omniture

Pameran Canton ke-125 Alu-alukan 195,000 Pembeli, Labuh Tirai dengan Perolehan Cecah $29.73 Bilion

Pameran Canton
2019-05-13 10:10 442

GUANGZHOU, China, 13 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China ke-125 (Pameran Canton atau "Pameran") melabuhkan tirai setelah menerima 195,454 pembeli dari 213 negara dan wilayah. Pembeli-pembeli baharu menyumbang sebanyak 42.5% daripada jumlah keseluruhan, meningkat 0.64 peratus berbanding pada sesi Musim Bunga tahun lalu. Bersama-sama 25,000 pempamer, pameran ini telah memacu perolehan dagangan global sebanyak USD 29.73 bilion.

Seramai 88,009 tetamu dari negara-negara Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) menyumbang sebanyak 45.03 peratus daripada kehadiran keseluruhan, menjana jumlah eksport sebanyak USD 10.63 bilion kepada 64 negara - meningkat 9.9 peratus.

Xu Bing, Jurucakap Pameran Canton dan Timbalan Ketua Pengarah China Foreign Trade Centre, menyatakan: "Pameran Canton kekal menjadi saluran penting untuk perniagaan domestik dan antarabangsa bagi membina jaringan perdagangan global dan sebagai batu loncatan untuk menembusi pasaran global."

125th Canton Fair Welcomes 195,000 Buyers, Closes with Turnover Reaching $29.73 Billion
125th Canton Fair Welcomes 195,000 Buyers, Closes with Turnover Reaching $29.73 Billion

"Pempamer telah menunjukkan keupayaan kukuh dari segi pembangunan teknologi, inovasi produk dan pemupukan jenama. Kami menyaksikan banyak produk tokokan nilai dengan tahap kesedaran jenama yang lebih baik muncul di Pameran ini," kata Xu. "Bagi menunjukkan tahap kemajuan kepada pembeli di seluruh dunia, Pameran Canton memperkenalkan lebih banyak perkhidmatan dan juga pendekatan pemasaran bersasaran kepada platform perdagangan yang telahpun bersifat berbilang fungsi untuk membantu perniagaan-perniagaan mencapai potensi optimumnya."

Pameran Canton, menerusi 128 acara, 26 forum pasaran serantau, senario perdagangan asing, komoditi global, rantaian bekalan dan pengedaran, bukan sahaja menyediakan maklumat pasaran dan penyelesaian praktikal untuk membantu syarikat-syarikat membuat keputusan tetapi turut mencipta platform terbuka buat semua pihak bagi berkongsi pengetahuan dan mempromosikan pembangunan perdagangan yang mampan.

Peluang-peluang import untuk perniagaan-perniagaan global: 650 pempamer asing dari 38 negara dan wilayah telah menemui potensi pasaran yang amat besar di China menerusi Pameran tahun ini, mendemonstrasikan produk-produk pintar dan mesra alam yang disesuaikan untuk pasaran Cina. Astaka Antarabangsa Pameran ini membantu mewujudkan laluan pantas untuk syarikat-syarikat antarabangsa menembusi China dan menjalin perkongsian jangka panjang bersama pelanggan-pelanggan berpotensi.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.cantonfair.org.cn/en/index.aspx

Latar Belakang Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China, turut dikenali sebagai Pameran Canton, diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Diwujudkan pada tahun 1957, kini pameran ini merupakan sebuah pameran komprehensif yang melakar sejarah paling panjang, bertaraf tertinggi, bersaiz paling besar dan mempunyai bilangan produk terbanyak serta melibatkan taburan asal pembeli paling luas dan perolehan perniagaan tertinggi di China.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190510/2463157-1

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news