NINGDE, China, 17 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Satu perjanjian jangka panjang telahpun ditandatangani antara Contemporary Amperex Technology Co., Ltd. (CATL) dan OEM Volvo Car Group (Volvo Cars) yang terkemuka di dunia bagi memastikan bekalan bateri ion litium bernilai berbilion-bilion dolar sepanjang dekad akan datang untuk model-model Volvo dan Polestar generasi seterusnya.
Perjanjian ini mencakupi bekalan global modul-modul bateri untuk semua model bagi SPA2 akan datang dan platform kenderaan modular CMA sedia ada. Seawal tahun 2017, Volvo Cars mengumumkan keputusan strategiknya untuk elektrifikasi keseluruhan sebagai perintis berpandangan jauh dalam industri kereta. Kerjasama ini memperlihatkan langkah penting ke arah merealisasikan strategi elektrifikasi bercita-cita tinggi Volvo Cars selain pencapaian penting dalam pembangunan global CATL.
Volvo Cars mengulas, CATL ialah pengeluar bateri terkemuka, yang memegang rekod prestasi yang lama dan berjaya dalam membekalkan bateri ion litium kepada industri automotif global. Ia memenuhi garis panduan penyumberan ketat Volvo Cars dari segi kepimpinan teknologi, rantaian bekalan yang bertanggungjawab dan model kos yang kompetitif.
Berdasarkan falsafah kerjasama "bertumpu-pelanggan", CATL akan menyediakan perkhidmatan setempat bersama pasukan tempatan di Sweden untuk perkhidmatan bekalan bateri setempat dan komunikasi yang lebih cekap. Bagi membantu Volvo Cars meningkatkan kecekapan, kemampanan dan ketelusan seluruh rantaian bekalannya, CATL akan turut mengikuti strategi pembangunan mampan Volvo Cars dengan menggunakan tenaga bersih untuk pengeluaran bateri, mengesan dan mengurus bekalan bahan mentah. Bateri untuk perjanjian ini juga didatangkan daripada kilang luar negara CATL.
"CATL dan Volvo berkongsi wawasan yang sama dalam kerjaya tenaga baharu ini maka kami memilih untuk merealisasikannya bersama-sama." Seorang jurucakap CATL berkata, "Dengan penyelesaian bateri yang canggih dan andal, kami akan menyokong Volvo untuk mencipta kenderaan elektrik yang terkemuka di dunia yang dapat berkhidmat untuk pengguna global."
Latar Belakang Contemporary Amperex Technology Ltd. (CATL)
Ditubuhkan pada tahun 2011, Contemporary Amperex Technology Ltd. (CATL) membangunkan dan mengeluarkan bateri Ion-Litium untuk e-mobiliti serta penyelesaian simpanan tenaga. Perniagaan utama CATL juga melibatkan bahan, sistem pengurusan bateri, kitar semula dan penggunaan semula bateri. Jumlah jualan tahunan CATL pada tahun 2018 mencecah 21.31 GWh. Menurut SNE Research, CATL tersenarai sebagai No.1 dalam industri bateri kenderaan elektrik global menerusi penghantaran tahunan pada tahun 2018.
Beribu pejabat di Ningde, China, CATL menggaji lebih 24,000 pekerja di seluruh dunia dan mempunyai pejabat-pejabat cawangan di Shanghai, Jiangsu, Qinghai dan Beijing di China serta di Munich, Paris, Detroit, Yokohama. Kilang pengeluaran bateri utama syarikat terletak di Fujian, Jiangsu dan Qinghai di China, manakala kilang Eropah yang terletak di Erfurt, Jerman sedang dibina. Pada Jun 2018, CATL berada dalam senaraian awam dalam Bursa Saham Shenzhen (300750).
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: http://www.catlbattery.com/.