omniture

Connell perluas tawaran kepada pelanggan Sains Hayat dengan pemerolehan Ingredient Resources

Connell
2019-05-16 00:00 204

SAN FRANCISCO, 16 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Connell, sebuah syarikat Wilbur-Ellis serta pemasar dan pengedar utama bagi bahan kimia dan perawis khusus di Asia Pasifik, hari ini mengumumkan pemerolehan Ingredient Resources Pty Limited, pembekal dan pengedar perawis dengan nilai tambah yang inovatif di Australia dan New Zealand. Ingredient Resources menyediakan bekalan kepada pelbagai pengeluar kelas pertama bagi industri makanan dan minuman, konfeksioneri, perisa dan wangian, kosmetik, penjagaan kesihatan dan juga farmaseutikal.

Menerusi pemerolehan ini, Connell dapat meluaskan kebolehannya untuk menawarkan pelanggannya dengan penyelesaian terkini menerusi rangkaian produk yang amat khusus dan perawis inovatif daripada Ingredient Resources, seraya memberi manfaat kepada pelanggannya melangkaui Australia dan New Zealand. Pemerolehan ini dapat meningkatkan nasihat perumusan dan sokongan teknikal Connell bagi mencipta tawaran unik kepada pelanggan dan pengguna akhirnya.

"Pemerolehan ini merupakan peluang unik buat kami untuk mengukuhkan lagi hubungan kami dengan pelanggan menerusi tawaran perawis diperluas yang dapat membantu mereka dengan pembangunan produk baharu," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Connell, Dr. Azita Owlia. Beliau menambah bahawa Ingredient Resources akan membawakan hubungan jangka panjang yang baharu bersama pembekal-pembekal perawis antarabangsa yang mendepani teknologi perawis.

Connell akan mengesahkan kedudukan ulungnya dalam bidang sains hayat menerusi pemerolehan ini. "Pemerolehan perniagaan Ingredient Resources, dengan perkongsian eksklusifnya bersama rakan-rakan kongsi bekalan yang bertaraf dunia, adalah amat mengujakan," kata Pengurus Besar Connell Australasia Graham Brown. "Saya teruja untuk bekerjasama erat dengan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Ingredient Resources Dennis Chesser yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan pasaran yang luas. Pemerolehan ini juga mengukuhkan kedudukan pasaran kami dalam pasaran makanan, nutrisi dan nutraseutikal, di samping menguatkan komitmen kami terhadap pasaran Australasia."

"Menyertai Connel memberi kestabilan kewangan yang lebih besar untuk mengembangkan perniagaan perawis "nilai tambah", mampu disokong oleh rakan-rakan kongsi bekalan antarabangsa kami," kongsi Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Ingredient Resources Dennis Chesser. "Kami berasa bangga dapat menyertai Connell, sebuah organisasi yang mantap dan dinamik dengan 120 tahun sejarah pertumbuhan yang berterusan di rantau Asia-Pasifik."

Latar Belakang Connell
Connell ialah pemasar dan pengedar terkemuka bagi bahan kimia dan perawis khusus di Asia-Pasifik. Ia membawakan pandangan dan perkhidmatan luar biasa kepada pasaran Kehidupan dan Sains Perindustrian, di samping mempromosikan jaringan luas pengeluar global yang terkemuka, produk rumusannya sendiri selain kepakaran teknikal, pemasaran dan rantaian bekalan luas melalui 48 pejabat di 18 negara di seluruh Asia Pasifik dan Amerika Syarikat. Connell ialah sebuah syarikat Wilbur-Ellis. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi connellworld.com.

Latar Belakang Wilbur-Ellis Companies
Ditubuhkan pada tahun 1921, syarikat-syarikat Wilbur-Ellis ialah pemasar dan pengedar antarabangsa yang terkemuka bagi produk pertanian, pemakanan haiwan serta bahan kimia dan perawis khusus. Dengan membina hubungan yang kukuh, membuat pelaburan pasaran yang strategik serta memanfaatkan peluang-peluang baharu, syarikat-syarikat Wilbur-Ellis terus mengembangkan perniagaan dengan jualan kini mencecah lebih $3.1 bilion. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi wilburellis.com.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/887002/Connell_Logo.jpg

Source: Connell
Keywords: Chemical Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers