana kuasa fotovolta disumbangkan oleh Tongwei Group for Green River, susulan sumbangan yang terakhir pada tahun 2018. Kegiatan amal ini bertujuan untuk menyediakan kuasa elektrik untuk peralatan balai cerap di Tasik Bande selain menyokong perlindungan habitat angsa berkepala jalur. Kevin Rudd, bekas Perdana Menteri Australia dan Presiden Asia Society Public Institute, menyampaikan surat ucapan tahniah untuk acara tersebut.

Sepanjang sepuluh tahun lalu, Tongwei terus maju ke hadapan dalam industri kuasa fotovolta. Kini, ia berkembang menjadi sebuah perusahaan fotovolta bersepadu bermula dengan pengeluaran huluan silikon habluran dan pengeluaran sel solar berprestasi tinggi kepada pembinaan serta operasi stesen kuasa fotovolta terminal. Sichuan Yongxiang Co., Ltd., sebuah subsidiari huluan dalam rantaian perindustrian, mempunyai kapasiti pengeluaran 80,000 tan setahun untuk silikon habluran ketulenan tinggi, menduduki tempat ketiga di dunia. Tongwei Solar Co., Ltd., operasi tengah dalam rantaian perindustrian, mempunyai kapasiti pengeluaran sel solar sebanyak 13GW. Jumlah pengeluaran dijangka melangkaui 20GW menjelang akhir tahun 2019, lalu menjadikannya sebagai perusahaan sel solar terbesar di dunia dari segi pengeluaran dan penghantaran untuk tiga tahun berturut-turut. Pada penghujung Rantaian perindustrian, Tongwei mencuba untuk menggabungkan akuakultur dan penjanaan kuasa fotovolta secara organik serta bersungguh-sungguh mempromosikan model pembangunan inovatif yang menyepadukan perikanan dan kuasa fotovolta."

Menuju masa depan, Tongwei akan terus bekerja keras dan berusaha mencapai matlamat untuk membina perusahaan tenaga bersih yang bertaraf dunia dan mendorong kempen global untuk merevolusikan tenaga bersih agar dapat mewujudkan persekitaran yang paling indah untuk generasi-generasi masa depan!

Source: Tongwei Group
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Utilities