omniture

Di bauma 2019, XCMG Bina Ke Arah Masa Depan Lebih Baik dengan Peralatan dan Penyelesaian Pintar

XCMG
2019-04-25 20:31 254

MUNICH, 25 April 2019 /PRNewswire/ -- XCMG telah melabuhkan tirai pameran dengan jayanya di bauma 2019 bertempat di Munich, Jerman, menonjolkan teknologi baharu, produk terkini, penyelesaian pembinaan yang lengkap dan pencapaian Pembuatan Pintar (IM) di pameran perdagangan pembinaan yang terbesar di dunia.

Alami Hebahan Berita Berbilang Saluran yang interaktif di sini: https://www.multivu.com/players/English/8533151-xcmg-construction-machinery-bauma-2019/  

Aktiviti-aktivitinya termasuk:

  • Menganjurkan upacara perasmian
  • Membawakan sekumpulan kren beroda rupa bumi kasar ke NITEK Rusia dan pesanan tambahan kren XCA100E, yang menonjolkan tahap tertinggi bagi kren Cina, kepada Josef Buller GmbH dari Jerman.
  • Mengumumkan bahawa ekport pukal peralatan XCMG ke Eropah merupakan kekuatan XCMG dalam pasaran jentera pembinaan berkualiti tinggi.
  • Menyampaikan anugerah Rakan Kongsi Terbaik di Eropah kepada syarikat Poland XCMG.

"Jentera pembinaan ialah sebuah industri global. Pasaran Cina bukan sahaja menggamit perhatian pengeluar-pengeluar antarabangsa terkemuka, tetapi juga memupuk jenama-jenama Cina yang cemerlang untuk membentuk rantaian perindustrian yang lengkap. Melalui persaingan dengan perusahaan-perusahaan terkemuka di seluruh dunia, jenama-jenama Cina turut memberi kehidupan baharu, kreatif dan bertenaga bagi mencapai pembangunan yang lebih pantas dan lebih baik," ujar Wang Min, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif XCMG, di Persidangan Jenama-jenama Jentera Pembinaan Cina di bauma 2019.

Inovatif, pintar dan andal

bauma 2019, XCMG memperkenalkan buat julung kalinya XCA60E dan XCA130_E, kren semua rupa bumi "Intelligent+" yang pertama di dunia, kren trak XCT25L5_E tersuai, pengorek hidraulik XE210E serbaguna, pemuat-pemuat pintar generasi seterusnya XCA938E dan XC958E, perata tanah inovatif GR1605, penggelek jalan berprestasi tinggi XS123, rig gerudi berputar siri E dan platform kerja udara lif gunting baharu yang dibangunkan secara eksklusif untuk pasaran Eropah.

Dengan teknologi inovatif daripada XCMG, jenteranya telah ditambah baik untuk disesuaikan dengan persekitaran melampau. Dibangunkan menggunakan piawaian emas "Canggih dan Mampu Bertahan", XCMG mencipta legenda perindustrian menerusi pembangunan IM. Pencapaian terkini olehnya termasuk tapak IM untuk pemuat muatan besar yang dapat menyempurnakan pemotongan bahan mentah, kimpalan struktur, penyampaian, penyalutan dan pemasangan. 

XCMG pertama kali muncul di pameran perdagangan bauma pada tahun 1992 sebagai satu-satunya wakil daripada industri jentera pembinaan Cina. 27 tahun kemudian, XCMG berkembang menjadi pengeluar keenam terbesar di seluruh dunia dan mendapat tempat pertama di China selama 30 tahun.

Pada tahun 2018, XCMG mencapai pendapatan operasi sebanyak lebih RMB 100 bilion (US$14.91 bilion) dengan eksport berjumlah US$1.28 bilion. XCMG telah mencapai bahagian pasaran sebanyak 97% di negara-negara "Jalur dan Jalan", menambat hati semakin ramai pelanggan menerusi produk dan perkhidmatan berkualiti tingginya.

Source: XCMG
Keywords: Auto Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining/Metals Transportation Broadcast feed announcements New products/services Trade show news