omniture

Xi'an Umum Dasar Pelaburan Asing Baharu, Wujudkan Persaingan Adil Untuk Syarikat-syarikat Antarabangsa

Xi'an Municipal Government
2019-05-07 13:23 181

  • Sekatan ke atas ekuiti luar, pemegangan saham dan pelaburan akan ditarik balik
  • Ordinan baharu diperkenal untuk lindungi pelaburan dan hak harta intelek
  • Perniagaan antarabangsa akan dijemput untuk melabur dan beroperasi dalam sebahagian 'industri-industri teras' yang dahulunya terhad 

XI'AN, China, 7 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Bandar Xi'an di wilayah Shaanxi China telah mengeluarkan beberapa dasar baharu yang bertujuan untuk meningkatkan pelaburan asing dalam pembuatan, peruncitan, kewangan dan teknologi internet. Selari dengan reformasi dan dasar buka pintu kerajaan, insentif ini bertujuan untuk menyediakan akses yang lebih mudah dan layanan sama rata kepada syarikat-syarikat domestik dan antarabangsa, dan ia diwujudkan untuk meningkatkan pelaburan dan pemodenan ekonomi tempatan.

Xi'an Hi-tech Industries Development Zone
Xi'an Hi-tech Industries Development Zone

Dasar-dasar baharu mencetuskan pelarasan yang meluas dalam sekatan pelaburan asing:

  • Penghapusan nisbah ekuiti luar dalam mereka bentuk dan mengeluarkan kenderaan tenaga baharu, pesawat, helikopter, dron dan aerostat menjelang tahun 2020
  • Penghapusan sekatan ke atas bilangan projek yang dikendalikan oleh entiti-entiti perniagaan antarabangsa dalam cawangan runcit dan stesen minyak.
  • Penghapusan had ke atas jumlah pemegangan saham pelabur-pelabur asing dalam bank-bank komersial Cina dan bank-bank usaha sama dihapuskan
  • Pelarasan nisbah ekuiti dalam pengurusan aset-aset kewangan asing sehingga 51 peratus
  • Penamatan sekatan ke atas pelaburan asing dalam perkhidmatan Internet turut dibuat

"Insentif baharu kami direka untuk mempromosikan Xi'an dan terus membuka peluang ekonomi kami," kata Yuhui Huang, daripada Biro Kerjasama Pelaburan Perbandaran Xi'an. "Kami melaksanakan dasar baharu untuk pelaburan asing yang menggabungkan layanan sama rata antara syarikat-syarikat Cina dan asing, bagi mewujudkan persaingan adil yang dapat menyokong persekitaran perdagangan dan pelaburan bebas termaju di Xi'an dan China."

Dilancarkan bersempena dengan inisiatif dasar antarabangsa ialah dana pembangunan perindustrian 100 bilion CNY (14.83 bilion USD) baharu untuk syarikat-syarikat berteknologi tinggi yang bertujuan untuk mengalu-alukan pelaburan ke dalam 'industri-industri teras' yang dahulunya terbatas di wilayah in buat julung kalinya. Dana baharu ini akan menawarkan bantuan tunai sehingga 5 juta CNY (740 ribu USD) kepada entiti-entiti yang beroperasi dalam industri-industri berteknologi tinggi, pembuatan canggih, kreatif, pelancongan, perdagangan dan logistik.

Pembiayaan dan insentif akan turut disediakan kepada syarikat-syarikat asing bagi menyiapkan projek-projek kritikal, menubuhkan ibu pejabat, pusat penyelidikan dan pembangunan serta bekerjasama dengan institusi-institusi dan universiti-universiti serantau. Di samping itu, organisasi-organisasi antarabangsa yang projek-projeknya telah menerima anugerah-anugerah sains dan teknologi kebangsaan dan wilayah akan diberi pembiayaan dan sokongan dasar yang sama daripada pihak kerajaan sebagai perniagaan domestik.

Menumpu untuk melindungi pelaburan, Xi'an turut mengumumkan ordinan baharu bagi tujuan melindungi hak-hak harta intelek dan bagi menyelesaikan masalah-masalah operasi yang dapat menjamin keadilan serta layanan sama rata kepada syarikat-syarikat antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://en.xa.gov.cn/

Latar Belakang Xi'an 

Ibu kota wilayah barat Shaanxi China, Xi'an ialah titik permulaan Jalan Sutera, jaringan laluan perdagangan purba yang ditubuhkan semasa Dinasti Han China yang menghubungkan Timur dan Barat melalui perdagangan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190506/2456691-1

Source: Xi'an Municipal Government
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Retail