omniture

Forbes Magazine Namakan Crown Equipment Salah Satu Majikan Terbaik Amerika

Crown Equipment Corporation
2019-04-26 17:57 353

SINGAPURA, 26 April, 2019 /PRNewswire/ -- Crown Equipment Corporation, salah sebuah syarikat pengendalian bahan yang terbesar di dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dinamakan antara "Majikan Terbaik Amerika" oleh Forbes Magazine's bagi tahun 2019.

Forbes Magazine Namakan Crown Equipment Salah Satu Majikan Terbaik Amerika
Forbes Magazine Namakan Crown Equipment Salah Satu Majikan Terbaik Amerika

 

"Kami berbesar hati untuk menerima pengiktirafan ini bagi meraikan usaha-usaha oleh kakitangan kami dalam membantu menjadikan Crown sebagai tempat yang hebat untuk bekerja dan membina kerjaya yang membuahkan hasil," kata Jim Dicke III, presiden, Crown Equipment. "Kakitangan Crown kami merupakan kumpulan individu yang luar biasa, bersemangat tentang inovasi dan komited terhadap pelanggan kami. Persekitaran yang mereka pupuk dan kerja yang mereka lakukan membantu kami untuk terus menarik dan mengekalkan tenaga kerja yang komited terhadap kualiti luar biasa dan khidmat pelanggan. Kami bersyukur kepada semua kakitangan kami yang memberi maklum balas dan pandangan sebagai sebahagian daripada proses penilaian objektif Forbes."

Forbes bekerjasama dengan syarikat penyelidikan pasaran Statista untuk mewujudkan panel penyelidikan bebas sendiri dan menjalankan kaji selidik terhadap kira-kira 50,000 pekerja di seluruh Amerika Syarikat. Peserta-peserta kaji selidik ini diminta untuk mengenal pasti dan menilai majikan mereka mengikut kecenderungan mereka untuk mengesyorkan syarikat tersebut kepada rakan atau ahli keluarga.

Peserta-peserta juga ditanyakan tentang cadangan untuk syarikat-syarikat lain yang ingin atau tidak ingin disyorkan oleh mereka sebagai majikan berdasarkan pengetahuan atau tanggapan mereka sendiri. Keputusan untuk semua syarikat yang dinyatakan oleh peserta-peserta semasa proses kaji selidik ini disusun berdasarkan kuantiti dan kualiti respons yang diterima dengan hanya peserta akhir yang terbaik ditentukan sebagai "Majikan Terbaik Amerika".

Tenaga kerja Crown berkembang sebanyak lebih 50 peratus sejak lima tahun lalu. Syarikat ini kini menggaji lebih 15,500 orang di seluruh dunia termasuk 10,800 orang di Amerika Syarikat merentas 84 lokasi. Crown menawarkan kakitangan dengan beberapa faedah kerjaya termasuk program-program kemasukan pekerja dan latihan, gaji dan pakej pampasan yang kompetitif serta pelbagai laluan untuk perkembangan kerjaya jangka panjang. Syarikat memperoleh pengikirafan di seluruh dunia untuk reka bentuk produknya, inisiatif kemampanan dan program kepelbagaian kakitangan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Crown Equipment dan meneroka peluang-peluang kerjaya, kunjungi crown.jobs.

Latar Belakang Crown Equipment Corporation
Crown ialah salah sebuah syarikat pengendalian bahan yang terbesar di dunia dengan reputasi untuk reka bentuk produk yang memenangi anugerah, kejuruteraan dan teknologi termaju serta perkhidmatan selepas jualan yang unggul. Falsafah perniagaan Crown memanfaatkan proses-proses yang bersepadu secara vertikal untuk mereka bentuk, mengeluarkan dan mengedarkan penyelesaian berpandangan jauh yang inovatif yang dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengendalian pelanggan. Crown mengeluarkan pelbagai forklift serta teknologi pengautomatan dan pengurusan pengangkutan.

Ibu pejabat global syarikat ini terletak di New Bremen, Ohio, AS, dengan ibu pejabat serantaunya terletak di Australia, China, Jerman dan Singapura. Bilangan kakitangannya melebihi 15,500 orang di seluruh dunia. Crown mengendalikan jaringan perkhidmatan dan pengedaran yang melebihi 500 lokasi jualan di lebih 80 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai idea-idea Crown bagi membantu pelanggan memajukan produktiviti operasi mereka, layari crown.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190425/2446587-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181002/2253114-1logo

Source: Crown Equipment Corporation
Related Links:
Keywords: Magazines Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research