omniture

GAC Motor Perkenal Model Baharu dan Anjur Persidangan Pengedar Antarabangsa Semasa Auto Shanghai 2019

GAC Motor
2019-04-23 10:45 460

GUANGZHOU, China, 23 April 2019 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat auto yang terkemuka di China, memperkenalkan julung kalinya GA6 serba baharunya, sedan yang menampilkan reka bentuk dinaik taraf, keselesaan, teknologi pintar, kawalan pemanduan dan keselamatan di Pameran Industri Automobil Antarabangsa Shanghai ke-18 (Auto Shanghai 2019), iaitu apabila GAC Motor turut menganjurkan Persidangan Pengedar Antarabangsanya.

"GAC Motor sudahpun melaksanakan strategi 'mengutamakan kualiti' dan sentiasa meningkatkan kualiti produk di samping terus mempromosikan kekuatan jenama kami. Tahun ini, kami akan memperkenakan GA6, GS4 dan GS8 serba baharu, berusaha untuk mewujudkan kehidupan mobiliti yang menyeronokkan untuk pengguna kami," ujar Yu Jun, Presiden GAC Motor.

Zeng Qinghong, Chairman of GAC Group (second from right), Feng Xingya, President of GAC Group (second from left), Yu Jun, President of GAC Motor (first from left) and Wang Qiujing, President of GAC R&D Center (first from right) with all-new GA6
Zeng Qinghong, Chairman of GAC Group (second from right), Feng Xingya, President of GAC Group (second from left), Yu Jun, President of GAC Motor (first from left) and Wang Qiujing, President of GAC R&D Center (first from right) with all-new GA6

GA6 serba baharu itu akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Jun tahun ini. Reka bentuk garisan yang ringkas dan jelas, jeriji yang lebih besar dan lampu belakang dengan kelebaran penuh memberikan wajah sporti kepada kenderaan tersebut. Berkeupayaan dengan Pemanduan Berautonomi L2, dilengkapi dengan pembantu pemandu AI yang dikendalikan oleh arahan suara serta sistem Harman Hi-Fi yang disesuaikan, GA6 menawarkan pengalaman memandu yang pintar, selamat dan juga menyenangkan.

Di samping itu, kereta konsep ENTRANZE telah membuat penampilan domestik sulungnya di acara tersebut. Dibangunkan oleh pusat reka bentuk canggih GAC di Amerika Syarikat, dilengkapi dengan teknologi pintar terkini, ciri-ciri lestari dan pemanduan automatik, ENTRANZE ialah jenis pindah silang baharu antara SUV dan MPV, yang meneroka lebih banyak kemungkinan untuk kenderaan keluarga moden.

Menerusi pameran barisan kenderaan terbaiknya, GAC Motor berjaya menggamit perhatian rakan media tempatan dan luar negara, pengedar, pembekal dan juga pengunjung. Mereka benar-benar kagum dengan kualiti cemerlang dan reka bentuk model-model GAC Motor.

Semasa Auto Shanghai 2019, lebih 40 pengedar antarabangsa GAC Motor dari 15 negara dan wilayah menghadiri Persidangan Pengedar Antarabangsa ("Persidangan") di Suzhou, Wilayah Jiangsu.

Bertemakan "Bersama-sama Lebih Kuat, Masa Depan Lebih Hebat," persidangan ini memberi tumpuan untuk mengkaji semula kejayaan pembangunan antarabangsa jenama berkenaan pada tahun 2018 dan memperkenalkan strategi luar negara serta perancangan untuk tahun 2019.

Yu Jun, President of GAC Motor delivers concluding remarks in English
Yu Jun, President of GAC Motor delivers concluding remarks in English

Pada tahun 2018, jualan dan perkhidmatan GAC Motor meliputi 16 negara dan wilayah seluruh dunia dan mencapai pertumbuhan sebanyak 69% dalam jualan luar negara. Ia telah menembusi pasaran-pasaran baharu seperti Arab Saudi dan Ecuador serta melancarkan pusat-pusat jualan dan perkhidmatan baharu di negara-negara termasuk Filipina, Bolivia, menjadi salah satu jenama auto paling popular dalam pelbagai pasaran, selain merupakan jenama auto Cina paling laris terjual di Kuwait, Bahrain dan juga Nigeria. Ia juga mendapat tempat dalam senarai 50 terbaik bagi Jenama-jenama China Terbaik 2018 yang disenaraikan oleh perunding jenama utama, Inter-brand.

Pada tahun 2019, GAC Motor akan meneroka lagi pasaran-pasaran di sepanjang Jalur dan Jalan serta wilayah-wilayah penting yang lain serta melengkapkan platform luar negaranya. Susulan penubuhan GAC Motor North America Company dan sub-syarikat Rusia, GAC Motor International Sales Company, institusi penyelarasan perniagaan luar negara syarikat, telah mula beroperasi. Pembuat auto akan terus menambah baik operasi antarabangsanya bagi meningkatkan daya saing antarabangsanya.

Malahan, GAC Motor akan terus meningkatkan pelaburannya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) pada tahun 2019 untuk mengekalkan kelebihannya dalam tawaran produk. Menggunakan analisis mendalam terhadap kehendak pasaran, ia akan lebih berusaha untuk penjenamaan global, memperkenalkan model-model yang disesuaikan dalam pasaran-pasaran berbeza, melancarkan lebih banyak pusat jualan dan perkhidmatan, menaik taraf gedung semasa, mengoptimumkan strategi harga pasaran produknya dan lebih banyak bertindak untuk meningkatkan jualan luar negara.

Executives of GAC Group and GAC Motor gather with international distributors and partners
Executives of GAC Group and GAC Motor gather with international distributors and partners

GAC Motor turut menyampaikan anugerah kepada pengedar terbaik termasuk Prestasi Pemasaran Terbaik, Prestasi Perkhidmatan Terbaik, Prestasi Jualan Terbaik dan Pengedar Terbaik, bagi mengiktiraf sumbangan luar biasa mereka kepada perniagaan luar biasa tahun lalu.

Di persidangan berkenaan, kebanyakan pengedar berkata ia membantu mereka untuk lebih memahami tentang kualiti produk GAC Motor, R&D dan keupayaan pengilangan serta matlamat strategik dan mereka yakin sepenuhnya tentang pembangunan masa depan GAC Motor dalam pasaran antarabangsa.

"Kami akan terus melabur bagi menyokong pengedar dan rakan kongsi kami serta memperkenalkan model kerjasama yang saling menguntungkan bersama-sama," kata Yu.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-202 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama enam tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study(SM) (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:
Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190422/2441912-1
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190422/2441912-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190422/2441912-1-b

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation New products/services Trade show news